RSS

yang baik itu mereka..yang buruk datang dari diri sendiri...

Saya hanya mampu mengeleng kepala.. Kerana berada dalam 1 kelompok yang agak aneh.. Itulah yang saya rasa.. 2 bulan saya berulang alik dari FF1, FF3 dan FF5. Tempat bekerja saya adalah FF5. tapi pakar rujuk /orang yang lebih berpengalaman, berada di FF3, dan sesekali, saya perlu ke bahagian pentadbiran. Berkali-kali, saya memujuk hati agar bersabar dan mengalah pada kerenah senior. Dalam hati saya berterima kasih pd staf makmal. Terutamaya si gadis bernama M dan rakan sejawatan yang tidak lokek ilmu. Yang tidak pernah jemu mengajar . Sesekali saya rasa bengang ,apabila kedengaran suara sumbang.." awak pekerja baru, tapi banyak sangat demand..,' Fikir saya, kalaulah saya ada duit berjuta-juta, tak perlulah saya terhegeh-hegeh meminta prasarana fakulti, tentu ia tersedia tersendiri. Memang agak leceh, apabila saya perlu ke FF3 semata-mata untuk print sekeping paper.Lucu rasanya..saya masih berkalau2 dengan sesuatu yang mustahil. Sedangkan usia saya sudah menjangkau 24 thn. Tapi, penuh angan-angan mat jenin. Usia yang kata guru katakan pensyarah saya , usia belajar. Teringat pujukan beberapa orang pensyarah supaya saya belajar lagi. Marah benar mereka, apabila diberitahu saya memilih bekerja sebagai atendan kesihatan , sedangkan peluang belajar terbentang luas. Selamba saya beritahu, yang saya tidak suka serabutkan otak berfikir untuk lulus peperiksaan! Dengan hati yang ikhlas saya canangkan, yang saya gembira walaupun jawatan saya hanyalah atendan kesihatan /PKS. Saya gembira dengan tugasan itu, walaupun saya tidak berpuas hati dengan gaji 3 angka.

Dulu dan kini amat berbeza. Dahulu pensyarah adalah guru saya, yang telah saya letakan di takah termulia…Tapi kini pensyarah adalah majikan saya. Cuma saya tertanya-tanya, sama ada saya berhak untuk memohon ‘restu’ mereka seperti saya belajar dahulu. Saya memang terpengun dan kagum cara pelajar fakulti ini dilayan., keistimewaan tiada tandingi. Sejajar dengan ketinggian ilmu mereka agaknya. Sewaktu saya belajar dulu, saya tidak memperoleh keistimewaan / kesenangan yang dimiliki mahasiswa sekarang. Tapi, disebalik ‘penderaan ‘ pensyarah, sarat dengan kasih sayang… Kami tidak diajar meminta-minta, sebaliknya diajar untuk mencari dan mendapatkannya sendiri.. Diajar bersusah-susah dan kalau perlu , air mata keperitan akan tumpah demi pelajaran.

Dulu saya selalu fikir, kan senang jadi pengawai, tidak perlu melalui kerenah birokrasi. Tidak perlu pas-pas ke sana kemari. Nak apa pun terus dapat. Maklumlah kuasa pegawai. TAPI, SEBENARNYA TIDAK….ia tetap sama, dahulu saya kecewa jika perlu melalui kerenah birokrasi untuk memperoleh sesuatu, sekarang saya 10000 kali lebih kecewa kerana status tidak membantu untuk mendapatkan perkara yang remeh-temeh..Jawatan yang menjadi perantara kebajikan staf bawah saya. Jawatan ini bagaikan hanya pada sekeping kertas..

Saya memang selalu buat benda pelik. Dahulu kereta barui saya beli dalam keadaan kewangan tidak stabil. Kerja kontrak, bila-bila masa sahaja dibuang kerja. Tapi saya beli juga kereta menggunakan slip gaji yang tak seberapa nilainya. Puas hati, kerana boleh bergerak sendiri. Tapi, apabila, bekerja dibandar besar, terkial-kial saya. Dalam hati, menyesal tak sudah... Kalaulah saya tahu REZEKI SAYA AKHIRNYA DI BANDAR BESAR INI, ..tentu awal-awal lagi saya beli kereta auto..

Sewaktu pulang kekampung, saya begitu lega dapat menatap wajah emak yang tenang dan menyenangkan. Sesekali, hati saya kasihan..dan tidak sampai hati..bukan sekali , tapi sudah banyak kali emak berpesan..jika ada peluang , mohonlah pertukaran ke tempat kelahiran. kata emak, dekat-dekat senang, emak pun tak risau.

tapi, hati saya berkali-kali menolak permintaan itu. saya masih belum puas hidup bersendirian .Saya masih belum puas melihat dunia luar. sewaktu saya menerima surat tawaran, hati saya melonjak riang, kerana itulah kunci kebebasan yang saya mahukan..
saya masih cekal menempuh dugaan hidup sendirian. Saya masih mampu menempuh cabaran hidup sendirian,..memang saya tidak berkira soal wang ringgit, asalkan saya tidak perlu menyusahkan sesiapa.biar diri sendiri memikul segala bebanan.. itu janji saya..lantas, saya jarang mengeluh depan emak, sekalipun, saya ingin emak mendengar keluhan saya..sekalipun , saya ingin menangis dalam pelukan emak sewaktu saya mempunyai masalah.

