RSS

NoVeL bErSiRI -BAB 2 -DiSAAT DIRI INI TERUJI..

Sembilan tahun berlalu…Usia si kecil meninjak alam kanak-kanak..
Prang!!!! Cermin meja solek pecah berderai apabila Nabila membaling pasu bunga kearah meja solek. Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu menangis teresak-esak. Sungguh-sungguh dia membenci wajahnya yang hodoh. Bibirnya yang dahulunya sumbing kini sudah bertaut semula. Namun, ia kelihatan aneh dengan hidungnya yang kelihatan terpenyet. Suaranya yang sengau acapkali di tiru rakan sebayanya.
Sewaktu di kelas pendidikan jasmai petang tadi, Nabila dipulaukan lagi.
“ Kita akan bermain secara berpasangan hari ini. Tolong cari kawan kamu untuk jadi pasangan kamu,” arah Cikgu Fauzana.
Semua murid mula mendapatkan pasangan masing-masing. Nabila masih terpinga-pinga. Perlahan-lahan dia meraih tangan Nana yang dilihat masih seorang diri.
“ Saya tak nak main dengan Nabila,” bentak Nana sambil menolak Nabila hingga terjatuh.
Cikgu Fauzana yang sedang sibuk mengagihkan bola kepada pelajarnya terkejut.
Segera dia mempapah Nabila bangun.
“ Kenapa Nana tidak mahu bermain engan Nabila? ” soal Cikgu Fauzana.
“ Nabila cacat, Nabila mulut herot, muka Nabila macam makluk asingla cikgu..,” kata Nana.
“ Nabila mulut herot! Nabila mulut herot ! ,” ejek murid-muridnya seramai 25 orang itu sambil ketawa.
Wajah Nabila merona merah Pelahan-lahan air matanya membasahi pipinya.
“ Diam semua.. Kenapa kamu semua kurang ajar sangat? Tak baik kata Nabila macam tu..,” kata Cikgu Fauzana sambil memeluk tubuh Nabila.
“ Ingat, lain kali kalu cikgu dengar kamu kata macam ni pada Nabila cikgu akan denda kamu!!!,” sambung guru muda itu.
Sesi kelas pendidikan jasmani berjalan lancar. Nana mula melontarkan bola kepada Nabila dalam keadaan penuh keterpaksaan.
Ayah segera berlari ke bilik apabila terdengar bunyi cermin pecah.
“ Kenapa ni? Ya ALLAH budak ni tak habis-habis buat masalah..,” kata ayah apabila melihat kaca-kaca bertaburan memenuhi ruang bilik.
“ Adik tak nak pergi sekolah….,” kata Nabila sambil terjelepuk ke lantai. Air matanya mengalir semakin deras
Ayah merenung wajah Nabila dengan pandangan tajam. Nabila menundukkan kepalanya takut dengan panahan mata si ayah. Terbit perasaan geram akan kerenah anak bongsunya ini. Penat bekerja belum pun reda, si bongsu buat perangai pula. Badannya dibasahi peluh setelah penat menabur baja pada pokok sayur yang ditanamnya minggu lalu.
Minggu lalu Nabila buat perangai mahu membonceng basikal bersama kak cik ke sekolah. Puas dipujuk agar ia menaiki bas seperti biasa. Kata Nabila dia tidak tahan diejek budak-budak yan naik bas bersamanya.
“ Apa kena dengan Nabila ni ? Tak habis-habis dengan masalah… Tak nak pergi sekolah nak jadi apa?..,” soal ayah bertalu-talu.
Nabila bangun dan mula membaling bantal kearah dinding. Air matanya terus bercucuran sambil mula menghentak kaki. Ayah mula hilang sabar. Pantas, tangannya menarik kedua-dua belah tangan Nabila. Tubuh kecil berusia sembilan tahun di heret keluar dari rumah.
Tanpa mempedulikan tangisan Nabila ayah mengambil tali lembu dan mengikat tubuh Nabila di pokok rambutan.
“ Amboi.. melampau Nabila ni. Semakin orang manjakan semakin naik lemak Nabila ni..Sekarang , duduk kat luar..Biar hantu makan Bila… Lain kali kalau buat perangai ayah buang Bila dalam sungai..,” ugut ayah.
` Azan maghrib berkumandang taktala ibu sampai ke rumah. Sempat dia melihat Nabila yang diikat di pokok dengan perasaan tanda tanya.Sebaik sahaja ibu menongkat basikal, kak lang meluru kearah ibu. Sebelum sempat ditanya, kak lang bercerita segalanya kepada ibu.
Emak segera melepaskan ikatan tali di tubuh Nabila. Tanpa ungkapan terima kasih, Nabila meluru masuk ke dalam rumah. Ibu hanya mampu mengeleng kepala. Pening dengan kerenah anak kesayanganya. Penat bekerja di kilang belum hilang, balik k rumah, terpaksa berdepan dengan kerenah si anak bongsu.
Nabila kini, sungguh berbeza. Nabila sewaktu bayi kelihatan ceria dan mudah ketawa. Sejak memasuki alam persekolahan, Nabila menunjukan perubahan sika yang sungguh ketara. Dia begitu pendiam dan pemarah. Mulutnya tidak lagi becok bertanya itu ini.





