RSS

DOA PEMBUKA 12 PINTU KEBAIKAN..

Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

-Disusun oleh Dr Ustaz Fadzillah Kamsah

kERJA bARU...

I oktober 2009 membuka 1 lipatan sejarah.. kampus UiTM puncak alam telah kutawan.. tanpa sedar, air mata saya jatuh bergenang.. antara sebak dan terharu ia bersatu menjadi satu...
Sya tidak pernah menyangka dlm usia sebegini muda, sy memperoleh apa yg asy inginkan.. kereta, kerjaya professional dan penghormatan sbg pemimpin.. dlm usia 23 thn, sethn selepas menamatkan pengajian, sy melakar sejarah menjadi satu-satunya anak ayah bonda yg berjaya..

Tp, entah kenapa sy terasa janggal berada di sini.. tempat yg sepatutnya membahagiakan aku, ada kalanya buat aku rasa janggal.. sepanjang saya bekerja dahulu, sya biasanya menerima arahan dan mengikut arahan. Tp, kini sya pula perlu belajar memberi arahan.pendek kata bertindak sebagai ketua.. sungguh-sungguh saya rasa pelik dan janggal. Dahulu , bermula sbg kerja cashier yg bekerja lebih 8 jam sehari, ditambah dgn pendapatan yg sedikit. Sewaktu bekerja di tadika juga begitu. Pendek kata, saya berasa penat benar menjadi org bawah. Letih betul menjadi org bwh..kdg2 jemu dan meluat mendengar arahan ketua... tp, x sangka pula kini sy pula menjadip emimpin..
Sesekali, sy mengeluh berat, tertanya2 s/ada sy mampu melakukan tugas berat ini
Berada di gedung ilmu ini, hati sy semakin melonjak2 utk kembali belajar.. jika pada suatu ketika dahulu, pintu hati saya tertutup rapi drpd belajar, kini sy rasa ingin belajar kembali..

Bekerja di sini memang mengujakan..kerana selain sukakan kanak-kanak , saya sukakan haiwan juga..memang menyeronokan..tp , saya rasa kekok kerana perlu berhadapn dengan ramai org..saya memmilih pekerjaan ini , kerana saya sangkakan bdg tugas ini tidak perlukan sy bergaul/ berhubung dengan org ..sy ingat, kerja saya hanya perlu berkominikasi dengan haiwan..tp , hati saya jadi gelabah kerana perlu berhadapan dengan supplier yg bekalkan brgan..sy jd bosan juga krn ada masa2 tertentu saya perlu melakukan kerja pengkeranian..
.
Masa berlalu, saya masih kekok dengan tugas baru..terasa lebih senang dengan pekerjaan terdahulu.. walaupun sangat memenatkan..sewaktu saya duduk dikerusi empuk dalam bilik berhawa dingin itu, saya tidak dapat menahan perasaan terharu.. terkenang akan kepayahan dahulu. Terkenang peluh yang memercik sewaktu bekerja di taska, bertindak sbg pengasuh dan guru sekali gus.. teringat juga tumit kaki saya yang pecah-pecah di sebabkan berjalan terlalu kerap sewaktu bekerja di rumah kebajikan,.pernah sekali, saya terjelepuk keletihan sebaik sahaja selesai membersihkan asrama..
Saya tidak akan sekali-kali melupakan kepayahan lalu..Janji saya, saya akan cuba buat yang terbaik.ikrar saya, saya tidak akan sekali-kali menoleh kebelakang..
Tapi..entah kenapa saya rasa tidak selesa dengan pekerjaan sebaik ini,,saya lebih selesa menjadi oreg bawahan berbanding orang atas..
SAYA PUNYAI HASRAT UNTUK MENJADI MANUSIA HEBAT DAN BERJAYA..SAYA PUNYAI IMPIAN MENJADI MANUSIA TERNAMA.. SEPERTI MICHEAL JACKSON DAN PUTERI DIANA.. YG HIDUPNYA DIPENUHI CABARAN DISEBALIK KEGEMILANGANNYA, YANG SEWAKTU BERADA DI LIANG LAHAD, DIRINYA DIPUJI, DIKENANG DAN DISANGGUNG..