Semoga hari-hari mendatang dapat saya hadapi dngan setabahnya. Jika hari ini saya masih tersenyum apabila dikritik hebat, kelak saya harap saya kekal begitu….Jika saya mampu menempuh kesusahan belajar hampir 14 thn, knp saya tidak mampu menempuh dugaan bekerja?

SECRET OF MY JOB.." KERJAYA YANG PENUH MASALAH..

Bulan kedua tahun 2010….Saya terus menerima kritikan hebat. Terlalu banyak campur tangan buat saya pening kepala. Terlalu ramai yang memberi pendapat, buat saya sakit jiwa dan serba salah. Terasa hendak marah. Bukan kepada orang yang mengkritik, tapi pada diri sendiri. Marah kerana saya tidak pandai dalam soal pengurusan dan kepimpinan. Apa sahaja yang saya rangcang tidak menjadi belaka. Apa sahaja usaha saya, tidak diterima. Kritikan berani dan selamba datang dari pelajar , saya terima dengan hati yang terbuka. Kritikan pedas dan lancang sebenarnya adalah suatu yang bagus untuk saya mendapatkan ‘booster ‘ memperbaiki keadaan.Rasa ruginya bekerja dalam keadaan ilmu yang tidak penuh didada. Kalaulah saya tahu, saya akan berada dalam kerjaya ini, tentu saya tidak menolak tawaran sambung belajar dalam ijazah sarjana muda sains haiwan di Unimas.Bukan lama sangat pun , hanya 4 tahun. Kalaulah saya tahu rezeki saya di sini, tentu awal-awal lagi saya iktiarkan menghadiri kursus berkaitan . Supaya tidaklah saya jadi terlalu bodoh dalam kerjaya ini. Kalau ada ilmu dalam bidang berkaitan, tidaklah saya diperkotakktikkan/ diperlekehkan/ dikritik. Masalah paling besar, yang menampakkan kelemahan saya ialah ramai sangat yang terlebih pandai/ lebih experience dari saya. Bila dah terlalu ramai, maka, terlalu banyaklah pendapat yang keluar. Banyak juga pemintaan. Paling pening, masing-masing mahu mengikut acuan tersendiri. Saya yang tidak tahu apa-apa , mula tersepit di tengah.Disaat ini saya akan lega, sekiranya pengurusan tertinggi melantik seseorang yang benar-benar mahir dan berpengalaman bertindak ‘ monitoring ‘ tempat saya. Yang benar-benar tahu.. Saya memang sudah ada calon yang wajar / sesuai monitor tempat baru ini. Tetapi, kewajaran melantik dia , bergantung pada kebijaksanaan pengurusan tertinggi, bukan dalam kuasa saya…


Saya memang selalu buat kerja gila.. Sejak dari kecil, saya memang suka sendiri-sendiri. Memang saya mudah rimas jika berada dalam majlis yang ramai orang. Minggu lalu, saya menjelajah seluruh tasik titiwangsa. Melepaskan serabut di kepala. Hajat dihati, menikmati panorama Kuala Lumpur melalui EYE ON MALAYSIA. Tapi , ia dah tak ada.. Kempunan saya dibuatnya. Sempat saya mengunjungi UKM buat kali ke dua, sekali gus mengadakn perjumpaan tidak rasmi dengan MR.M.Sedikit tip yang diberikan dan pesanan ringkas darinya buat saya bersemangat bekerja.

“ Belajar perlahan-lahan, perlu banyak menimba pengalaman..,” ujarnya sambil tersenyum, apabila saya bertanya bagaimana beliau menjadi begitu mahir dalam pengurusan makmal haiwan.

Saya sentiasa cuba membuktikan yang saya layak berada di situ. Bukan kerana minat semata-mata, tetapi saya serasi dengan kerja yang kasar dan lasak. Berbanding kerja yang pasif (duduk diatas kerusi empuk) Sesekali saya mencuri masa, belajar teknik force feed dsbnya. Kerana prinsip saya, sebagai seorang ketua, dia perlu tahu semua perkara. Ramai yang mempertikaikan cara saya bekerja. Tapi, tidak ramai yang faham, saya sedang dalam proses belajar… Bermula dari akar umbi.

