Pertama kali, saya amat berharap agar anda yg membaca emel ini, jgn ada yg terslh aggap yg saya ingin bercerita sesuatu yg membuang masa anda. Aggaplah emel ini sbg warkah drpd insan bergelar pelajar, yg pernah ada didik ttg kehidupan, yg pernah ada ajr ttg perkara yg dia tidak tahu. Yg pernah membuatkan anda ketawa lucu dengan keletah nakalnya satu ketika yg lalu. Yg pernah menyakitkan hati anda suatu masa yg lalu..apabila sekali sekala dia seakan2 tidak menghormati anda.Yang pernah mengencewakan anda apabila anda berikan sepenuh perhatian dan tunjuk ajar tetapi dia gagal menunjukan prentasi yg baik dlm akademik.Sy berasa terpanggil utk bercerita kpd anda, insan yg saya letakkan di takah termulia..
Apb tiba 16 Mei, saya selalu terkenang kenangan lalu. Masih segar dlm ingatan saya, sewaktu di sekolah rendah, saya mengumpul duit belanja 30 sen yg emak berikan pada saya untuk membei hadiah hari guru. Mujurlah saya menerima RMT (RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ), maka tidak perlulah saya berlapar disekolah semata-mata mengumpul duit utk membeli hadiah. Hati kecil saya menjadi puas apabila melihat senyuman guru2 saya sebaik menerima sebatang pensel carbon berwarna merah. Apb masuk sekolah menengah, saya lbh senang mencipta kad mengunakan kretiviti sendiri. Atau kadang2 saya dan rakan membelanjakan duit biasiswa untuk berkongsi membeli hadiah.
Apb melangkah kaki ke university, saya berasa amat janggal apabila ucapan hari guru sudah tidak kedenngaran lagi.Saya bukanlah pelajar yg terbaik sebenarnya. Sewaktu di sekolah , kenakalan saya melebihi kecemerlangan akademik.( Sedangkan perhatian diberikan kpd sya bh drpd pelajar lain ) Kerap benar say kecewakan guru2 saya dengan warna merah dlm buku rekod saya. Selalu juga saya hampakan guru2 dgn rekod kehadiran yg tercorot.Selalu juga sy peningkan kepala guru2 sy dgn kenakaln yg tidak bertempat. Ular getah, tikus getah, Saya jadi seronok apb guru2 yg menerima usikan sy dlm marah2 akhirnya ketawa lucu. Sy dengan guru2 ada ‘chemistry’ selalunya.yg memuatkan sesetengah rakan cemburu. Yg membuatkan setengah rakan menyatakan guru-guru pilih kasih. Yg membuatkan tali persaudaraan kami utuh hingga kini..
Dahulu saya selalunya rimas apb ramai guru mudah mengingati nama saya,yg menyebbkn saya selalu ‘terkena’ dlm kelas. Yg menyebabkan setiap kali saya melanggar peraturan sekolah spt tak pakai tag nama, masuk kelas lewat, pakai cincin,gelang, dengan mudah saya dileteri guru2. Anehnya mereka jarang memotong merit saya spt yg dilakukn terhadap pelajar lain.
Apb melangkah kaki ke university, bergelumang dengan kepayahan hidup sbg mahasiswi, barulah sy sedar, bertapa agungnya pengorbanan insan bergelar guru. Pd awalnya, saya gagal menyesuaikan diri dengan rentak pembelalajaran dan perwatakan pensyarah.mungkin kerana terbiasa ‘disuap’ guru2.Ditambah pula rakan2 yg baru tdk sama dgn rakan2 sekolah sy dahulu. Benar, sy berasa amat rendah diri, bkn shj dengan kelemahan sy, ttp dgn latar belakang keluarga sy. Yg tak punyai apa2 utk dibanggakn. Dan akhirnya, saya terasa bagaikan ingin berundur, terasa ingin kembali pd kehidupan asl di mna sy bermula, terasa university bknlah tempt selayaknya sy berada…Selain doa ayah bonda, guru2 sy tidak jemu2 menitipkan nasihatnya utk saya. Supaya meneruskan perjuangan ini krn peluang belajar hnya sekali.
Akhirnya masuk thn ke2, sy sudh pandai menyesuaikan diri. Sya sudah lali dgn cabaran dan dugaan hidup sbg mahasiswi.segala kekalutan hidup sbg pelaajar sy hadapi dengan ketawa.segala masalh yg melanda sepanjg prosess pembelanjran sy tangani dgn senyuman. Sesungguhnya sy amat bersyukur, krn ALLAH telah mencampakkan perasaan EHSAN dlm diri pensyarah utk saya. ( sesetengah rakan kata saya suka bodek pensyarah ) mungkin berkat doa seorg ibu, bahawa ke mana saya pergi, apa jua kesulitan yg melanda pasti ada org yg dtg membantu. Benar, saya sentiasa memperoleh apa yg sy mahukan.sekalipun terpaksa bersusah payah, kesudahanya, saya ttp mendapat perkara yg terbaik utk diri saya.