Saya tidak akan menangis semata-mata satu dugaan kecil, itu janji saya.. tidak kira berapa banyak dugaan yg perlu saya hadapi, saya harus tabah..
KERANA SAYA TIDAK MAHU MEWARISI KEPAYAHAN HIDUP AYAH BONDA YG HANYA BEKERJA SBG PENOREH GETAH DAN KILANG....

sATU PERSINGGAHAN.........

Hidup ini satu persinggahan. Demikianlah hidup ini dciptakan.Sy tdk pernh fhm kerisauan hati seorg ibu terhdp ank gadisnya yg sering merantau seorg diri. Sy tdk pnh mengerti ttg kasih seorg ibu yg tdk belah bahagi. Yg sy tahu, melawan apb ibu meleter pjg..yg sy slalu buat, memberontak apb permintaan sy tdk dipenuhi.. kini, apb usia sy mula menginjak dewasa sy belajar menyesali kekhilafan lalu. Hanya apb kini sy menjd seorg ibu kpd puluhn ank2 yg tidak bernasib baik..sy mula sedar sushnya mertarbiah seorg ank lebih2 lg anak yg kontang kasih syg, lesu hala tuju dan layu akhlaknya.. sy semakin mengerti pengorbanan seorg.. dan sy belajar menjadi anak yg bersyukur kerana msh berpeluang merasai doa dan restu bonda..alankah beruntungnya saya… krn masih berpeluang merasai hangatnya pelukn seorg ibu..krn msh berpeluang mencium tangan tua milik bonda..
Sy hnya mampu tersenyum sewaktu pelajar2 sy melarikn diri apb dikejar .engan masuk kelas.. teringat sy zmn sekolh dulu, dikejar guru krn ponteng kelas..mula teringat sikap nakal sy sewaktu di sekolahSy hnya mmpu menarik nafas pjg apb meneliti lemahnya pelajr sy apb diajar membaca msh belum menguasai kemahirn tsb. Teringat lemahnya sy dlm mata pelajrn fizik dan matematik..( mujurlah wak2 d universiti dlu, rkn sy sudi jd guru sy ) .terkenang akan diri sy yg sewaktu bljr dlu amat lambat menerima dpelajari.. apa yg dipelajari. Sekali sekala sy hilang sabar dgn kelembapan mereka.. alahai diri… sy msh terlalu mentah dgn pengalaman lalu.. sy msh belum mmpu penandingi kesabaran guru2 mendidik saya..Demikianlah sebahagian pengalaman hidup saya.. yg mengajar sy hakikat kehidupan.. ( 12 MEI 2009)

DiA sRiKandi DlM pEruANGAN hidupku....


Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan hanya seorang ibu pada kita ? Hanya seorang ibu yang Tuhan berikan ruang untuk menyimpan kita dalam rahimnya. Hanya seorang ibu, yang Tuhan berikan hak untuk melahirkan kita kedunia ini..Hanya seorang ibu, yang tuhan campakkan naluri kasih sayang yang tidak belah bahagi untuk kita..Hanya seorang ibu yang mampu merasai kesakitan kepedihan dan kepayahan kita..Ibu… dialah srikandi yang sabar mengharungi detik 9 bulan dengan membawa beban yang maha berat didalam rahimnya… Dia srikandi yang berani berjuang demi memastikan satu nyawa khalifah bumi lahir ke dunia..Andaikata dirinya tewas tatkala nyawanya dihujung rambut, pastinya syurga menjadi miliknya..Dia srikandi tabah mentarbiah seorang anak hingga menjadi insan kamil..Emak.. budimu tak terhitung banyaknya…jasamu tak terbalas rasanya..Pengorbananmu tak terucap dengan kata-kata..Emak… inilah anakmu, yang telah kau tarbiahkan sejak tangisan pertama.. Yang telah kau ajar menjadi insan bersyukur di dalam keadaan serba kekurangan..Yang telah berjaya di menara gading atas restumu..Yang telah berjaya menongkah arus kehidupan atas doamu..Emak…Engkaulah srikandi dalam perjuangan hidupku

