2010.... Nabila terus menyusuri hari-hari dengan hati yang tabah dan cekal.Kalau dahulu, emak,ayah kakak dan abang menjadi ‘telinga’nya, tapi kini tidak lagi. Taktala terkenang mak dan ayah, air mata Nabila pasti menintis.Kasihan.. kerana dia berikan beban kerisauan yang maha hebat kepada insan tua itu..Hidup ini singkat…Terpulang kepada kita untuk mencoraknya.
Suratan takdir telah menentukan rezeki dia di sini.Berada di gedung ilmu, membuatkan Nabila teruja.Dia mahu menutup segala kekurangannya, kerana itu dia harus bekerja keras lebih dari orang lain. Semoga disitulah nilai keberkatan. Sewaktu dia kecil , kudrat ibu dan ayah digunakan untuk membesarkannya.Kini dah sampai masa untuk digantikan kudrat dia untuk mereka meneruskan kesinambungan hidup.
Nabila selalu terkenang pada tempoh beberapa bulan sebelum Nabila menerajui sebuah kepimpinan. Surat tawaran temuduga dia terima dengan hati yang terharu. Dia bekerja shift malam pada hari itu. Sempat kanak-kanak bawah jagaannya bersalam dan mencium tangannya.
“ Semoga berjaya kak…,” bisik mereka k telinga Nabila sewaktu pipi mereka saling bersentuhan.
Tepat jam 12 tengah malam bas ekspres Tranasional melunjur laju menuju ke destinasi. Sekitar jam 4 pagi bas berhenti di stesen bas Klang. Nabila jadi panik serta merta apabila stesen bas Klang disangka stesen bas Shah Alam.
“ Arghhhh pagi-pagi buta gini, aku memang buat kerja gila. Berani sangat naik bas ke Shah Alam seorang diri..,” rungut Nabila dengan hati separuh kesal
Dalam panik dan terpinga-pinga, Nabila menekan number pada telefon bimbit, menghubungi seorang teman. Mujurlah, dia dengan baik hati, merendah kesejukan pagi menghantar Nabila ke Universiti Sains yang trletak di Shah Alam.
Kampus Universiti Sains kelihatan padat dengan ribuan pelajar. Dari bangunan tingkat 8 fakulti Sains Perubatan, Nabila melihat kereta bertali arus tanpa henti menuju ke destinasi masing-masing. Jalan semakin sesak, apabila jarum jam menunjukan pukul 8 pagi.
Sewaktu namanya dipanggil masuk ke bilik temuduga, dia sempat membaca surah AL-kausar, Kata ustaz, surah ini sesuai dibaca untuk menundukan orang yang zalim.Sesuai juga dibaca sewaktu sesi temuduga bagi menjinakkan si penemuduga.
Nabila melangkah masuk ke dalam dewan temuduga dengan dengan hati yang tidak kisah. Maklumlah melihat barisan calon yang kelihatan berwibawa,berkarisma dan berpengalaman buat dia rasa harapannya dalam temuduga ini amat tipis.
“ Ceritakan latar belakang kamu,” soal seseorang wanita berusia 40-an dengan nada yang serius
Nabila bercerita dengan penuh berhati-hati.
Soalan kedua menyusul .
“ CGPA bagus, kenapa tidak sambung belajar ?”
Nabila tarik nafas panjang sebelum mula berbicara.
“ Puan, saya memang nak bekerja. Sebenarnya saya merasakan pengalaman bekerja amat penting. Ramai majikan tidak yakin dengan kemampuan saya. Banyak pemohonan kerja saya ditolak kerana saya mempunyai mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan..,”
“ Kamu kelihatan normal. Saya tidak nampak halangannya.Tolong jelaskan..”
“Puan, sekiranya saya tidak memakai alat pendengaran hampir 90 % pendengaran saya hilang. Walaupun saya boleh mendengar setelah memakai alat pendengaran, tapi tak sapmai 100% .Kadang-kadang saya perlu membaca penggerakan bibir seseorang.Malah, untuk menggunakan telefon pun bermasalah..,” jelas Nabila dengan suara bergetar menahan sebak tanpa menyembunyikan apa-apa walau sebutir zarah pun. Untuk temuduga kali ini aku berterus terang, terpulang pada takdir yang bakal ditentukan.
‘ Dan aku tidak ingin membebankan ibu dan ayah yang semakin tua. Cukuplah,..terlalu banyak wang, tenaga dan air mata ibu dan ayah mengalir untukku. Semata-mata memastikan hidupku jadi lebih baik..’ bisik hati Nabila penuh syahdu.
“ Pada pendapat kamu, kamu boleh melakukan kerja atau tidak? Skala 1 hingga 10,” soal wanita dengan serius dan wajahnya kelihatan tegang.
“ 9..sebab 1 lagi adalah proses saya belajar daripada pengalaman..”
“ Baiklah , Nabila , tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam keadaan yang susah payah…,Tahniah juga kerana kamu mampu belajar tanpa menjadikan kekurangan kamu sebagai halangan.”demikianlah berakhirnya sesi temuduga pada hari itu dengan menampakan segaris senyuman . Anehnya aku merasakan senyumannya sumbang.
Sewaktu ayat terakhir diperturkan oleh puan itu, Nabila dapat merasakan dia akan ditawarkan temuduga kedua dan seterusnya menjawat jawatan trsebut.
Telaan dia betul rupanya. Keesokan harinya ditawarkan temuduga kedua.
