Saya hanya mampu mengeleng kepala.. Kerana berada dalam 1 kelompok yang agak aneh.. Itulah yang saya rasa.. 2 bulan saya berulang alik dari FF1, FF3 dan FF5. Tempat bekerja saya adalah FF5. tapi pakar rujuk /orang yang lebih berpengalaman, berada di FF3, dan sesekali, saya perlu ke bahagian pentadbiran. Berkali-kali, saya memujuk hati agar bersabar dan mengalah pada kerenah senior. Dalam hati saya berterima kasih pd staf makmal. Terutamaya si gadis bernama M dan rakan sejawatan yang tidak lokek ilmu. Yang tidak pernah jemu mengajar . Sesekali saya rasa bengang ,apabila kedengaran suara sumbang.." awak pekerja baru, tapi banyak sangat demand..,' Fikir saya, kalaulah saya ada duit berjuta-juta, tak perlulah saya terhegeh-hegeh meminta prasarana fakulti, tentu ia tersedia tersendiri. Memang agak leceh, apabila saya perlu ke FF3 semata-mata untuk print sekeping paper.Lucu rasanya..saya masih berkalau2 dengan sesuatu yang mustahil. Sedangkan usia saya sudah menjangkau 24 thn. Tapi, penuh angan-angan mat jenin. Usia yang kata guru katakan pensyarah saya , usia belajar. Teringat pujukan beberapa orang pensyarah supaya saya belajar lagi. Marah benar mereka, apabila diberitahu saya memilih bekerja sebagai atendan kesihatan , sedangkan peluang belajar terbentang luas. Selamba saya beritahu, yang saya tidak suka serabutkan otak berfikir untuk lulus peperiksaan! Dengan hati yang ikhlas saya canangkan, yang saya gembira walaupun jawatan saya hanyalah atendan kesihatan /PKS. Saya gembira dengan tugasan itu, walaupun saya tidak berpuas hati dengan gaji 3 angka.
Dulu dan kini amat berbeza. Dahulu pensyarah adalah guru saya, yang telah saya letakan di takah termulia…Tapi kini pensyarah adalah majikan saya. Cuma saya tertanya-tanya, sama ada saya berhak untuk memohon ‘restu’ mereka seperti saya belajar dahulu. Saya memang terpengun dan kagum cara pelajar fakulti ini dilayan., keistimewaan tiada tandingi. Sejajar dengan ketinggian ilmu mereka agaknya. Sewaktu saya belajar dulu, saya tidak memperoleh keistimewaan / kesenangan yang dimiliki mahasiswa sekarang. Tapi, disebalik ‘penderaan ‘ pensyarah, sarat dengan kasih sayang… Kami tidak diajar meminta-minta, sebaliknya diajar untuk mencari dan mendapatkannya sendiri.. Diajar bersusah-susah dan kalau perlu , air mata keperitan akan tumpah demi pelajaran.
Dulu saya selalu fikir, kan senang jadi pengawai, tidak perlu melalui kerenah birokrasi. Tidak perlu pas-pas ke sana kemari. Nak apa pun terus dapat. Maklumlah kuasa pegawai. TAPI, SEBENARNYA TIDAK….ia tetap sama, dahulu saya kecewa jika perlu melalui kerenah birokrasi untuk memperoleh sesuatu, sekarang saya 10000 kali lebih kecewa kerana status tidak membantu untuk mendapatkan perkara yang remeh-temeh..Jawatan yang menjadi perantara kebajikan staf bawah saya. Jawatan ini bagaikan hanya pada sekeping kertas..
Saya memang selalu buat benda pelik. Dahulu kereta barui saya beli dalam keadaan kewangan tidak stabil. Kerja kontrak, bila-bila masa sahaja dibuang kerja. Tapi saya beli juga kereta menggunakan slip gaji yang tak seberapa nilainya. Puas hati, kerana boleh bergerak sendiri. Tapi, apabila, bekerja dibandar besar, terkial-kial saya. Dalam hati, menyesal tak sudah... Kalaulah saya tahu REZEKI SAYA AKHIRNYA DI BANDAR BESAR INI, ..tentu awal-awal lagi saya beli kereta auto..
Sewaktu pulang kekampung, saya begitu lega dapat menatap wajah emak yang tenang dan menyenangkan. Sesekali, hati saya kasihan..dan tidak sampai hati..bukan sekali , tapi sudah banyak kali emak berpesan..jika ada peluang , mohonlah pertukaran ke tempat kelahiran. kata emak, dekat-dekat senang, emak pun tak risau.
tapi, hati saya berkali-kali menolak permintaan itu. saya masih belum puas hidup bersendirian .Saya masih belum puas melihat dunia luar. sewaktu saya menerima surat tawaran, hati saya melonjak riang, kerana itulah kunci kebebasan yang saya mahukan..
saya masih cekal menempuh dugaan hidup sendirian. Saya masih mampu menempuh cabaran hidup sendirian,..memang saya tidak berkira soal wang ringgit, asalkan saya tidak perlu menyusahkan sesiapa.biar diri sendiri memikul segala bebanan.. itu janji saya..lantas, saya jarang mengeluh depan emak, sekalipun, saya ingin emak mendengar keluhan saya..sekalipun , saya ingin menangis dalam pelukan emak sewaktu saya mempunyai masalah.
Semoga hari-hari mendatang dapat saya hadapi dngan setabahnya. Jika hari ini saya masih tersenyum apabila dikritik hebat, kelak saya harap saya kekal begitu….Jika saya mampu menempuh kesusahan belajar hampir 14 thn, knp saya tidak mampu menempuh dugaan bekerja?
yang baik itu mereka..yang buruk datang dari diri sendiri...
Posted by
Adeq
on Tuesday, February 23, 2010
0 comments:
Post a Comment