PPSM WAJAR DITERUSKAN

Pendidikan Malaysia seabad lalu menekankan satu sistem perkauman. Kini pendidikan Malaysia melangkah jauh ke sistem yang telah berjaya melahirkan ribuan tokoh ilmuan yang mana telah membuktikan sistem pendidikan Malaysia setaraf Negara maju yang lain.
Manifestasi daripada PPSMI yang telah dilaksanakan, memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan Negara. Jika era pemerintahan Tun Mahathir, suara bantahan rakyat kedengaran sumbang. Tetapi kenapakah di saat pemerintahan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi, semakin ramai yang berani sehingga terjelmalah demokrasi jalanan? Sungguh memualkan apabila golongan yang berpendidikan tinggi yang telah terdidik dengan adab dan budi perkerti yang mulia sejak di alam sekolah sehinggalah di menara gading telah menterjemahkan ilmu yang mereka perolehi di jalanan. Sedangkan mereka telah diajar cara yang bijaksana dan lebih bertamadun untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Pengajaran dalam Bahasa Inggeris telah dilaksanakan kira-kira 6 tahun yang lalu. Satu tempoh yang matang untuk menilai implikasinya. Pada hemat saya, selaku generasi muda yang telah melalui keperitan tidak mahir bahasa Ingerish, ia wajar diteruskan. Kita tidak seharusnya berpatah balik ke belakang setelah berada jauh ke hadapan. Apakah motif PPSMI mahu dihapuskan ?
1- Bahasa Inggeris akan menyebabkan kepentingan Bahasa Melayu terhapus.
-Tidakkah kita sedar bertapa hebatnya rakyat Malaysia apabila mampu menguasai pelbagai bahasa? Kepelbagaian bahasa melambangkan kekuatan dan kebolehan rakyat yang bakal mengangumkan Negara luar. Persoalan jati diri juga menjadi salah satu penyebab kenapa sesetengah pihak mahu PPSM1 dihapuskan. Saya hairan kenapa persoalan bahasa diperbesarkan, sedangkan banyak masalah lain yang perlu diambil perhatian. Contohnya, ratusan filem prono masuk ke pasaran Malaysia dapat diperoleh dengan mudah di pasaraya. Begitu jugalah filem-filem barat yang berusurkan seks dan ganas semakin mendapat tempat di siaran Malaysia . Anehnya apabila filem tempatan ia ditapis ketat.Contohnya filem buah tangan Yasmin Ahmad berjudul MUALAF dikatakan bertentangan norma-norma melayu,tetapi bagaimana dengan filem barat seperti SEX DRIVE menebusi pasaran Malaysia dengan mudah? Persoalannya siapa yang mampu menghalang kanak-kanak bawah umur menonton filem tersebut sedangkan ia boleh didapati dengan mudah di pasaraya / pasar malam? Jika persoalan jati diri yang menjadi persoalan seperti yang diwar-warkan oleh saudara Lancang Kuning, Baling, mengapakah media massa kita dibenarkan menerbitkan rancangan realiti yang meniru Ala barat seperti Malaysian Idol? Hiburan yang berlebih-lebihan dan begitu melalaikan dibenarkan, tetapi untuk menjadikan pelajar Malaysia sebagai warganegara yang serba boleh menjadi satu halangan?
