RSS

SECRET OF JOB 1 : realiti alam pekerjaan..


Kini, aku menarik nafas lega kerana akhirnya ‘orang atasan’ sudah mula memandang serius. Itupun setelah pengurusan dan kepimpinanku hampir hancur lebur.. Dalam ralat, aku bersyukur kerana tidak perlu menangung ‘beban’ seorang seperti sebelum ini. Aku selalu sangka ‘orang atas’ tidak ambil berat. Tapi, sebenarnya tanpa sedar, aku dan anak-anak buah diperhatikan. Tanpa kuketahui , kepimpinan aku dinilai…Kerana itu, akhirnya, aku jadi lega, setelah musyawarah, akhirnya membawa kepada kesekepatan yang terbaik.Terasa bagaikan ada menyokong kepimpinanku, ia buat aku rasa lebih selesa dengan pekerjaan ini sekarang. Buat aku lebih yakin untuk buat keputusan dan belajar memberi arahan dengan tegas. Berbanding sebelum ini, aku selalu merasai jika bergelar pegawai bagaikan anak ayam yang tiada ibu, lebih baik ku berada di situ sebagai pekerja bawahan…

Begini rupanya reality hidup seorang pegawai. Hari-hari yang sentiasa sibuk. Jika dahulu , aku selalu mencebik bibir apabila melihat pegawai (pengetua ) selalu tiada pergi meeting. Aku dan kawan sekerja selalu mencemuh apabila pengetua selalu sibuk. Tiada masa mendengar masalah kami berhadapan kerenah kanak-kanak.Tapi, sekarang ia bagaikan satu hukum timbal balik.

Ada banyak hati dan perasaan yang perlu aku perhalusi dan jagai. Hati anak buah yang perlu aku jaga supaya mereka tidak memberontak. Hati orang atasan yang perlu aku jaga supaya mereka selesa bekerjasama denganku.. Hati pelajar perlu aku jaga supaya mereka selesa menjadi sebahagian pengguna tempat seliaanku. Natijahnya, aku selalu tersepit ditengah-tengah.Tidak semua orang mampu aku senangkan hati mereka. Aku tidak pernah jemu mendidik pelajar-pelajar tentang peraturan yang harus dipatuhi. Aku sentiasa cuba berlembut dengan anak buah dengan harapan arahanku dipatuhi dengan senang hati. Tapi, mentarbiah orang dewasa tidak sama mentarbiah anak-anak kecil. kalau budak-budak boleh juga dicubit-cubit manja atau marah-marah-marah sayang. tapi ,kalau orang dewasa? Ada banyak perkara yang perlu aku belajari dan tekuni. Pokok pangkalnya, manusia yang berbeza punyai hati nurani yang berlainan. Aku semakin berhati-hati sekarang, kerana tidak semua manusia tercipta perasaan baik hati. Kerana ada manusia yang tergamak mengkianati, sedangkan kita sangka dia manusia mulia…

Pekerjaan ini lebih berisiko berbanding pekerjaan dahulu. Dahulu, jika melakukan kesilapan/ terlalai menjaga kanak-kanak, masalah akan dibebankan kepada orang atas (pegawai ). Anak-anak ini memberi risiko amat besar kerana mereka dilindungi akta kana-kanak. Dan pegawailah yang akan menanggungya. Kini, aku pula yang perlu menanggung risiko banyak perkara. Tanpa aku sedari, perkerjaan baruku, bagaikan meragut ketenangan hidupku..Sehingga kini aku masih tertanya-tanya sama ada aku mampu menerajui tempat yang besar ini…Ada masa-masa tertentu, aku terasa ingin kembali pada pekerjaan lama..Walaupun penat, dan selalu mendapat tekanan pihak atasan, sekurang-kurangnya aku tidak perlu bersusah hati. Sesekali wajah sikecil terlayar dimata, aku terasa sangat ingin kembali ke tempat kerja lama.

Aku semakin sedar bahawa tugas aku kini lebih berat. Jauh lebih berat sewaktu aku bekerja di tempat yang mana sedikit kecuaian boleh membuatkan staf didakwa di makamah. Hatta, sedikit cubitan, jika si anak mengadu boleh membawa hukuman penjara.
Kini, risikonya jauh lebih hebat kerana melibatkan tempat yang harus aku tadbir itu harganya mencecah jutaan ringgit.

Dalam kerjaya baru ini, aku selalu bimbang banyak perkara. Tentang kerenah anak-anak buah yang perlu aku tangani, tentang keadaan tempat kerja yang perlu aku awasi, dan paling membosankan tentang pengurusan rekod lama yang berterabur. Tentu memeningkan untuk aku menaip satu persatu GRN / mengisi PB setiap minggu.Tentu menjemuknan kerana aku perlu mengadap file-file setiap hari..Jika aku sukakan aktiviti ini, tentu aku tidak berhenti kerja setelah seminggu menjadi kerani dulu.Memang agak susah jadinya, kerana ku masih hijau pengalaman dalam dunia pekerjaan. Sejak dari awal lagi, aku tahu cara aku memimpin tidak betul. Sejak dari mula lagi, aku sedar, banyak kepincangan dalam pengurusan rekod lama.. Tapi, alahai..susahnya untuk aku mengendalikannya..