Sesi temuduga kedua memang agak kecoh. Tiada satu pun soalan yang dapat Nabila jawab dengan baik. Banyak soalan dia jawab selamba “ Maaf tuan, saya kurang pasti..,” atau “maaf tuan ,saya terlupa..,”
Sampai ke satu peringkat, si penemuduga mengeluh ,” apa ni semua tak tahu,kurang pasti..,” kepala digeleng-gelengkan.
Wajah Nabila mula berkerut tanda risau .
Sesi temuduga mnjadi riuh dengan tawa barisan penemuga apabila soalan hangat Nabila jawab dengan jawapan yang positif,
“ Kalau kami bagi pegang tikus geli tak?,”
“ Tak..Sebab saya memang sukakan bidang veterinar dan pertanian. Lagipun saya anak kampung , membesar dengan hasil pertanian dan ternakan yang dilakukan ayah. Sejak kecil saya sudah lali dengan nda-benda geli atau kotor..”.jawab Nabila ikhlas dan jujur.
“ Betul ke ni? Kalau kami bagi tikus sekarang macammana?
“ Saya boleh pegang tuan…,” jawab Nabila selamba.
Semua panel temuduga tersenyum lebar.
Di akhir sesi temuduga, Nabila diberi peluang untuk bercakap dengan panjang lebar,
“ Tuan, puan, saya menghadiri temuduga ini dengan harapan mendapat kerja yang setimpal dengan kelulusan dan susah payah saya dahulu. Seperti yang tuan maklum, saya seorang OKU cacat pendengaran tetapi berada dalam bidang kemasyarakatan.. Saya ingin berada dalam bidang yang sains sejak dahulu kerana bidang ini tidak memerlukan saya berkomunikasi dengan orang ramai. Sesuai dengan minat dan kekurangan saya. Asalkan saya diberi peluang untuk membuktikannya. Kerana saya sanggup bekerja kuat seperti mana ibu bapa saya bekerja gigih” Kata Nabila ikhlas
“ Dan, saya mahu kekal berada dalam bidang sains kerana ia bidang yang amat menyoronokan. Memberi peluang kepada saya meneroka banyak idea baru. Siapa tahu, jika menjadi penerima anugerah Nobel pertama di Malaysia,kelak?” sambung Nabila sambil tersenyum. Matanya begitu bercahaya.
Panel termuduga ikut serta tersenyum. Kagum mendengar kata-kata Nabila yang penuh iltizam.
Nabila keluar dari bilik temuduga berhawa dingin itu dengan perasaan kesal.Dia rasa peluangnya agak tipis. Sebabnya banyak soalan yang tidak dapat jawab. Tambahan pula wajahnya mula menampakan darah gemuruh.
6 bulan lalu sewaktu temuduga dengan JKM ,Nabila tidak memberitahu penemuduga tentang masalahnya, kerana bimbang tidak ditawarkan pkekerjaan itu.
“ Saya ingin berkhidmat di sini dengan niat untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik…Semoga secebis ilmu yang saya peroleh di universiti dahulu akan membantu dalam perkembangan akademik anak-anak disini..,”
“ Bagaimana awak boleh membantu disini? Dan apa pendapat awak tentang anak-anak di sini?,” soal En Juniadi
“ Saya akan memanfaatkan sepenuhnya teknologi terkini seperti CD dan computer riba. Memandangkan anak-anak di sini memerlukan perhatian istimewa, saya akan menggunakan pendekatan yang menghiburkan seperti menyanyi dan multimedia..,”
“ Persoalan tentang anak-anak disini, saya berpendapat mereka telalu dimanjakan sehingga menjadikan diri mereka kurang berakhlak..Saya berharap, kita berjaya mentarbiah mereka menjadi insan terbaik..melalui teladan.. Malah mereka telah diajar menerima daripada memberi. Sumbangan orang ramai menjadikan anak-anak ini kurang bersyukur dan suka memminta-minta..,” komen Nabila jujur.

" Kamu mengambil bidang sains. Tak kisah ke tiba-tiba lari bidang?," soal En Junaidi.
" Untuk mencari rezeki kita tidak boleh terlalu memilih. Beri peluang kepada saya menimba pengalaman sambil berbakti. Moga-moga,ia sebagai satu laluan untuk saya mendapat kerjaya yang lebih baik".
Sebulan kemudian dia dipanggil bertugas di rumah kanak-kanak tersebut. Taktala kaki kanannya melangkah masuk ke rumah kanak-kanak , dia dapat merasakn pohon-pohon hijau bertasbih menyambut kedatangannya.. Dari jauh diperhatikan sekumpulan anak kecil memandang setiap langkah kakinya. Soratan mata yang kuyu mengambarkan keperitan hidup anak-anak itu. Taktala kaki Nabila melangkah masuk ke rumah kanak-kanak itu, dia dapat merasakan pohon-pohon hijau bertasbih memuji Rabbul Izzati.
Secara perlahan-lahan, beberapa anak kecil itu mengekori aku dari arah belakang. Langkahku mula terhenti apabila seorang kanak-kanak lelaki menghulurkan tangan bersalam denganku. Hatiku kian tersentuh, taktala pandangan mata kami saling bertaut.
Di dalam hati Nabila tersimpul azam untuk mentabiah anak-anak itu sebaik mungkin. Semoga mereka menjadi insan kamil dunia akhirat. Itulaah doanya ikhlas.