2-Pelajar luar Bandar ketinggalan ke belakang.
Sememangnya tidak dinafikan pelajar luar Bandar berdepan dengan cabaran yang lebih hebat. Namun, sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kita seharusnya menyakini usaha kementrian pelajaran dalam usaha mengatasi kelemahan pelajar luar Bandar. Yakinilah kepakaran mereka dalam menangani isu ini. Fikirkanlah jika PPSMI tidak dilaksanakan tentu pelajar khususnya pelajar luar Bandar akan berhadapan lebih banyak kesukaran apabila berada di universiti kelak. Mereka yang terlibat dengan demokrasi jalanan, fikir-fikirlah akan kesukaran yang jauh lebih sukar apabila anak-anak anda tidak dibiasakan dengan kemahiran bahasa Inggerish. Malah, kebanyakan buku-buku rujukan di universiti adalah dalam bahasa Inggeris. Jika ada terjemahan dalam bahasa Melayu pun , tentu tidak banyak. Tentu memakan masa yg lama untuk menterjemah silibus yang sedia ada ke dalam bahasa Melayu.Lagipun hanya dua subjek menggunakan bahasa Ingerish. Berbanding apabila anak-anak anda berada di universiti.Akan lebih banyak subjek yang di ajar dalam bahasa ingerish. Tidakkah anda kasihan apabila melihat anak anda terkial-kial menyelak helaian buku rujukan dalam bahasa inggeris? Tergagap-gagap berkauminikasi sewaktu temuduga di syarikat-syarikat besar?Sedangkan anak-anak bangsa lain telah melangkah jauh ke hadapan.Jika anda mengasihani anak- anak anda, maka anda patut membiarkan PPSMI terus dilaksanakan. Percayalah, apabila PPSMI dihapuskan, ia tidak akan membantu meningkatan kemahiran bahasa Inggeris pelajar. Kerana tidak semua ibu bapa mampu bertutur dalam b. I, justeru, dengan PPSMI sedikit sebayak mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Ingerish.
Sistem pendidikan Malaysia berjalan dengan baik selama ini, meskipun biasa terjadi masalah kecil, namun ia mampu ditangani dengan penuh bertamadun dan berhemah. Jesteru, saya merayu kapeda semua pihak agar melestarikannya. Perkembangan politik muktakhir ini amatlah mendukacitakan. Seolah-olah mengambarkan pemimpin politik Malaysia mengalami krisis identity diri dan hilang hala tuhu.Janganlah membiarkan sistem pendidikan Negara yang selama ini begitu berwibawa i menjadi porak poranda seperti yang berlaku dalam politik Malaysia pada masa kini. Tangani apa yang patut perbaiki apa yg perlu