Sy bukanlah insan yg tabah. Di sebalik perjuangan hidup sy, guru2 adalah segalanya. Dulu, sy selalu fikir mudahnya menjd guru krn ramai guru yg sbnrnya tdk sanggup mengajar murid2 lemah. Ramai guru yg mengajar pelajar yg lemah dgn penuh keterpakasaan. Jika dberi pilihan, rmai yg memilih utk mengajar plajar yg pintar & mendengar ckp.namun, persepsi sy mula berubah. Abp sy diberi cabaran mendidik kanak2 di rumah ank2 yatim supaya mereka dpt membaca & menulis, baru sy tahu sshnya bergelar pendidik. Sewaktu sy tatap wajah bersih anak2 itu, air mata sy tumpah, sy jd amat kasihan kpd mereka. Yg tdk berpeluang ke sekolah krn tiada sijil kelahiran. Yg masa dpn mereka amat kelam tanpa kasih ibu & ayah. Yg hidup mereka tanpa masa dpn krn tiadanya doa & restu ayah bonda.dan sy jd amat bersyukur krn sy bukan shj tidak melalui nasib spt mereka, ttp berpeluang menikmati kasih syg ayah bonda dan cinta unggul guru2. Mendidik mereka mengenal ABC jauh lebih sukar drpd mengasuh anak2 saudara sy seramai 6 org. mengajar mereka ttg erti kehidupan jauh amat pyh drpd berdepan dgn keletah nakal anak2 saudara sy. Mereka yg ingin tahu siapa ibu bapa mereka. Pastinya sy tidak sampai hati utk meberitahu anak2 yatim itu bahawa mereka anak terbuang yg mana ibu mereka sampai hati berlaku kejam terhadap mereka…
selebihnya apb sy masuk university, sy merasakan perjuangan guru2 amat agung. Sepanjang tempoh 3 thn byk keajaiban yg berlaku. Sesetengah subjek yg amat2 sukar, tp sy lulus juga. Suatu yg tugasan amat2 payah, tapi sy dpt buat dgn baik. Semua ini berlaku atas nama doa & restu insan bergelar murabbi.
apb ada pensyarah dengan baik hati belanja sy & kwn2 makan, ia membuatkan sy terkenang guru2 sy. Sy mula terkenang sdpnya laksa yg dibuat cikgu shimah, terkenang juga enaknya puding & cake yg cikgu calsom buat. Plg seronok apb cikgu sarina mengajak sy makan tengah hari di rumahnya. Abb sy tinggal di asrama, semakib rajinlah guru2 sy memasak pelbagai juadah, mcm tahu2 je kami jemu mengadap menu yg sama tiap2 hari di asrama. DAN PERKARA YG PALING SY TIDAK LUPA, YG BUAT SY & RAKAN2 TERHARU, YG MEMBUATKAN SY RASA AMAT SYG UTK BRHENTI BELAJAR, YG MEMBUATKAN SY RASA INGIN KEMBALI BERGELAR MAHASISWI IALAH APB ADANYA PENSYARAH YG SANGGUP BERJUMPA DGN SY DAN RAKAN BUAT KALI TERAKHIR SEBELUM KAMI BALIK KG, YG SANGGUP MERENDAHKAN PANGKATNYA APB BERSAMA2 PELAJARNYA….itulah perkara plg agung yg pensyarah2 sy buat selain dprd mendidik sy dengan penuh kesabaran.
Sekian lama, sy belajar byk perkara dlm hidup. Membuatkan sy amat cintakan bdg penguruan.. tp, MANUSIA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG DAN SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ITU JAUH LEBIH HEBAT & UNGGUL ….“ sy ditakdirkan tiada rezeki dlm bdg itu, yg hampir membuatkan sy merasakan diploma yg sy banggakan ini tiada nilai…namun, berpegang pd falsafah indah itu, sy jd amat yakin bahawa ALLAH TELAH MERANCANG SESUATU YG JAUH LEBIH BAIK & INDAH UTK SAYA..
Anda yg menerima e-mel ini, adalah sebahagian insan yg sy sentiasa doakn kebahagiaan dunia akhirat. Anda yg membaca emel ini, adalah sebahagian insan yg amat sy hormati. Sesungguhnya beruntunglah anda yg bergelar pendidik krn anak2 didik anda akan sentiasa mendoakan anda… epi teacher day……………………..
0 comments:
Post a Comment