RSS

the power of DOA..

Kali ini saya ingin bercerita tentang kehebatan DOA dan surah-surah dalam AL-QURANNUR KARIM.Semoga ia menjadi inspirasi untuk anda yang membacanya meneruskan kesinabungan hidup dengan hati yang tenang dan murah senyuman.

a) DOA..

Pernah satu ketika, sewaktu usia saya yang masih belum mengenal dunia..Nyawa saya hampir melayang..Demam yang disangka penyakit biasa rupa-rupanya hampir membunuh nyawa seorang anak kecil..SubhanaALLAH, bertapa berkatnya doa seoarang ibu..kerana saya masih bernafas hingga kini. Saya masih cergas dan kuat meneruskan hidup..

b) Surah AL-Waqiah.

Kehebatan surah Al-Waqiah adalah mencukupkan rezeki..Yakni, kita tidak akan kesempitan wang atau keperluan ..Saya amalkannya sejak sekolah menengah…Kehebatan itu saya akui, ditengah-tengah kesempitan wang yang terpaksa dilalui oleh ibu ayah, saya menerima banyak bantuan kewangan. Antaranya dari pusat zakat, biasiswa kerajaan persekutuan, bantuan persatuan PIBG. Kata cikgu, ia ádalah sebagai galakan untuk saya lebih rajin belajar, walaupun saya tidak pandai.... Sehinggalah apabila saya masuk universiti, seminggu sebelum saya mendaftar diri sebagai mahasiswi, berpusu-pusu orang kampung memberi sedekah. “Tumpang bangga anak maklang Tom masuk universiti..” kata mereka. Saya paling tak lupa, kutipan derma dari cikgu-cikgu sekolah diberikan kepada saya sewaktu saya masuk universiti. Kata Cikgu Calsom, mewakili cikgu-cikgu yang lain “ ini sumbangan yang tak seberapa dari cikgu-cikgu. Memang kami semua berniat beri sumbangan ini, kalau kamu berjaya masuk universiti..” bergenang air mata saya..Sudahlah waktu belajar dulu, asyik menyusahkan cikgu-cikgu..bila dah masuk universiti, diberi sumbangan pula…Tentu sekali saya menangis Kerana cikgu saya juga menangis gembira. Anak murid yang selalu menganggu waktu rehatnya..Anak murid yang tak pernah jemu belajar secara dua hala, akhirnya berjaya masuk universiti..Menjelang semester 2 di universiti, saya menerima pula biasiswa tajaan biasiswa JPA dan elaun saya hidup OKU RM 300/bulan..Murahnya rezeki yang ALLAH beri..Oh..saya terlupa beritahu satu lagi petua murah rezeki..Jangan lupa solah sunat Dhuha jika ada kelapangan waktu..Kehebatan surah Al-Waqiah berterusan sehingga saya menempuh alam kerjaya. Gaji saya tidak sampai RM 1500 sebulan. Kalau ikutkan , memang tidak mencukupi untuk belajar, bayar ansuran kerana, makan pakai dan sewa rumah. Tapi , disebalik kesempitan kewangan, saya masih mampu melanjutkan pelajaran secara jarak jauh, masih mampu membeli alat pendengaran , masih mampu meneruskan perjalanan hidup. Bagaimana ALLAH mencukupkan rezeki saya dengan gaji tidak seberapa?? Melaui insan bernama ayah..Ayah yang mengorbankan wang hasil titik peluhnya untuk saya mencapai kepuasan hidup dengan belajar dan mencapai kesempurnaan hidup. Tapi, saya menganggap saya berhutang dengan ayah..Semoga, saya dapat membayar pengorbanan itu sebelum nafasnya yang terakhir…Saya cuba berjimat cermat dalam perbelanjaan harian, cuba kurangkan enjoy untuk menjimatkan wang ringgit. Alhamdulillah, saya masih dicukupkan rezeki dengan seadanya..

c) Surah Luqman.


Kehebatan surah Luqman adalah meningkatkan daya ingatan..Saya suka makan makanan masam dan makanan segera. Susah benar saya meninggalkan tabiat makn yang tidak sihat ini..Agaknya inilah salah satu sebab saya lambat menangkap ilmu yang saya pelajari..Surah Al-Luqman saya amalkan. Alhamdulillah, saya mudah mengingat apa yang saya hafal

d) 2 Ayat terakhir surah Taubah..

Setiap kali hati saya mengalunkan 2 ayat terakhir surah taubah, air mata saya pasti akan bergenang. Entah kenapa 2 ayat terakhir ini amat menyentuh hati saya. Yakni, ayat ini sering menemani saya ketika kesusahan..Salah satu sebab, kenapa saya masih mampu ketawa dan tersenyum dengan satu pendengaran sahaja ialah, kekuatan 2 ayat surah terakhir surah Taubah..Saya terperasan yang deria pendengaran saya semakin merosot..Ia buat saya hilang hampir seluruh keyakinan untuk berhadapan dengan khalayak..Ia buat saya rasa, ingin lari dari masyarakat ..Kehebatan 2 ayat terakhir surah taubah, telah banyak membantu saya menangani kesusahan hidup. Pernah beberapa kali, keajaiban tercipta, saya masih lulus beberapa matapelajaran yang sukar, dengan mengamalkan 2 ayat ini..Saya berjaya menempuh kesusahan demi kesusahan hidup, dengan keberkatan 2 ayat terakhir ini.