GURU-GURUKU YANG TERCINTA.......



Pertama kali, saya amat berharap agar anda yg membaca emel ini, jgn ada yg terslh aggap yg saya ingin bercerita sesuatu yg membuang masa anda. Aggaplah emel ini sbg warkah drpd insan bergelar pelajar, yg pernah ada didik ttg kehidupan, yg pernah ada ajr ttg perkara yg dia tidak tahu. Yg pernah membuatkan anda ketawa lucu dengan keletah nakalnya satu ketika yg lalu. Yg pernah menyakitkan hati anda suatu masa yg lalu..apabila sekali sekala dia seakan2 tidak menghormati anda.Yang pernah mengencewakan anda apabila anda berikan sepenuh perhatian dan tunjuk ajar tetapi dia gagal menunjukan prentasi yg baik dlm akademik.Sy berasa terpanggil utk bercerita kpd anda, insan yg saya letakkan di takah termulia..
Apb tiba 16 Mei, saya selalu terkenang kenangan lalu. Masih segar dlm ingatan saya, sewaktu di sekolah rendah, saya mengumpul duit belanja 30 sen yg emak berikan pada saya untuk membei hadiah hari guru. Mujurlah saya menerima RMT (RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ), maka tidak perlulah saya berlapar disekolah semata-mata mengumpul duit utk membeli hadiah. Hati kecil saya menjadi puas apabila melihat senyuman guru2 saya sebaik menerima sebatang pensel carbon berwarna merah. Apb masuk sekolah menengah, saya lbh senang mencipta kad mengunakan kretiviti sendiri. Atau kadang2 saya dan rakan membelanjakan duit biasiswa untuk berkongsi membeli hadiah.
Apb melangkah kaki ke university, saya berasa amat janggal apabila ucapan hari guru sudah tidak kedenngaran lagi.Saya bukanlah pelajar yg terbaik sebenarnya. Sewaktu di sekolah , kenakalan saya melebihi kecemerlangan akademik.( Sedangkan perhatian diberikan kpd sya bh drpd pelajar lain ) Kerap benar say kecewakan guru2 saya dengan warna merah dlm buku rekod saya. Selalu juga saya hampakan guru2 dgn rekod kehadiran yg tercorot.Selalu juga sy peningkan kepala guru2 sy dgn kenakaln yg tidak bertempat. Ular getah, tikus getah, Saya jadi seronok apb guru2 yg menerima usikan sy dlm marah2 akhirnya ketawa lucu. Sy dengan guru2 ada ‘chemistry’ selalunya.yg memuatkan sesetengah rakan cemburu. Yg membuatkan setengah rakan menyatakan guru-guru pilih kasih. Yg membuatkan tali persaudaraan kami utuh hingga kini..
Dahulu saya selalunya rimas apb ramai guru mudah mengingati nama saya,yg menyebbkn saya selalu ‘terkena’ dlm kelas. Yg menyebabkan setiap kali saya melanggar peraturan sekolah spt tak pakai tag nama, masuk kelas lewat, pakai cincin,gelang, dengan mudah saya dileteri guru2. Anehnya mereka jarang memotong merit saya spt yg dilakukn terhadap pelajar lain.
Apb melangkah kaki ke university, bergelumang dengan kepayahan hidup sbg mahasiswi, barulah sy sedar, bertapa agungnya pengorbanan insan bergelar guru. Pd awalnya, saya gagal menyesuaikan diri dengan rentak pembelalajaran dan perwatakan pensyarah.mungkin kerana terbiasa ‘disuap’ guru2.Ditambah pula rakan2 yg baru tdk sama dgn rakan2 sekolah sy dahulu. Benar, sy berasa amat rendah diri, bkn shj dengan kelemahan sy, ttp dgn latar belakang keluarga sy. Yg tak punyai apa2 utk dibanggakn. Dan akhirnya, saya terasa bagaikan ingin berundur, terasa ingin kembali pd kehidupan asl di mna sy bermula, terasa university bknlah tempt selayaknya sy berada…Selain doa ayah bonda, guru2 sy tidak jemu2 menitipkan nasihatnya utk saya. Supaya meneruskan perjuangan ini krn peluang belajar hnya sekali.