Jauh di sudut hati, aku dapat rasakan kegagalan aku menerajui sebuah organisasi..Sama seperti aku gagal mentarbiah beberapa kanak-kanak bawah jagaanku dahulu..Semoga aku tidak terlewat memperbaiki keadaan….Semoga ALLAH campakkan secebis kekuatan untuk aku teruskan pekerjaan ini Kerana selain ibu dan ayah, kerjaya ini adalah segala-galanya buatku. Sepenuh hati, ia telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Yang telah membuatkan masyarakat mengangumiku…Kerjaya inilah yang mengubah taraf hidupku…

SECRET OF MY JOB

Aku terus menyusuri hari-hari dengan hati yang tabah dan cekal.Kalau dahulu, emak,ayah kakak dan abang menjadi ‘telinga’ku, tapi kini tidak lagi. Taktala terkenang mak dan ayah, aku mengeleng kepala kesal.Kasihan.. kerana aku berikan beban kerisauan yang maha hebat kepada insan tua itu..Hidup ini singkat…Terpulang kepada kita untuk mencoraknya.Tanpa sedar,aku hampir hanyut dalam sandiwara bandar besar. Sehingga sekarang aku tidak percaya, yang aku telah memperoleh 100% tiket kebebasan hidup.Lantas,jadilah aku anak yang terlalai..Kadang-kadang terlupa segala amanat ayah bonda..Contoh paling mudah, “ Jangan keluar sampai lewat malam..,” tapi aku terlangar pesanan itu. Bukan setakat terlanggar tapi lebih dari itu, hampir-hampir terbabas. Sesekali terkenang, aku hanya mampu tersenyum..Dalam rasa bersalah pada mak dan ayah, aku masih berani melakukan.. Fikir aku, kalaulah terjadi apa-apa..alahai…aku hanya mampu mengeleng kepala. Ngeri memikirkan perkara buruk yang mungkin akan berlaku.

Suratan takdir telah menentukan rezekiku di sini.Berada di gedung ilmu, membuatkan aku teruja.Aku mahu menutup segala kekuranganku, kerana itu aku harus bekerja keras lebih dari orang lain. Semoga disitulah nilai keberkatan. Sewaktu aku kecil , kudrat ibu dan ayah digunakan untuk membesarkan saya.Kini dah sampai masa untuk digantikan kudrat saya untuk mereka meneruskan kesinambungan hidup.

Salah satu impian terbesarku, adalah menjadi insan hebat Berjaya dan ternama. Impian yang apabila aku kenang-kenangkan, hati aku bergetar sayu..Tertanya-tanya sama ada ibu dan ayah sempat meraihkan kegemilangan hidupku..

Setiap kali bangun tidur, aku pasti tersenyum, kerana hidup aku sungguh berbeza dari dulu. Sekarang jauh dari riuh pekik anak-anak saudara kesayanganku, jauh dari laungan nyaring mengejutkan aku bangun tidur. Aku bukan lagi gadis desa yang hidupnya dahulu cukup seadanya. Tapi, aku masih kekal bagaikan anak kecil kerana sikapku yang lurus, dan perlu disuruh-suruh. Duniaku sudah berubah, ia memaksa aku menukar perwatakan agar jadi lebih matang seiring dengan status sebagai wanita bekerjaya.

Teringat tentang peritnya aku menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Sehari selepas melapor diri, aku diminta ditukarkan ke kampus S.Alam. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Peritnya dalam seminggu aku menumpang tidur dikolej seorang teman kerana tidak sempat mencari rumah sewa dan tidak tahu jalan pergi kerja!!!Aku bergerak ke mana sahaj menggunakan kemudahan teksi kerana tidak pandai naik bas. Walaupun mahal. Ia benar-benar menyulitkan kerana aku tidak mengenali sesiapa di tempat baru ini.

Menangani kerenah orang dewasa jauh lebih sukar menangani kerenah anak kecil . Lebih-lebih lagi orang dewasa berpelajaran... Alahai hati... tabahlah..pujuk diriku.Ia buat aku sedar, bahawa tidak semua orang kita boleh percayai.. Tidak semua manusia mampu mengikut acuan kita.Kadang-kadang aku jadi ralat, apabila tanggungjawab yang diamanahkan aku gagal laksanakan. Aku jadi kesal, apabila masih ada suara-suara sumbang yang mewar-warkan kelemahan pengurusan, sedangkan aku telah berusaha menutup situasi kucar kacir itu sepenuh hati. Kata seorang teman, usah salahkan keadaan , BECAUSE YOUR ARE LEADER..belajar buat keputusan dan beri arahan.....dan try ur best!!!