Perjalanan hidup saya penuh berwarna warni..Sesekali saya rindukan anak-anak yang pernah saya tarbiahkan. Saya rindu untuk membelai tubuh si kecil yang mengidap AIDS/HIV..Yayasan SALAM, membantu saya melepaskan rindu terhadap anak-anak kecil yang sering membuatkan saya tersenyum dan tertawa lucu..Pengalaman demi pengalaman saya menabur bakti kepada kanak-kanak pelarían Rohingya , kanak-kanak HIV/AIDS Rumah Solehah dan Kanak-kanak istimewa PDK Selayang memberi peluang dan ruang saya menginsafi diri..Mengingatkan saya, setinggi mana pun saya berada, saya masih insan kerdil yang memerlukan perhatian, kasih sayang dari insan sekeliling..Mengingatkan supaya saya tidak terlalu taksub dengan ilmu dan kuasa yang saya miliki..Sesekali saya meluangkan masa dengan menyertai program sukarelawan Zoo Negara..Mendalami sifat dan perwatakan haiwan seperti monyet, ular, kuda padi dan ferret menjadikan penjalanan hidup saya mengujakan.Ketawa besar saya, melihat gelagat haiwan yang menghiburkan. 2 pengalaman istimewa ( bersama kanak-kanak dan haiwan) menyerikan kehidupan saya. Ia menjadi sebahagian kepuasan hidup yang saya cari…


Sains telah menjana banyak perubahan dalam diri saya..Saya begitu senang dengan skop tugas di makmal. Walaupun sayang pada ilmu dan pengalaman yang saya kutip dalam bidang haiwan makmal, tapi, saya gembira meneroka bidang baru. Perkara pertama saya belajar dalam bidang mikrobiologi ialah penyediaan slaid untuk kulat.Wah!! memang tidak sesuai dengan sikap saya yang lasak dan kasar..Beberapa cover slip patah ditangan saya. Tertawa saya dibuatnya.Bidang mikrobiologi memerlukan penelitian dan sikap berhati-hati..Walaupun saya tidak begitu sukakan kerja-kerja ini, saya bayangkan sedang melakukan kerja seperti seorang ahli forensik. Ala..macam CSI Miami..Tentu lebih seronok kalau dapat berada dalam bidang forensik..Belah-belah mayat… .Bidang mikrobiologi memberi kelebihan kepada saya mencipta lebih banyak inovasi dalam bidang sains. Dengan kemudahan dan prasarana makmal yang jauh lebih baik, berbanding sewaktu saya bekerja di makmal haiwan, memberi banyak kelebihan dan peluang untuk saya bergelar saintis. Saya terus mencipta kelainan hidup dengan menghadapi cabaran melanjutkan pelajaran secara jarak jauh. Kata seorang kawan saya punyai motivasi diri yang tinggi. Benar, saya punyai semangat juang yang luar biasa,saya tak pandai..tapi saya mahu jadi manusia yang pandai..:). Semoga saya mampu mendapat apa yang saya mahukan..Disebalik dugaan hidup, saya amat bertuah kerana bidang mikrobiologi telah berjaya memisahkan saya dari masyarakat luar. Itu yang saya mahukan kerana saya sedar, yang saya hanya punyai sebelah deria pendengaran..Tidak mungkin saya sanggup memulakan perkenalan /persahabatan baru dengan kekurangan ini,,Kini saya gembira dengan kebetulan demi kebetulan yang mengandungi 1001 hikmah… Semoga saya masih boleh mendengar untuk tempoh 10 -20 tahun lagi...Semoga saya masih berpeluang bersuara /bercakap...


YaALLAH, apa jua kehidupan yang aku lalui, ia adalah sebahagian dari perjalanan hidup..

Hargai keistimewaanku..







Hargai keistimewaanku..

Saya selalu mengelak berada dikelompok golongan OKU. Apabila terserempak dengan golongan ini, saya akan cuba menjauhkan diri. Malah, jika saya terpandang dengan cara yang tidak sengaja, cepat-cepat saya mengalihkan pandangan kearah lain. Bukan kerana membenci, tetapi saya tidak sanggup menyelami penderitaan dan kekurangan mereka. Barangkali kerana saya sebahagian dari mereka juga.
Pagi Sabtu, suara hati meminta saya menyertai program HARGAI KEISTIMEWAANKU . Bersukarela atas tiket Yayasan Salam, menjana perubahan yang amat bermakna dalam diri saya. Program seawal jam 7 pagi, buat saya risau jika saya terbangun lewat. Sempat saya berpesan kepada teman serumah supaya mengejutkan saya sebelum azan Subuh. Alhamdulillah ringan kepala saya bangun awal pagi. Jam 6.20 pagi saya merendah embun subuh menuju ke Yayasan Salam. Jarak dari Puncak Alam ke Yayasan Salam, sememangnya agak jauh, memakan masa antara 40 minit hingga 60 minit.Dari Yayasan Salam, kami bergerak secara ‘car pool ' ke PDK Selayang.
Tidak banyak saya bantu sepanjang program ini berlangsung. Lebih banyak memerhati dan menjadi kaku merenung anak-anak istimewa yang pelbagai ragam.Ini adalah kerana, kali pertama saya terlibat secara langsung dengan golongan ini.Saya sudah lama membiasakan diri hidup tengah-tengah masyarakat normal. Menerima apa sahaja persepsi dan mentaliti masyarakat terhadap apa jua kekurangan saya dengan hati yang redha..Si cilik yang Down Syndrome , secara tiba-tiba melambai tangan kearah saya, dan kemudian menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya meminta saya duduk. Saya tergaman dan kaku seketika. Sehinggalah, Yus teman sukarelawan ,menegur saya meminta saya memenuhi permintaan si cilik. Sewaktu saya duduk di sebelah, si cilik mencium pipi saya, membuatkan saya terkesima…Istimewanya dia, kerana naluri kasih sayang yang dia tunjukkan..




