Pendidikan Malaysia seabad lalu menekankan satu sistem perkauman. Kini pendidikan Malaysia melangkah jauh ke sistem yang telah berjaya melahirkan ribuan tokoh ilmuan yang mana telah membuktikan sistem pendidikan Malaysia setaraf Negara maju yang lain.
Manifestasi daripada PPSMI yang telah dilaksanakan, memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan Negara. Jika era pemerintahan Tun Mahathir, suara bantahan rakyat kedengaran sumbang. Tetapi kenapakah di saat pemerintahan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi, semakin ramai yang berani sehingga terjelmalah demokrasi jalanan? Sungguh memualkan apabila golongan yang berpendidikan tinggi yang telah terdidik dengan adab dan budi perkerti yang mulia sejak di alam sekolah sehinggalah di menara gading telah menterjemahkan ilmu yang mereka perolehi di jalanan. Sedangkan mereka telah diajar cara yang bijaksana dan lebih bertamadun untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Pengajaran dalam Bahasa Inggeris telah dilaksanakan kira-kira 6 tahun yang lalu. Satu tempoh yang matang untuk menilai implikasinya. Pada hemat saya, selaku generasi muda yang telah melalui keperitan tidak mahir bahasa Ingerish, ia wajar diteruskan. Kita tidak seharusnya berpatah balik ke belakang setelah berada jauh ke hadapan. Apakah motif PPSMI mahu dihapuskan ?
1- Bahasa Inggeris akan menyebabkan kepentingan Bahasa Melayu terhapus.
-Tidakkah kita sedar bertapa hebatnya rakyat Malaysia apabila mampu menguasai pelbagai bahasa? Kepelbagaian bahasa melambangkan kekuatan dan kebolehan rakyat yang bakal mengangumkan Negara luar. Persoalan jati diri juga menjadi salah satu penyebab kenapa sesetengah pihak mahu PPSM1 dihapuskan. Saya hairan kenapa persoalan bahasa diperbesarkan, sedangkan banyak masalah lain yang perlu diambil perhatian. Contohnya, ratusan filem prono masuk ke pasaran Malaysia dapat diperoleh dengan mudah di pasaraya. Begitu jugalah filem-filem barat yang berusurkan seks dan ganas semakin mendapat tempat di siaran Malaysia . Anehnya apabila filem tempatan ia ditapis ketat.Contohnya filem buah tangan Yasmin Ahmad berjudul MUALAF dikatakan bertentangan norma-norma melayu,tetapi bagaimana dengan filem barat seperti SEX DRIVE menebusi pasaran Malaysia dengan mudah? Persoalannya siapa yang mampu menghalang kanak-kanak bawah umur menonton filem tersebut sedangkan ia boleh didapati dengan mudah di pasaraya / pasar malam? Jika persoalan jati diri yang menjadi persoalan seperti yang diwar-warkan oleh saudara Lancang Kuning, Baling, mengapakah media massa kita dibenarkan menerbitkan rancangan realiti yang meniru Ala barat seperti Malaysian Idol? Hiburan yang berlebih-lebihan dan begitu melalaikan dibenarkan, tetapi untuk menjadikan pelajar Malaysia sebagai warganegara yang serba boleh menjadi satu halangan?
2-Pelajar luar Bandar ketinggalan ke belakang.
Sememangnya tidak dinafikan pelajar luar Bandar berdepan dengan cabaran yang lebih hebat. Namun, sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kita seharusnya menyakini usaha kementrian pelajaran dalam usaha mengatasi kelemahan pelajar luar Bandar. Yakinilah kepakaran mereka dalam menangani isu ini. Fikirkanlah jika PPSMI tidak dilaksanakan tentu pelajar khususnya pelajar luar Bandar akan berhadapan lebih banyak kesukaran apabila berada di universiti kelak. Mereka yang terlibat dengan demokrasi jalanan, fikir-fikirlah akan kesukaran yang jauh lebih sukar apabila anak-anak anda tidak dibiasakan dengan kemahiran bahasa Inggerish. Malah, kebanyakan buku-buku rujukan di universiti adalah dalam bahasa Inggeris. Jika ada terjemahan dalam bahasa Melayu pun , tentu tidak banyak. Tentu memakan masa yg lama untuk menterjemah silibus yang sedia ada ke dalam bahasa Melayu.Lagipun hanya dua subjek menggunakan bahasa Ingerish. Berbanding apabila anak-anak anda berada di universiti.Akan lebih banyak subjek yang di ajar dalam bahasa ingerish. Tidakkah anda kasihan apabila melihat anak anda terkial-kial menyelak helaian buku rujukan dalam bahasa inggeris? Tergagap-gagap berkauminikasi sewaktu temuduga di syarikat-syarikat besar?Sedangkan anak-anak bangsa lain telah melangkah jauh ke hadapan.Jika anda mengasihani anak- anak anda, maka anda patut membiarkan PPSMI terus dilaksanakan. Percayalah, apabila PPSMI dihapuskan, ia tidak akan membantu meningkatan kemahiran bahasa Inggeris pelajar. Kerana tidak semua ibu bapa mampu bertutur dalam b. I, justeru, dengan PPSMI sedikit sebayak mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Ingerish.
Sistem pendidikan Malaysia berjalan dengan baik selama ini, meskipun biasa terjadi masalah kecil, namun ia mampu ditangani dengan penuh bertamadun dan berhemah. Jesteru, saya merayu kapeda semua pihak agar melestarikannya. Perkembangan politik muktakhir ini amatlah mendukacitakan. Seolah-olah mengambarkan pemimpin politik Malaysia mengalami krisis identity diri dan hilang hala tuhu.Janganlah membiarkan sistem pendidikan Negara yang selama ini begitu berwibawa i menjadi porak poranda seperti yang berlaku dalam politik Malaysia pada masa kini. Tangani apa yang patut perbaiki apa yg perlu
0 comments:
Post a Comment