Pada zahirnya, saya kelihatan kasar, tapi dalam hati sarat rasa simpati dan tidak sampai hati. Saya memang mudah kasihan kepada jurujual, yang menjaja barangannya. Bersusah payah menyediakan quotation, tapi, saya tidak beli barangnya. Lebih-lebih lagi, mereka itu adalah orang melayu. Saya memang mudah tidak sampai hati melihat makcik-makcik cleaner memegang penyapu.. Saya memang mudah rasa simpati, terhadap pekerja yang masih muda melakukankan kerja berat. Sama seperti saya rasa kasihan terhadap AYAH TERBONGKOK-BONGKOK MENOREH GETAH DAHULU. Emak pula, sering berkejar, mmbahagikan masa antara anak dan kerja kilang. Tentu saya tidak lupa, seawal jam 5 pagi emak merendah kesejukan pagi menunggang basikal menunggu bas kilang.Sejak kecil, saya menanam azam apabila dewasa saya mesti mempeoleh gaji 4 angka.. setelah melihat peluh ayah menitis setiap hari bersama bau keringat yang hapak. Sejak dahulu, saya menanam azam untuk duduk dikerusi empuk apabila dewasa kelak.

Saya memang anak emak yang lain dari yang lain. Selalu buat kerja gila terutamanya semasa saya susah hati. Selamba saja saya menonton wayang seorang diri. Pernah satu ketika…

1- Bas trannasional meluncur laju ke destinasi terakhir Klang. Saya terpinga-pinga apabila stesen bas Klang disangka Shah Alam. Kata pemandu bas sepatutnya saya turun di stesen sebelum itu. Tapi, mungkin kerana saya keletihan, saya tertidur. Dalam takut, saya menangis dalam hati.. Sebab saya tidak tahu ke mana hendak saya pergi…Penat melayan kerenah anak-anak belum hilang ( saya bekerja shif malam ) pada hari itu, Hendak naik teksi, saya takut. Takut dibawa ke tempat lain/ casnya mahal. Kerana saya sangka antara stesen bas klang dan stesen bas shah alam terlalu jauh. Lagipun ditangan saya hanya ada RM 150..Itulah kerja gila yang pernah saya buat , berada di Klang seorang diri pada pukul 4 pagi seorang diri semata-mata untuk temuduga !! Sudahlah tidak kenal sesiapa, malah tidak pernah sampai ke situ juga!


2- Saya memang tidak cekap memandu. Beberapa bulan selepas mendapat lessen kereta, saya beli sebuah kereta.Bangga kerana akhirnya dengan titik peluh sendiri, dapat juga sebuah kereta yang comel..Kereta kecil dan murah, cukup untuk saya tidak menyusahkan sesiapa / memudahkan saya pergi kerja.Itu perancangan saya.Kereta manual tidak menjadi masalah di tempat kelahiran saya, tapi di Shah Alam, terkial-kial saya dibuatnya. Seksanya hanya ALLAH yang tahu. Susahnya -hidup bersendirian hingga saya terfikir untulk balik ke tempat kelahiran. Dulu ke mana sahaja pasti berteman, terutama tempat jauh. Sememangya, kami terdidik dengan cara itu. Anak-anak perempuan perlu ditemani…Tapi, rela dalam terpaksa, emak, membenarkan saya pergi jauh seorang diri. Kerja gila, kadang-kadang saya buat dengan rela hati, tinggal bersendirian dirumah sewa . Sedangkan emak di kampung risau bukan kepalang.


Kemana sahaja saya pergi, ia membawa restu dan doa emak dan ayah. Begitulah kata saya pada emak, disaat kerisauan seorang ibu melepaskan anak gadisnya jauh daripada pandangan matanya. Saya tidak bersedirian di Bandar yang asing ini. Tetapi, bertemankan doa dan restu mereka. Cukup untuk saya merasa selamat ditengah-tengah kemunkinan bahaya hidup dan bergerak bersendirian di Bandar besar ini.

Saya semakin berhati-hati dengan orang sekeliling. Kadang-kadang kelihatan baik hati, tapi sebenarnya penuh prasangka dan hasad dengki. Kadang-kadang, Nampak buruk perangai, tapi dia punyai semulia-mulia hati. Memang susah hendak mengenali hati seseorang. Kadang-kadang , ada yang Nampak ok, respect status pen pegawai yang saya sandang, tapi rupanya, di belakang, bukan main dikutuk… Kata emak, itu adat manusia.. tidak pernah henti mengkritik dan mempertikaikan… . Memang saya akui ada suara-suara sumbang mempertikaikan cara saya bekerja ! Saya sedar ada yang mempelekehkan saya. Ada yang berani, memperagakan kesombongan kepada saya…
Maklumlah, saya pegawai muda yang tidak ada ilmu dalam bidang berkaitan.

Sejak dari kecil , saya telah diajar untuk bekerja kuat. Demikianlah saya belajar dari kedua ibu bapa , demi meneruskan kesinambungan hidup... tanpa perlu bergantung pada orang lain....