Hidup penuh semangat…



Sewaktu aktiviti Music Chair, saya terpandang kanak-kanak lelaki istimewa yang ketawa tanpa suara, tetapi penuh semangat melihat rakan-rakanya seusia riang bermain. Saya yakin, jauh di sudut hatinya ingin bangkit dari kerusi roda yang menjadi temannya seumur hidup. Saya pasti, jauh dilubuk sanubarinya ingin benar mengerakkan kakinya yang hilang upaya dan menterjemahkan perasaan gembiranya dengan suara yang boleh difahami orang lain.. Sepanjang program ini berlangsung, saya sentiasa memandang gelagat anak-anak istimewa ini tanpa berusaha mendekati mereka..Kerana saya takut, andainya sewaktu tangan saya membelai mereka, air mata saya tumpah….
Si cilik yang comel, mengoyangkan jari telunjuknya sambil bibir mungil menyebut “ no..no..” apabila saya mengusik hendak mengambil makanannya..Si kanak-kanak istimewa yang saya cuba bantu suapkan minuman tetapi air itu tumpah membasahi bajunya kerana saya tidak tahu bagaimana cara hendak menyuapkan minuman tersebut..Saya pasti dia sedang dahaga, tetapi tiada suara yang keluar untuk menyatakan perasaannya dan keinginanya. ..Saya lihat semangat untuk mereka meneruskan kesinambungan hidup dengan perasaan kagum. Saya melihat hidup mereka yang penuh semangat, walau mereka dalam dunia yang amat berbeza.. Saya tidak nampak mereka berputus asa, sekalipun mereka merupakan ujian yang amat besar terhadap insan sekeliling,khususnya ibu dan ayah ..Saya tidak nampak mereka menyesali takdir hidup, sekalipun, mereka mungkin memberi beban kepada insan sekeliling…

Masih ada yang sayang..

Saya lihat teman seangkatan berusaha memberi kasih sayang sepenuh hati.. Ia buat saya kagum, dengan usaha murni yang rakan-rakan terjemahkan melalui program ini. Saya hidup dikelilingi insan normal, yakni, insan yang lengkap sifat fizikal dan sempurna pancaindera.. Saya sudah biasa dengan golongan masyarakat normal.. Dalam organisasi yang rata-ratanya terdiri daripada insan normal, semestinya saya berdepan dengan pelbagai kerenah , sifat dan perwatakan.. Sesekali saya diburu pelbagai masalah dan cabaran dalam organisasi membuatkan tekanan hidup menjadi sebahagian cabaran yang harus saya tempuhi. ..Setiap kali saya menyertai aktiviti sukarelawan, saya mampu melupakan sejenak, beban tugas di tempat kerja..Akhirnya saya sedar, bahawa aktiviti sukarelawan bukan sahaja sebahagian kepuasan hidup yang saya cari, tetapi menjadi kaedah terbaik untuk saya menyembuhkan tekanan bekerja..Menjadi kaedah terbaik untuk saya melepaskan segala beban dalam kerjaya saya..

Semoga mereka menjadi insan hebat..sehebat saintis ulung Stephen Hawking.. yang kaku dikerusi roda, tapi masih mampu memberi sumbangan besar kepada seluruh umat manusia..
Selesai aktiviti, di dalam kereta saya masih terbayang-bayang wajah anak-anak istimewa itu .Jauh di sudut hati, saya mengakui kebenaran kata-kata emak, yang saya sering nafikan, bahawa jika saya merasakan diri saya penuh kekurangan dan hidup saya pincang, sebenarnya masih ada insan lebih tidak bernasib baik dan penuh kekurangan...

MeMoIr SeOrang Insan..

Kisah hidup saya tidak sehebat Dato VC..Anak yang hidupnya dicengkam kemiskinan, kini bergelar insan hebat, berjaya dan ternama...Lama saya cuba mencari kekuatan untuk berlaku jujur dalam penulisan ini.. Tidak bertapis-tapis seperti selalu..Membayangkan ini mungkin catatan yang terakhir..membayangkan ini mungkin cetusan hati saya sebelum nafas terakhir, maka lahirlah sebuah memoir seorang insan..

Destini kehidupan seorang anak kecil..






Sewaktu saya kecil, usaha dan rawatan susulan selepas menjalani pembedahan sumbing mulut terhenti. Ibu dan ayah tidak berpelajaran ,bergantung pada komitmen pakar perubatan yang ketika itu kurang memuaskan. Lantas,saya membesar sebagai anak kecil yang serba kekurangan… Masalah pendengaran yang saya hadapi membantutkan perkembangan bahasa.. Bagaimana saya mampu bercakap dan memahami percakapan orang lain sedangkan saya kurang pendengaran ?? Ajaibnya ciptaan ALLAH, kerana saya mampu bersuara dan memahami butir bicara orang lain ..Pertama, komitmen dan sokongan padu daripada keluarga, yang melatih saya bercakap dan sentiasa berkomunikasi dengan saya menjadikan saya seorang yang sangat suka bercakap...Secara tidak langsung, saya membaca pengerakan bibir orang lain untuk memahami percakapan orang lain. Kedua, saya seorang kecil yang gemar membaca.. Dari situlah saya mengenali dunia luar. Sewaktu kecil, saya tidak punyai ramai sahabat. Dunia saya ketika itu, hanya kakak,abang, emak dan ayah..Saya tidak cukup kekuatan untuk mendengar teman sebaya menyindir wajah saya yang lain dari yang lain..