Akhirnya masuk thn ke2, sy sudh pandai menyesuaikan diri. Sya sudah lali dgn cabaran dan dugaan hidup sbg mahasiswi.segala kekalutan hidup sbg pelaajar sy hadapi dengan ketawa.segala masalh yg melanda sepanjg prosess pembelanjran sy tangani dgn senyuman. Sesungguhnya sy amat bersyukur, krn ALLAH telah mencampakkan perasaan EHSAN dlm diri pensyarah utk saya. ( sesetengah rakan kata saya suka bodek pensyarah ) mungkin berkat doa seorg ibu, bahawa ke mana saya pergi, apa jua kesulitan yg melanda pasti ada org yg dtg membantu. Benar, saya sentiasa memperoleh apa yg sy mahukan.sekalipun terpaksa bersusah payah, kesudahanya, saya ttp mendapat perkara yg terbaik utk diri saya.
Sy bukanlah insan yg tabah. Di sebalik perjuangan hidup sy, guru2 adalah segalanya. Dulu, sy selalu fikir mudahnya menjd guru krn ramai guru yg sbnrnya tdk sanggup mengajar murid2 lemah. Ramai guru yg mengajar pelajar yg lemah dgn penuh keterpakasaan. Jika dberi pilihan, rmai yg memilih utk mengajar plajar yg pintar & mendengar ckp.namun, persepsi sy mula berubah. Abp sy diberi cabaran mendidik kanak2 di rumah ank2 yatim supaya mereka dpt membaca & menulis, baru sy tahu sshnya bergelar pendidik. Sewaktu sy tatap wajah bersih anak2 itu, air mata sy tumpah, sy jd amat kasihan kpd mereka. Yg tdk berpeluang ke sekolah krn tiada sijil kelahiran. Yg masa dpn mereka amat kelam tanpa kasih ibu & ayah. Yg hidup mereka tanpa masa dpn krn tiadanya doa & restu ayah bonda.dan sy jd amat bersyukur krn sy bukan shj tidak melalui nasib spt mereka, ttp berpeluang menikmati kasih syg ayah bonda dan cinta unggul guru2. Mendidik mereka mengenal ABC jauh lebih sukar drpd mengasuh anak2 saudara sy seramai 6 org. mengajar mereka ttg erti kehidupan jauh amat pyh drpd berdepan dgn keletah nakal anak2 saudara sy. Mereka yg ingin tahu siapa ibu bapa mereka. Pastinya sy tidak sampai hati utk meberitahu anak2 yatim itu bahawa mereka anak terbuang yg mana ibu mereka sampai hati berlaku kejam terhadap mereka…
selebihnya apb sy masuk university, sy merasakan perjuangan guru2 amat agung. Sepanjang tempoh 3 thn byk keajaiban yg berlaku. Sesetengah subjek yg amat2 sukar, tp sy lulus juga. Suatu yg tugasan amat2 payah, tapi sy dpt buat dgn baik. Semua ini berlaku atas nama doa & restu insan bergelar murabbi.
apb ada pensyarah dengan baik hati belanja sy & kwn2 makan, ia membuatkan sy terkenang guru2 sy. Sy mula terkenang sdpnya laksa yg dibuat cikgu shimah, terkenang juga enaknya puding & cake yg cikgu calsom buat. Plg seronok apb cikgu sarina mengajak sy makan tengah hari di rumahnya. Abb sy tinggal di asrama, semakib rajinlah guru2 sy memasak pelbagai juadah, mcm tahu2 je kami jemu mengadap menu yg sama tiap2 hari di asrama. DAN PERKARA YG PALING SY TIDAK LUPA, YG BUAT SY & RAKAN2 TERHARU, YG MEMBUATKAN SY RASA AMAT SYG UTK BRHENTI BELAJAR, YG MEMBUATKAN SY RASA INGIN KEMBALI BERGELAR MAHASISWI IALAH APB ADANYA PENSYARAH YG SANGGUP BERJUMPA DGN SY DAN RAKAN BUAT KALI TERAKHIR SEBELUM KAMI BALIK KG, YG SANGGUP MERENDAHKAN PANGKATNYA APB BERSAMA2 PELAJARNYA….itulah perkara plg agung yg pensyarah2 sy buat selain dprd mendidik sy dengan penuh kesabaran.
Sekian lama, sy belajar byk perkara dlm hidup. Membuatkan sy amat cintakan bdg penguruan.. tp, MANUSIA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG DAN SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ITU JAUH LEBIH HEBAT & UNGGUL ….“ sy ditakdirkan tiada rezeki dlm bdg itu, yg hampir membuatkan sy merasakan diploma yg sy banggakan ini tiada nilai…namun, berpegang pd falsafah indah itu, sy jd amat yakin bahawa ALLAH TELAH MERANCANG SESUATU YG JAUH LEBIH BAIK & INDAH UTK SAYA..
Anda yg menerima e-mel ini, adalah sebahagian insan yg sy sentiasa doakn kebahagiaan dunia akhirat. Anda yg membaca emel ini, adalah sebahagian insan yg amat sy hormati. Sesungguhnya beruntunglah anda yg bergelar pendidik krn anak2 didik anda akan sentiasa mendoakan anda… epi teacher day……………………..

