RSS

bisnes..bisnes...

Perjalanan hidup saya menjadi semakin luar biasa bagus. Semakin lama, saya semakin mengenali ramai orang.. Manusia pelbagai kerenah dan ragam, buat saya tersenyum lucu. Saya sentiasa dengan perasaan ingin tahu dan mencuba. Perkara plg gila saya buat sewaktu berusia 14 thn. Rokok daun milik ayah, saya letak dibibir dan nyalakan api. Sedikit terbatuk-batuk saya buatnya. Rasa pahit mecengkam halkum. Sampai sekarang saya tertanya-tanya “ apa sedapya menyedut kepahitan air liur kerana rokok, dan apa nikmatnya menyedut asap rokok..,” sedangkan saya dengan sekali percubaan, terus rasa tak sanggup nak buat lagi..

Beberapa hari lalu, saya memberanikan diri, menimba pengalaman dan pengetahuan yang baru. Atas dasar kasihan dan perasaan ingin tahu yang mendalam. Saya terperasan ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh teman saya yang seorang ini. Itu perkara biasa apabila saya berhadapan dengan rakan-rakan yang menceburi bidang perniagaan. Cara mempengaruhi, mendominasi rakan , perlu dilakukan jika kita hendak dapatkan klien. Tentunya saya kagum, akan rentak yang dia atur, demi memastikan maklumat lengkap dpt diberikan.. . Saya meneliti tiap-tiap usaha dia dan rakan-rakan dengan perasan kagum , kerana jika 100 anak muda melayu bekerja kuat seperti mereka, dalam tempoh setahun boleh bergelar jutawan..

Kewujudan bisnes yang cepat memberi hasil mempunyai pro dan kontra. Zaman dahulu, masyarakat Cina , berjaya dalam bisnes biasanya yang merangkak dari bawah.Perniagaan tersebut mula diperturunkan dari 1 generasi ke 1 generasi. Tpi, zaman skrg , kekayaan masyrakat Cina boleh meningkat naik sekelip mata, dengan pelaburan 10,000 bertukar menjadi 100 ribu.. Perniagaan hari ini mengangumkan dan begitu kreatif. Lantas, lahirlah pelbagai versi perniagaan pelik seperti pak man telo, online bisnes ,jualan langsung, dsbnya. Kebanyakan pngorbanan modal yang banyak akan menghasilkan pulangan yang banyak juga. .

Kebanyakan ‘perniagaan senyap ‘ pada hari ini, mengkehendaki kita membina 1 rantaian hubungan perniagaan. Sebagai contoh, A akan mencari 5 orang untuk menjadi ahli bawahnya., 5 orang itu akan mencari 5 orang lain juga. Bayangkan jika, 1 org menyertai kita, keuntungan yg diperoleh katakanlah RM 2 ribu, 25 org x 5=??? . Walau apapun konsep yang kononya berbeza, tapi sebenarnya sama. Cuma produknya berbeza. ..Sejak brtahun2 lalu, saya dipekenalkan dengan pelbagai jenis perniagaan senyap. Seperti, ajen penapis air, myk wangi , dan perniagaan tanpa produk.. Beberapa orang teman begitu bersemangat apabila cuba menarik perhatian saya, tapi kenapakah mereka masih di takuk lama, sedangkan telah terbukti kejayaan orang lain dalam perniagaan mereka? ??Jika benar bisnes seumpama ini, begitu mudah dilaksanakan, , tidakk perlukan kerja yang boleh berpeluh, kenapa tidak ramai jutawan sebagai produk program2 tersebut??Bayangkan, kita melaburkan sejumlah wang, kemudian, dalam tempoh singkat kita memperoleh pulangan yang lebih Kalau bernasib baik, kita jadi jutawan segera. Inilah cara perniagaan kini. Berbanding cara konvesional, untuk menjadi jutawan ia munkin memakan masa bertahun-tahun, itupun setelah membina empayar prniagaan.

Saya sememangnya suka mencuba dan ingin tahu. Sewaktu kali prtama menyertai suatu ujian untuk memastikan saya mendapat tauliah ajen insuran, saya bgitu tercabar kerana yang mengambil ujian itu kebanyakan bangsa Cina. Dimanakah Melayu??Jadi, anda yang menceburi bidang perniagaan, teruskanlah, teruskan agar lahir lebih ramai jutawan melayu..Perniagaan senyap begitu berpontensi kerana sekarang ni semua nak duit . Tapi, siapa yang akan memberi jaminan bahawa duit yang dijanjikan akan masuk ke akaun anda??Siapa yang akan memberi jaminan bahawa setiap perniagaan yang ditawarkan kepada anda sah disisi undang2??Kenapa tidak dijalankan pemasaran besar-besaran untuk menarik lebih ramai menyertai perniagaan tersebut? War-warkan kepada semua tentang bisnes tersebut, supaya kita dapat tarik keahlian dengan mudah. Suatu perkara yang tidak difahami, adalah kebanyakan perniagaan ini, suka mncari ahli secara personal.Tidak begitu cenderung dalam pemasaran terbuka.Rakan2 saya yang menjalankan perniaggan konvesional, biasanya menggunakan facebook, tagged, blog dsbya untuk memasarkan perniagaan mereka. Tapi, hairannya perniagaan senyap ini, tidak menggunakan kaedah pemasaran biasa.

Sabda Rasullullah, perniagaan adalah 1/10 drpd punca rezeki. Jadi mereka yang terlibat dl bisnes, terskan usaha anda. Ayuh , ramaikan melayu bergelar jutawan. Jika, perniagaan yang anda lakukan, boleh buat seseorang bergelar jutawan, maka gunakan kretiviti anda mempengarugi orang lain. Mmg tidak mudah, untuk maintain, tp, ALLAH will help us..Tak semua orang sanggup menanggung risiko, termasuk saya.. Syabas untuk andayang melakukan apa jua bentuk perniagaan..

Saya memang suka untuk mengetahui tentang kehidupan orang lain. Kerana perkongsian kisah hidup, adalah sebahagian agenda saya untuk memberi inspirasi, motivasi dan teladan kepada orang lain melalui blog saya.. Jika anda punyai kisah hidup/ cara hidup yang ingin dikongsi bersama, emelkan kepada saya…Semoga, variasi kisah yang berbeza, menyumbang kepelbagaiaan idea/ pengalaman hidup untuk diteladani bersama..

0 comments:

Post a Comment