Bagaimana destini hidup saya berubah ???

Sejak kecil saya gemar menulis apa yang saya inginkan. Sama ada ia menjadi kenyataan atau tidak ia tidak penting.. Saya mahu masuk universiti, maka saya tulis besar-besar dalam kertas, setiap hari saya pandang kertas itu..Saya mahu bergelar insan berjaya, mendapat kerja bagus-bagus.. ( dahulu saya bercita-cita menjadi pakar perubatan kanak-kanak / doktor veterinar / guru /saintis ) tapi sekarang saya hanya menjadi penolong pegawai..Pakar psikologi selalu menyebut, matlamat yang ditulis dengan jelas selalunya menjadi kenyataan. Saya akui kebenaran tersebut…Saya satu-satunya anak yang berjaya melangkah kaki ke universiti..

Sewaktu saya berada di universiti, pada tahun kedua, salah satu alat pendengaran yang menjadi nadi untuk saya mendengar telah rosak.Sepanjang tempoh alat pendengaran itu diperbaiki, saya gagal memberi tumpuan penuh pada pelajaran .Hati saya tersentak dengan dugaan yang datang bersingah. Kesulitan terbesar yang terpaksa saya hadapi , saya gagal menterjemahkan ilmu yang disampaikan pensyarah ke dalam minda saya..Mujurlah, saya masih mampu bertahan..

Salah satu kesukaran saya yang terbesar, ádalah sewaktu sesi pembelajaran. Walaupun saya sentiasa di hadapan kelas, saya masih ketinggalan sewaktu pensyarah menyampaikan syarahan .Ada masa saya tertinggal memerhati gerak bibir pensyarah..Ada masa saya tidak faham apa yang pensyarah sampaikan .Selalu sangat saya jadi pengunjung setia bilik pensyarah . Ada pensyarah yang bernaluri keibuan seperti kebanyakan guru-guru sekolah .Lembut dan sabar mengulangi apa yang di ajar sebelum ini. Ada pensyarah yang garangnya sedang-sedang, mula-mula sabar, tapi apabila diminta ulang dan ulang, mengelegaklah api kemarahanya. Ada pensyarah yang melemparkan buku setebal 500 muka surat atau selamba mengeluarkan perkataan “dah la bodo bengap pula tu..” Tak kurang ada pensyarah yang budiman, boleh bergurau senda, makan bersama dan berkongsi kisah suka duka. Bagaimana saya begitu kuat meneruskan cabaran belajar ? Sedangkan jika diikutkan kudrat saya, tidak mungkin saya mampu mengenggam diploma tepat masanya. Oh ya, saya tidak pandai bahasa Inggeris juga..Masuk U, buat saya terpinga-pinga apabila menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantara..Walaupun saya tak pandai, tapi, saya berpura-pura pandai..Lama kelamaan, saya jadi biasa dengan istilah bahasa Inggeris..Terutamanya untuk subjek Sains..Saya punyai impian besar dan iltizam yang sangat kuat. Saya punyai semangat untuk mengubah perkataan bodo dan bengap itu kepada perkataan pandai. Saya punyai hasrat untuk tidak sekali-kali mewarisi pekerjaan , kemiskinan dan kesusahan ibu,ayah …Tidak sanggup tidur beralaskan lantai papan atau makan ubi kayu seperti dahulu.. Saya tidak sama sekali sanggup bangun seawal dinihari semata-mata untuk menoreh getah / bekerja kilang dengan pendapatan yang tidak seberapa. Saya mahu duduk dikerusi empuk, dengan gaji 4 angka….Yang penting..saya mahu berdiri di kaki sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Membuktikan bahawa saya boleh hidup sendiri walaupun dengan deria pendengaran yang terhad..

Destini hidup saya mula menunjukkan sinarnya, sewaktu saya menerima tawaran belajar di universiti.. Kemudiannya berubah dengan sekelip mata , sewaktu saya diterima menjadi sebahagian warga staf UiTM. Sayang pada UiTM, kerana di sinilah bermula episod hidup saya berada di takah dihormati. Pulang ke kampung sahaja, pasti orang kampung ringan mulut menegur dengan ramah. Tidak macam dulu, kami adik beradik pernah diherdik seperti anjing kurap kerana miskin!! Saya pernah terpandang secara tidak sengaja, abang saya yang sulung dicaci sewaktu menjual jagung dari rumah ke rumah (saya tidak ingat umur saya berapa ketika itu). Hasil tanaman ayah menjadi sumber rezeki kami.Saya bangga dengan apa yang saya miliki sekarang.. Ia bermula dengan tangisan derita ayah bonda. Saya kira, separuh dari pengorbanan ibu bapa saya terbayar dengan kerjaya dan jawatan yang saya sandang kini..


Hidup yang sentiasa teruji..






Sewaktu saya mengambil keputusan untuk belajar secara jarak jauh, pakar perubatan menngesahkan telinga kanan saya telah mencapai tahap kehilangan pendengaran yang tersangat teruk. Alat bantuan pendengaran sedia ada tidak lagi dapat membantu.Harus ditukar kepada alat bantuan yang lebih mahal dan berkualiti..MasyaALLAH, hebatnya dugaan Mu..Sewaktu saya sedang gigih membina kerjaya dan masa depan, secara tiba-tiba ia menjadi kelam. Lama saya terkesima dan duduk termenung. Lama saya berfikir sama ada saya mampu hidup hanya dengan sebelah pendengaran.. Saya tertanya –tanya sama ada saya mampu memimpin anak buah saya dengan baik dengan pendengaran yang terhad. Saya tertanya-tanya sama ada saya masih layak bergelar seorang penolong pegawai?

