Suasana wad bersalin Hospital Tuanku Rahimah hening.Tangisan pertama yang telah menguntumkan senyum bonda kini sudah reda. Disaat ayah melaungkan iqamah, ibu mengalirkan air mata .Sebak, sedih terharu. Anak yang lahir tidak nampak senyumannya. Anak yang baru melihat dunia itu, tidak sama dengan cahaya matanya yang lain.
Hati ibu semakin semakin disayat pilu. Anak-anak yang lain, disusukan sendiri sebaik sahaja kedengaran tangisan pertama mereka. Tapi, puteri yang baru lahir ini, apabila disusukan susu keluar dari mulut. Sesetengahnya masuk ke telinga dan hidung.
Ayah mengekori doktor keluar dari bilik bersalin setelah meletakan bayi perempuannya di atas pangkuan ibu.
Ayah melabuhkan punggungnya di atas kerusi di dalam bilik dr Masitah. Ayah sempat menjeling beberapa poster yang bewarna-warni serta potongan akhbar yang menghiasi dinding bilik sederhana besar itu.
“ Pak cik.., seperti yang pak cik perhatikan, anak pakcik, mengalami kecacatan sumbing bibir dan lelangit..,” jelas doktor itu dengan nada serius.
“ Bagaimana ia terjadi doktor? Kesemua anak saya sempurna sifat..,” soal ayah mohon penjelasan.
“ Banyak sebabnya.. dari sudut saintifik Keadaan ini disebabkan oleh suatu rekahan pada garis tengah lelangit akibat dari kegagalan kedua-dua sisi bercantum semasa perkembangan janin pada usia 3 bulan dalam kandungan. ..,” penjelasan Dr Masitah mengundang kerutan di dahi ayah. Tanda dia tidak memahami apa yang dr itu sampaikan
“ Apa puncanya dr? ..,” Tanya ayah mohon kepastian.
“ Banyak sebabnya pak cik.. Antaranya ialah faktor keturunan, pemakanan, kekurangan asid folik semasa dalam kandungan dan usia ibu yang sudah lanjut,”
“ Tapi pak cik jangan risau, masalah sumbing dapat diatasi. Dalam keadaan bayi pak cik, ia hanya sumbing bibir peringkat minor.. Kita boleh atasinya melalui pembedahan plastik.Saya akan rujuk kes ini ke hospital Kuala Lumpur..,”
Petang yang damai..Ayah berehat di beranda rumah. Setelah penat membanting tulang di kebun sayur Ah Seng. Wajah ayah kehitaman dek dibakar mentari. Sejak kelahiran bayi baru, ayah bekerja tanpa kenal erti lelah. Seawal dinihari, ayah sudah terbongkok-bongkok di ladang getah Muthu. Selepas solat Zohor, ayah berada d ladang sayur Ah Seng. Mengambil upah mengutip sayur dan menyiram pokok. Emak pula, jika musim cuti sekolah dapatlah emak berkerja lebih masa di kilang bihun .Mujurlah Along dan Angah sudah boleh diharap untuk memasak dan menjaga adik-adik. Cuma masalahnya, adik kecil mereka memerlukan perhatian lebih. Emak terkenang peristiwa sebulan lalu. Kerana ketiadaan ilmu tentang masalah adik, menyebabkan nyawa si kecil itu hampir melayang. Adik dijangkiti deman selesema. Berdasarkan pengalaman emak, ia hanya perkara kecil. Lantas, adik di beri ubat demam biasa termasuk rawatan tradisional. Tiada sesiapa menduga, di suatu malam yang sepi, adik tidak terjaga seperti kebiasaannya. Selalunya adik akan menangis ,tanda dahagakan susu. Mujurlah emak tersedar dari tidur, mendapati adik tidak sedarkan diri. Wajah adik pucat kebiru-biruan. Emak mengoncang tubuh adik sambil meraung sekuat hati. Ayah terjaga dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.