KeRjA...kErJa..KerJa...



Beberapa hari yg lalu sy mengikuti sesi meeting di tempat kerja. Salah satu kelemahan saya takut bersuara.. lantas suara hati saya byk diterjemahkan dlm kertas.. Kata boss , jgn ambil kira ckp org.. btul juga.. tp alahai hati.. sy tdk suka goreskan hati org lain.. lbh2 lagi senior saya.. sy mahu mereka dhormati setimpal dengan lamanya mereka bekerja.
Sewaktu sy bekerja d sebuah tadika, sy pernah berada di position pejbt selama seminggu.. oh.. kerja pengkeranian memang amat membosankan.. sewaktu meeting pertama, sy sedar bahawa sy menjadi ‘orang atas’…sesuai dengan kelulusan sy, kata guru besar.. tp entah kenapa jd x seronok.. lantas atas permintaan sy, guru besar tukarkn sy ke bahagian guru tadika..sungguh melelahkan kerana sy perlu menjd guru dan pengasuh sekali gus!!!!.. tp saya seronok melihat keletah kanak2 …jauh lebih seronok berada di ruang pejabat, yang membuatkan sy bosan dan mengantuk..sy jd gembira kerana apabila berada di peringkat bwh, sy mula mengenal pasti masalah, kekalutan dan perkara tersembunyi di peringkat akar umbi.. jika sebelum ini sy berada di pejabat dlm suasana tenang.. tp apabila menjadi org bawahan sy blh merasai segala kekalutan yg berlaku.. sedikit sebanyak sy belajar menjadi insan yg tenang berhadapan cabaran…ramai yg terasa aneh kerana sy diturunkan pangkat drpd kerani menjadi cikgu tadika.. daripada org yg blh bercakap terus dengan bos besar, secara tiba2 perlu mengguna perantara utk berhubung dengan bos.. memang ia kelihatan aneh.. tp pd saya ia pengalaman mengujakan..
Dimana2 tmpt kerja ada cabaranya.. masalah yg sering berlaku dlm ssebuah organisasi besar ialah :
1-arahan bertindan. Ketua A menyatakan begini, ketua B menyatatakan yg lain.. mana satu kita nk ikut?
2- Sesetengah rakan sekerja tidak faham tugas kita.. terutamanya staf senior.. maka akan ada pergeselan dlm melakukan tugas..
3- Kita buat kerja, org lain dpt nama..
Dalam apa jua keadaan saya berpendapat MENERIMA ARAHAN JAUH LEBIH MUDAH DPRD MEMBERI ARAHAN….
Kata seorg teman, perlu hipokrit dlm dunia pekerjaan.. TEPUK DADA TANYA IMAN..terpulanglah kpd kita…
Dalam dunia pekerjaan, staf baru harus mengalah dgn senior.. berdiam diri bkn bermakna kita salah, tp sbg menghormati senior.. sy memang byk belajar mengalah dengan kerenah sesetengah senior yg besar kepala krn malas nk nk cari gaduh… ingat2lah.. permusuhan/ salah faham akan buat kita tidak gembira. Di tempat kerja.. Jd biarkan mereka syok sendiri dengan jawatan senior mereka.. kita yg baru, belajarlah menjadi pekerja yg terbaik,,, kita yg masih hijau perlu tahu byk perkara, jd byk2lah bersabar..
Semoga sebahagiaan pengalaman yg sy kutip menjadi modal utk sy menjawat jawatan tertinggi yg setimpal dgn kelulusan sy… bermula dr bawah, supaya kita tahu susah, senang dan cara berfikir org bawahan..
Sya punyai impian utk menceburi bidang politik ..sy punyai impian menjadi manusia berjaya… sy punyai hasrat utk membina kerjaya…utk mencapai impian i2, sy perlu update ilmu.. anda yang membaca catatan ini… tolong doakan agar hasrat sy belajar sambil bekerja tercapai.. agar sy berpeluang naik kepentas konvokensyen sekali lagi.. agr sy berjaya mengengam segulung ijazah sbg tiket utk saya sambung MASTER dan PHD..Agar impian sy bergelar DR tercapai……
Masa telah berlalu.. skrg masa utk sy membina kerjaya.. segala kenakalan dan keseronokan lalu telah sy kurangkan.. demi sebuah impian………….