Setiap kali saya gagal menerima input dalam komunikasi, hati saya sebak..Betapa peritnya hidup kerana saya bagaikan dipaksa hidup di tengah-tengah masyarakat normal..Kerjaya saya semakin kelam..Saya tertanya-tanya kepada siapa yang saya boleh percayai di bandar asing ini , yang boleh memahami kesulitan hidup saya, yang boleh berikan saya perisai ampuh untuk saya terus tabah. Kerana ibu dan ayah yang menjadi sumber kekuatan jauh di kampung. Saya tertanya-tanya sama ada insan-insan intelek yang saya dampingi setiap hari mampu memberi kelegaan pada saya. Saya mula berteka-teki sama ada mereka yang berpendidikan tinggi ini , punyai naluri keihsanan seperti orang kampung yang tidak berpendidikan.

Saya sentiasa beritahu diri, saya boleh hadapi dugaan ini, saya boleh sambung belajar walau dengan satu pendengaran, saya boleh bekerja walaupun saya bermasalah dalam komunikasi.Saya masih punyai kudrat lain, kaki dan tangan untuk melakukan kerja..Saya masih sihat , aktif, agresif dan cergas ..Saya masih boleh teruskan.. Saya boleh menjadi saintis sehebat Stephen Hawking..Kata-kata ini saya sentiasa ulang,ulang dan ulang.. Saya tidak akan kalah dengan dugaan sekecil ini..Saya tidak sekali-kali menangis hanya untuk kesusahan yang tidak seberapa ini..

Semoga deria pendengaran yang masih bersisa akan bertahan sekurang-kurangya 30 tahun lagi..Itu doa saya taktala air mata saya hampir tumpah……


Mempupuk BUDAYA PERDANA..

Bidang haiwan makmal..KERJAYA /MINAT SEMATA-MATA??

Sewaktu saya di minta menjaga makmal haiwan, spontan keluar satu soalan.. “ Bolehke perempuan mentadbir tempat seperti ini ?” Kesabaran dan kebolehan saya teruji kerana saya sering dikritik dan dibenci.. Apabila saya menetapkan tentang etika penyelidikan menggunakan haiwan, cabaran terbesar adalah mendidik golongan cerdik pandai mematuhinya... Jauh lebih sukar, untuk mendidik anak kecil tentang norma masyarakat. Tidak ramai yang sedar, bahawa kebanyakan ubat-ubatan yang digunakan pakai hari ini, bermula dari haiwan-haiwan tersebut. Sebelum disahkan selamat digunakan, ia diuji kepada haiwan-haiwan tersebut. Tidak ramai yang sedar ada etika yang wajib dipatuhi,kerana mereka juga makhluk ALLAH, yakni bernyawa dan punyai perasaan.. Tidak ramai yang tahu menghargai haiwan-haiwan tersebut..,haiwan yang telah menyebabkan terciptanya ubat-ubatan yang menyelamatkan ribuan manusia..Tapi, kebajikan mereka selalu dilepas pandang...





Buku pertama berkaitan haiwan makmal yang saya baca ialah buku Assitant Laboratory Animal Technician (ALAT )..Buku pertama yang paling saya sayang dan amat saya hargai..Buku yang banyak berjasa sewaktu perjalanan kerjaya saya di peringkat kesusahan. Yakni, apa sahaja keputusan yang saya buat, bermula dari kesilapan dan pengalaman. Buku pertama yang membantu meningkatkan pemahaman mengenai fasiliti haiwan makmal, yang membantu saya memahami konsep pembiakan haiwan..Saya bermula dari sifar mengenai haiwan makmal. Pernah satu ketika beberapa ekor haiwan makmal mati kerana masalah air-cond, tapi saya tak tahu pun apa yang patut dilakukan..Pernah juga makanan (pellet) yang kami terima, tidak berkualiti.Pernah terjadi di mana keadaan haiwan dalam keadaan yang amat tidak memuaskan..Saya pernah diamuk pelajar pascasiswazah setelah cuba meminta dia mengikut peraturan yang betul sewaktu menjalankan penyelidikan..Saya pernah dimarahi kerana terlalu kerap mencari pengetahuan dan pengalaman dari luar..Saya pernah diherdik dan dibenci apabila saya cuba perjuangkan etika penyelidikan dan akta haiwan..Ada banyak persoalan, masalah, krisis dan pergelutan yang menuntut pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang tinggi. Tapi saya tak ada semua itu..Saya bersungguh-sungguh belajar tentang haiwan makmal , kerana saya tidak mahu tempat itu berterusan dalam keadaan daif .Dari masa ke semasa, saya usahakan supaya pembaharuan dilakukan ..Saya tulis dengan jelas dan sejelasnya apa yang saya mahukan untuk bidang yang saya baru terokai.. Saya selesa dengan bidang yang sangat mencabar ini..

1- Mewujudkan persekitaran kerja serta fasiliti yang selamat dan pengurusan yang teratur
2- Menjadi sebahagiaan pusat penyelidikan unggul UiTM (menghasilkan sekurang-kurangnya 5 penyelidikan yang diiktiraf setahun)
3- Memastikan data penyelidikan diktiraf di peringkat global ( ini bermakna ubat –ubatan yang dihasilkan boleh dipatenkan dan dimanfaatkan oleh manusia )
4- Mewujudkan tenaga mahir dan kepakaran dalam bidang haiwan makmal
5- Melahirkan penerima anugerah nobel pertama Malaysia dalam bidang haiwan makmal (besarnya impian ini..)