Pagi itu hujan turun renyai-renyai .Kesejukan pagi mencengkam tulang sum-sum. Selimut masih menyelimuti tubuh kecil Nabila. Emak mengeleng-geleng kepala melihat anak bongsunya masih enak memejamkan mata.

“ Adik bangun, dah lewat ni. Nanti bas tertinggal pula.,” kejut emak sambil menepuk-nepuk punggung adik.
“ Adik , bangunla..,pergi sekolah, ” pujuk emak sambil mengoyang-goyangkan tubuh adik.

“ Adik tak nak pergi sekolah..,” bentak adik sambil menarik selimut hingga menyentuh kepala.

“ Adik, janganla macam ni, nanti ayah tahu, ayah marah..,” pujuk emak penuh berhikmah.

“ Tak nak!! Tak nak pergi sekolah!! ,” Nabila menjerit nyaring. Dia meronta-ronta apabila tubuh kecilnya didukung emak. Terhuyung haying emak, cuba mengawal pengerakannya, apabila adik bertindak kasar.

Dari ruang tamu, ayah sudah mendengar suara adik yang nyaring. Hati ayah semakin ralat. Dadanya berombak kencang, cuba menahan amarah. Kepalanya sudah mula serabut, apabila kebelakangan ini, hujan asyik turun diawal pagi. Ini menyebabkan kerja menorah getah tergendela. Sedangkan itulah pekerjaan yang menjadi sumber rezeki utama keluarganya.
Ayah semakin hilang sabar apabila melihat adik terjerit-jerit bagaikan terkena hysteria. Ditarik tubuh adik dari pelukan. Diseret adik ke bilik air. Adik terjelepuk ke lantai basah. Hampir-hampir ayah menjirus tubuh adik dengan air.


“ Ayah, adik tak nak pergi sekolah. Kawan-kwan ejek adik. Cikgu suka denda adik sebab adik tak dengar. Ayah, cikgu tak suka adik, ayah pun tak sayang adik ke..” mendayu kalimah demi kalimah.
Ayah terkesima. Spotan dia memeluk tubuh Nabila. Kemudian, dengan kasih sayang, ayah mendukung Nabila menuju ke ruang tamu. Baju ayah turut basah. Ayah melabuhkan punggungya di atas kerusi . Sementara, Nabila diletakan atas pangkuanya. Tanpa dipinta, Nabila bercerita satu persatu. Suaranya tengelam timbul dan berakhir dengan sedu sedan. Ayah mendegar dengan hati yang sebak. Tangan kanan memeluk erat tubuh adik. Tangan kanan membelai mesra rambut adik. Emak yang berada di sisi turut mengalirkan air mata.
“ Nabila awak tidak dengar ke cikgu panggil,?” soal cikgu Maria sedikit geram

Nabila yang sedang asyik menulis , terkejut apabila cikgu Maria tiba-tiba muncul di mejanya. Dia tidak menjawab sebaliknya terkebil-kebil memandang gurunya.

“ Berdiri atas kerusi !! Saya tak suka murid kurang ajar dengan saya!,” arah Cikgu Maria.
Inilah antara perkara yang menganggu perasaan Nabila.

“ Abang..nanti kita bawa Bila ke hospital. Kena buat pemeriksaan telinga ni..,” kata emak dalam keadaan bimbang.
Bukan emak tidak perasan, kebelakangan ini Bila tidak memberi tindak balas apabila ada orang memanggilnya. Malah, Bila akan menguatkan bunyi setiap kali menonton televisyen.

Ditambah pula, masalah pendengaranya begitu ketara. Ada banyak perkara yang menghalang Nabila berhubung dengan dunia luar.


Tiada sesiapa mengetahui , bagi Nabila, dia tidak perlukan simpati sesiapa. Cukup, andainya hidupnya tidak diganggu. Baginya, tiada manusia yang baik hati dalam dunia ini. Jika ada manusia baik, kenapa cikgu mendendanya kerana tidak mendengar soalan yang dikemukakan? Kenapa kawan-kawan menyisihkanya? Lantas Nabila, si kecil berumur 9 tahun memilih untuk hidup bersendirian….


bersambung...

0 comments:

Post a Comment