“ Along, bangun !!!,” kejut ayah sambil menarik selimut yang membalut tubuh Along.
“Ayah nak ke hospital dengan emak. Adik sakit..Along jaga Angah, Alang dan Acik..,” kata ayah setelah melihat Along bangun sambil menenyet-nenyet matanya.
Dengan meminjam motosikal jiran, ayah dan emak merendah kepekatan malam, membawa adik ke hospital. Dari tangga Along memerhati ayah dan emak sehingga hilang dari pandangan sebelum menutup pintu dan kemudian menyambung tidur kembali.
Seminggu adik ditahan diwad ICU. Dr mengesahkan adik mengalami jangkitan paru-paru. Ia berpunca daripada cecair hidung atau hingus memasuki mulut dan seterusnya ke rongga mulut dan peparu melalui lubang dilelangit. Hanya Tuhan yang tahu, bertapa getirnya saat yang harus ditempuhi oleh emak dan ayah. Kata Dr peluang adik untuk terus hidup adalah bergantung pada semangat si kecil itu. Sesungguhnya Tuhan Maha Kaya, kesempatan kali kedua, untuk melihat adik sihat, tiba jua. Selepas seminggu, adik kembali tersenyum dan ketawa apabila diagah. Tangannya tergapai-gapai apabila dilihat ada objek berdekatanya. Cuma ,adik sentiasa perlukan antibiotik untuk mengelak tragedi itu berulang.
Emak duduk bersimpuh mengadap ayah. Pandangan matanya terarah kepada dua anak perempuanya bermain masak-masak di bawah pokok. Angah belakon sebagai ibu kelihatan sibuk memasak jantung pisang dan daun didalam periuk yang dibuat daripada tempurung kelapa. Alang belakon sebagai seorang bapa sibuk melayan Acik yang baru berusia 4 tahun. Sementara dua orang lelakinya sudah hilang dari pandangan. Sedang bermain rakit yang diperbuat daripada batang pisang di tali air agaknya. Duga hati emak.
“ Mana kita nak cari duit bawa adik ke Kuala Lumpur? Mana nak dapatkan duit untuk pembedahan adik?, ” keluh emak sambil mengesat mata dengan lengan baju. Hatinya kian sebak, kerana telah 7 bulan berlalu.
Tubuh anak kecil itu kian susut.Hati ibu sebak bercampur sedih. Anak kecil itu cuba sedaya upaya disusukan, tapi yang terjadi ialah susu keluar dari hidung anak kecil itu. Lantas dengan berhati-hati ibu menegakkan bayinya.Kadang-kadang digunakan sudu untuk dia menyusu. Si kecil ini sedang belajar merangkak. Semakin lincah dan aktif. Sesekali, adik tersenyum menampakkan bibirnya yang terbelah sewaktu diagah . Emak semakin tidak sabar mengumpul duit untuk pembedahan adik. Tapi, duit gaji yang diterima hanya sebanya RM 200 sebulan. Jika dicampur gaji ayah yang sebanyak RM 150 sebulan itu hanya mampu menampung perbelanjaan makan-minum dan persekolahan untuk anak-anaknya yang seramai 5 orang. Dalam tempoh sembilan bulan hanyak untuk 5 bulan , ayah dan emak sempat membuat simpanan. Itupun hanya 50 ringgit sebulan .
Seperti bayi lain, adik sentiasa dibawa ke klinik untuk pemeriksaan rutin. Mentari terik taktala ayah, emak dan adik sampai ke perkarangan Klinik Kesihatan. Ayah menongkat basikal tuanya di bawah pohon rambutan. Emak mengendong adik, sementara ayah menjinjing beg plastic yang berisi botol susu dan lampin adik menuju ke bahagiaan ibu dan anak. Sebaik sahaj memberitahu jururawat tentang temujanjanji dengan pakar pediatrik, mereka dibawa menuju koridor menghala bilik rawatan.