Saya tulis matlamat-matlamat ini sejelas-jelasnya berserta tindakan yang perlu dilakukan . Contohnya mewujudkan pengurusan yang teratur, ini bermakna, ruang pejabat perlukan persekitaran baru yang lebih kemas dan kemudahan mencukupi. Staf sedia ada dilatih,diberi kursus untuk mewujudkan tenaga mahir dari masa ke semasa..
Sama ada impian ini, hanya tertulis pada kertas saya tidak peduli. Tapi saya menaruh sepenuh keyakinan bahawa ia akan menjadi kenyataan. Ia akan menjadi sebahagian dari kebanggaan UiTM sebagai universiti penyelidikan..Hasil kajian bakal memberi manfaat yang besar kepada seluruh umat manusia. Siapa tahu akan terhasil satu antibiotik yang boleh membantu mencegah kehilangan pendengaran akibat jangkitan kuman ? Siapa tahu akan terhasil satu jenis ubat yang boleh mengaktifkan semula saraf-saraf yang rosak??





Impian besar bersama satu harapan supaya projek mega menaiktaraf bernilai jutaan ringgit ini berjalan dengan lancar.Itu doa saya..Idea siapa..Siapa yang akan mendabik dada menyatakan itu usahanya, saya tidak peduli.Saya hanya mahu, segalanya siap dan memudahkan perjalanan kerja saya.Di samping memberi peluang untuk saya membina kecemerlangan kerjaya...

Bila impian ini akan tercapai, saya tidak peduli itu..Sama ada sewaktu pucuk kepimpinan bertukar ganti, saya sudah pencen/ saya ditukarkan / selepas proses menaik taraf siap saya tidak kisah itu. Apa yang pasti, saya akan iktiarkan sampai menjadi kenyataan…

Saya gembira dan selesa dengan bidang yang saya pilih. Meskipun perjalanan kerjaya saya dipenuhi kritikan , tapi saya amat bangga dengan keunikan bidang ini..Saya punyai ketua baru yang baik walaupun kami berlainan agama dan bangsa. . Bidang yang unik dan sangat istimewa.Sepanjang saya bergaul dengan mereka yang berada dalam bidang ini, ada persamaan perwatakan yang saya kira sungguh menarik..Semangat untuk membantu dan insan berehsan.. Melalui bidang ini, tanpa disangka wujud kesefahaman / lebih tepat saya jadi akrab dengan orang yang berlainan bangsa dan agama. Siapa sangka, saya mampu menjalin kemesraan bukan sahaja dengan bangsa Cina , tetapi Serani dan India. Kami berada dalam bidang yang sama, dan saling memahami rentak dan cabaran yang dihadapi. Ibarat menjaga anak kecil yang sakit….

Selain bidang haiwan makmal, saya berminat dengan bidang forensik dan kajian genetik..Semakin saya mempelajari bidang genetik dan DNA, semakin saya sedar, bidang haiwan makmal hanyalah minat semata-semata, bukanlah kerjaya yang membolehkan saya membina merci tanda kejayaan. Oh kemanakah saya selepasa ini?? Semoga ALLAH meletakan saya di bidang yang boleh memberi saya 1001 kejayaan hidup..




Dunia yang sementara..





Saya ingin memohon maaf kepada semua..andai kata sepanjang anda mengenali saya, saya telah menguris hati dan perasaan. ..Esok belum yang belum pasti..sama ada saya masih sihat seperti sekarang..Seperti mana ALLAH mengambil pendengaran saya dengan sekelip mata, seperti itu jugalah kemungkinan ALLAH mengambil nyawa saya..Semoga hidup ini dapat saya teruskan dengan hati yang tabah..Semoga saya masih mampu tersenyum dan ketawa, walau sehebat manapun dugaan yang mendatang....

MaRi MeNyaNYI..

sebahagian dari kepuasan hidup yang kucari..:)


the journey in my life...:)

Surat tawaran belajar di USM, saya pandang dengan pandangan yang redup.. Hati saya menahan sebak..Begitu juga surat pemohonan saya kepada dekan tertulis "DILULUSKAN"..Hati saya melonjak riang..Sempat saya terlompat-lompat bagaikan anak kecil..Eh..dah tua-tua pun terlompat-lompat?? :) 3 thn yang lalu, saya menolak 3 tawaran belajar..ijazah sarjana muda sains haiwan, ijazah sarjana muda pendidikan, ijazah sarjana muda sains perpustakaan. Kerana ketika itu, saya sungguh serik belajar..Saya sungguh penat untuk menongkah arus sebagai mahasiswi..Tetapi,tawaran kali ini saya terima atas dorongan beberapa keadaan. Setelah diinjak , dihentak, dan menerima beberapa tamparan hebat, barulah saya sedar bahawa pendidikan yang saya miliki tidak cukup untuk membuatkan pendapat saya didengar dan pangkat saya dihormati..Ia buat saya menjadi sungguh bersemangat untuk belajar semula. Ada teman mengusik..” tak lama lagi naik pangkat jadi pegawai..”,pantas saya mengeleng kepala..tidak mungkin saya mampu memikul tanggungjawab gred 41, jika gred 27 pun buat saya terkulat-kulat…




Saya membahagikan hidup saya kepada 3 perkara. Menjadikan perjalanan hidup saya luar biasa bagus. Kerjaya, aktiviti sukarela dan belajar. Sungguh menyeronokkan apabila dapat lari dari tekanan belajar dan bekerja melalui aktiviti sukarela. Sungguh membahagiakan apabila saya melihat senyuman insan yang saya bantu. Pengalaman saya menghulurkan makanan kepada anak-anak pelarian Nyammar tidak saya lupakan. Begitu juga pengalaman saya melayan dan menghiburkan hati kanak-kanak HIV/AIDS..Alam pembelajaran yang bakal saya tempuhi pasti menjadi lebih mencabar Kerana saya belajar sambil bekerja. Cabaran bekerja yang saya hadapi menjadi sumber kekuatan untuk saya menempuh alam belajar .Saya bekerja di tempat yang baru merangkak, ada banyak persoalan yang tiada jawapan. Ada banyak pembetulan yang kami buat hanya setelah menerima kritikan dan melakukan kesilapan .Saya bosan begitu. Saya ingin tahu banyak perkara tentang kerja saya. Saya ingin membuat keputusan dengan penuh yakin tanpa was-was.  Saya mendoakan yang terbaik di atas bidang yang saya pilih..

Saya ingin belajar setinggi mungkin..Kerana belajar itu proses sepanjang hayat.Bukan untuk berpangkat besar. Bukan untuk mengejar kemewahan hidup, tapi ia sebahagian dari kepuasan hidup yang saya cari..Saya tidak akan berterusan begini..Sampai masa saya akan berada dalam alam kerjaya yang jauh lebih mencabar.. Sampai masa, kerja saya tidak akan dipandang negatif..Itu janji saya apabila saya mengambil keputusan sambung belajar..Semoga perjalanan hidup saya yang berwarna warni menjadi inspirasi mengubah destini anak bangsa. Menjadi sumber kekuatan untuk anak-anak petani, penoreh getah, mereka yang usia kecilnya bertemankan lumpur dan panas mentari. Apabila dewasa kelak, duduk selesa di kerusi empuk..

Kesusahan itu manis hasilnya….

Tahun 2011, saya memberi focus pada melengkapkan prasarana khususnya dalam ruang pejabat yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran kami. Ada banyak perkara yang sedikit sebanyak membuatkan saya berputus asa. Contohnya :

“ Encik , bila saya boleh ambil kertas A4 ? ,” soal saya penuh mengharap.
“ Nantilah aku sibuk ni, esok la yea..” kata dia selamba.
Beresok-esok akhirnya, seminggu berlalu. Lantas , saya beli 1 set kertas A4 menggunakan duit sendiri ¡!

Kisah lain, yang buat saya mula menyumpah dalam hati, bila kerja saya terbantut selama 2,3 hari Kerana tiada borang PB ( salah satu borang untuk melengkapkan proses pembelian ) . Seperti biasa beresok-esok, untuk dapatkan 1 set borang PB, saya menjelajah FF3 meminta kepada rakan-rakan yang mempunyai borang PB.

Memang leceh rasanya, apabila perlu menggunakan mesin laminating/ puncture / cutter kami perlu berjalan ke bangunan lain yang mengambil masa lebih 15 minit. Ada hari, ia menjadi keperluan mendesak, terkejar-kejar kami dibuatnya. Dalam basah-basah menjalankan kerja membasuh/ pening-pening mengira bilangan haiwan / menulis kod setiap haiwan yang jumlahnya beratus ekor buat saya mengeleng kepala sendiri.

Memang telah tercipta takdir begini untuk saya agaknya..Dahulu saya letih melayan puluhan kerenah kanak-kanak. Sememangnya memeningkan kepala. Kini, saya melayan kerenah pekerja bawahan, pelajar dan orang atasan .Dahulu, saya menjaga kebajikan puluhan kanak-kanak. Sekarang saya bukan sahaja menjaga kebajikan ratusan haiwan, tetapi peralatan jutaan ringgit yang bekerja 24 jam tanpa henti. Yang berfungsi 365 hari setahun tanpa henti..Ia benar-benar menguji kesanggupan saya menghadapi kemungkinan yang berlaku. Sesekali, apabila peralatan itu gagal berfunsi, kalutlah saya menyelamatkan nyawa haiwan-haiwan itu. Sesekali pengoperasian mengalami masalah, saya menjadi gawat .Sesekali saya rasa nak pecah kepala, apabila secara tiba-tiba supplier memberitahu tidak dapat membekalkan makanan kerana tiada stok.Sesekali saya mengeluh kecil, bila agaknya kerja ini boleh dibahagi kepada 2 orang. Kerana saya sudah penat berhadapan kemungkinan seperti ini seorang diri.
.Pesan emak, bekerja itu satu ibadah. Tak baik mengeluh dalam ibadah. Nanti hilang nilai keberkatan dan pahala. Tapi, saya tetap mengeluh kerana saya tidak setabah emak mengayuh basikal seawal jam 5 pagi menunggu bas kilang…Saya tidak sepasrah emak yang hanya mengesat air mata apabila gajinya sebulan tidak diterima, dek ditipu selepas menandatangani slip gaji. Saya tidak semulia hati seorang ibu, yang sentiasa tersenyum dalam tangisan diatas kesusahanya mencari rezeki..
Dulu, saya cuma seorang pengasuh tadika dengan gaji RM 450 , kemudianya sebagai Atendan Kesihatan dengan gaji hanya RM 900 , tapi saya masih mendapat kemudahaan surau yang serba ringkas dan tempat rehat. Atau dalam keadaan tertentu, masih mendapat privacy yang memisahkan staf lelaki dan perempuan . Kini, saya adalah pegawai gred 27, tapi masih terkial-kial mendapakan kemudahan surau dan tempat rehat. Masih perlu menanti setahun lebih untuk mendapatkan privacy menjalankan tugas rasmi. Sesekali saya mengeluh kecil, Kerana tidak sangka yang alam pekerjaan saya sesukar ini. Sesekali saya diserang api cemburu, melihat kemudahan lengkap yang dinikmati staf pentadbiran .Sedangkan kami, partition untuk surau pun takada!!