Dr Syafiq, tersenyum menyambut kehadiran mereka. Tanpa berlengah , dia terus menjalankan pemeriksaan rutin terhadap adik. Antaranya ialah pemeriksaan berat, telinga, hidung, mulut dan lain-lain.
“ Pak cik, mak cik, saya baru menerima surat daripada hospital Kuala Lumpur ,”
Dr Syafiq memulakan bicara sebaik sahaja selesai menjalankan pemeriksaan.
“ Ada berita baik, pihak hospital akan menjalankan pembedahan terhadap Nabila bulan depan, “ sambung Dr Syafiq
“ Tapi.. macammana dengan kos rawatan? Kami tak cukup duit lagi..,” keluh ayah dengan dahi yang berkerut.
“ Jangan bimbang.. kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kementrian Kesihatan. Temasuk kos perjalanan ke Kuala Lumpur..,” balas Dr muda itu sambil tersenyum.
“ Alhamdulillah.. Terima kasih banyak-banyak dr..,” ucap ayah sambil memeluk erat tubuh emak. Emak turut mengucap syukur dalam hati. Bibirnya mengukir senyum bahagia.
Subuh yang dingin merangkak pergi. Seawal jam 8 pagi, anak kecil yang sedang lena di atas katil disorong ke dalam wad pembedahan. Pagi masih muda, namun sudah ramai pesakit memenuhi ruang hospital. Sampai di pintu bilik pembedahan, ayah dan ibu dihalang masuk oleh kakitangan hospital.
“ Pak cik dan mak cik tak boleh masuk.. Tunggu di ruang menunggu ye..,” beritahu seorang jururawat yang manis itu.
Ayah memimpin ibu duduk di kerusi panjang yang terletak di ruang menunggu. Dalam hati mereka tidak putus-putus berdoa semoga pembedahan ini berjaya. Sesekali ingatanya kepda lima orang anaknya yang kini dibawah jagaan datuk dan nenek mereka untuk sementara waktu.
Di atas kerusi, emak bersandar sambil fikiranya menerawang jauh.
“ Ya Allah, permudahkan perjalanan hidup anakku ini..Adakah benar , apa yang terjadi pada anakku berpunca dari kesilapanku?, “ rintih emak dalam hati.
Emak terkenang peristiwa sewaktu adik masih dalam kandungan. Sewaktu hendak memasak tengah hari, dia mengarahkan Along mengutip kayu api yang dihimpunkan ayah diatas para yang terletak dibawah rumah. Sedang sibuk dia menumbuk bawang , tiba-tiba kedengaran suara Along menjerit nyaring. Tergesa-gesa, emak menuruni tangga kayu menuju kearah Along. Emak terkesima apabila terpandang ular senduk sedang tegak mengembangkan kepalanya. Matanya seolah-olah memandang tepat kearah Along
“ Along..jangan gerak. Berdiri tegak kat situ, “ jerit emak apabila melihat Along cuba melarikan diri kearahnya. Emak mencapai pisau sabit dan cangkul. Dia menghayunkan pisau sabit tersebut sekuat hati. Terkena tepat , di badan ular tersebut. Ular tersebut terputus dua dan mula bergolek laju. Emak terus menghayunkan cangkul dan pisau sabit menggunakan kedua-dua belah tangannya berulang-ulang kali. Sehingga akhirnya , ular tersebut terkulai layu.
“ Nauzubillah, aku tidak patut mempercayai perkara khurafat. Aku tidak patut percaya yang adik terkena badi ular..Ya Allah , ampunkan dosa-dosaku..,” mendayu suara hati emak.
Sesekali, emak tertanya-tanya, samaada puterinya mampu berhadapan dengan masyarakat dalam keadaan wajahnya yang tidak sempurna. Mampu atau tidak anak itu, tersenyum dan ketawa riang seperti usia kecilnya apabila dewasa kelak. Mampukah masyarakat menerima keanehan wajah anaknya seikhlas hati?.

bersambung....
0 comments:
Post a Comment