Bagaimana ¿ Adakah anda sangka kerenah yang anda depani sepanjang perjalanan hidup lebih teruk dari ini? Sebenarnya semakin besar, organisasi yang anda depani, semakin besarlah kerenah dan cabaran yang perlu dihadapi. Bermakna semakin besarlah jati diri dan motivasi yang perlu kita miliki. Tanpa cinta suci terhadap usaha yang dilakukan, anda pasti kecewa dan berhenti..


Apabila saya berada dalam sebuah organisasi besar dan dikelilingi golongan profesional saya merasai perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan ketika saya berada di sebuah organisasi kecil dahulu. Saya masih ingat pada Pak cik Zaki dan pak guard yang begitu kaya dengan nasihat dan pengalaman hidup. Mereka ádalah insan yang berpendidikan rendah tapi sarat dengan nilai kasih sayang. Memperlakukan insan sekeliling bagaikan saudara kandung. Bukan dengan saya sahaja, tetapi dengan sesiapapun, seboleh-bolehnya ingin dibantu. Mereka bukanlah nama besar yang berpangkat dato’ /dr/prof2x, tapi apabila berbicara dengan mereka, ia akan begitu menyentuh hati dan mengingatkan saya jangan terlalu bongkak dengan kuasa yang dimiliki…Saya Selesa dengan golongan sekelompok pak cik Zaki, pak guard, emak dan ayah kerana tidak perlu terlalu skema apabila bergaul. Saya suka suasana ‘freindly’ yang tercipta secara spontan. Saya selesa dengan orang-orang yang mungkin tidak mempunyai pendidikan SPM pun, tapi reti membezakan antara keperluan penting / suka-suka meminta…

Bekerja itu ibadah. Fahami hakikat ini. Bekerja memang sukar, apatahlah lagi dalam organisasi besar. Bekerja itu ibarat akar kayu, pahit dipangkal manisnya dihujung. Sebagai orang baru, memang saya diukur dalam segala segi. Ada ramai yang memiliki kelulusan yang lebih baik dari kita, tapi yang membezakan, adakah kita lebih baik dari mereka? Untuk menilai prestasi, memanglah kita akan dibebankan dengan macam-macam pekerjaan atau kutukan.Kadang-kadang diluar kemampuan dan kepakaran kita. Contohnya ,ayat klise yang selalu ditujukan kepada saya “u pekerja baru, tapi banyak sangat demand..”
Lakukan kerja dengan ikhlas dan cinta. Semoga di situlah nilai keberkatan. Untuk dimasukan dalam perut sendiri, anak-anak, ibu dan ayah..Jaminan sebagai sumber yang halal…Seperti mana ibu dan ayah bersusah payah demi sesuap nasi dahulu, seperti itu jugalah saya sekarang.Sekalipun hati saya dipenuhi perasaan ralat, saya tetap bersyukur, kerana peluang dan ruang untuk saya mengenali dunia luar bermula dengan organisasi besar ini. Peluang untuk saya memperbaiki taraf hidup telah bermula di sini. Di tengah-tengah kekalutan saya berhadapan dengan organisasi yang besar, saya gembira kerana berperluang mempelajari banyak perkara baru. Saya seronok kerana ada banya pengalaman yang saya kutip..Saya masih berada dalam satu organisasi yang sarat dengan kasih sayang dan saling mengambil berat. Saya masih berada dalam kelompok insan yang saling menghulurkan bantuan.. Dan yang penting, kami masih masih mampu membina ukwah sesama sendiri..

Kesilapan saya yang terbesar ádalah gagal menjadi KETUA YANG TERBAIK. Kerana itulah, diri saya diinjak dan dipijak sesuka hati..Andai masa boleh diputar kembali, tentu saya akan menyerlahkah kuasa kepimpinan yang terbaik. Supaya, setiap keperluan penting, tidak menjadikan saya pekerja yang asyik meminta-minta. Atau dalam istilah lain, terlalu banyak demand…Anda yang membaca catatan ini, usah melakukan kesilapan seperti saya..Anda yang bergelar ketua, tunjukkan karisma dan profesionalisma anda.. Kepimpinan melalui teladan…


Rasullullah bersabda “ MUDAHKANLAH & JANGANLAH KAMU MENYUKARKAN. GEMBIRAKANLAH , & JANGAN KAMU MENYUSAHKAN & SEIA SEKATAAH KAMU (Bukhari & Muslim)

Meminjam minda TUN MAHATHIR..

Untuk kesekian kalinya, saya gigih mengatur langkah. Semakin banyak saya tahu, semakin keraplah pertelingkahan pendapat antara saya dengan orang atas. Sesekali fikir, lebih baik jika pengetahuan sayas tidak bertambah, supaya saya dan orang atas tidak saling sakit hati. Semakin saya ‘pandai’, semakin susah untuk saya memperbaiki keadaan.Semakin saya tahu, semakin keraplah saya bertelagah, cuba menegakkan yang saya betul. Kesudahannya, saya kalah..ia buat saya tidak sabar untuk sambung belajar. Kalau saya ada pangkat DR ,yakni, memiliki PHD, mungkin pendapat, cadangan,dan suara hati saya akan didengar. Jalan hidup yang saya pilih benar-benar mengujakan. Sudah beberapa kali, saya menghadiri mesyuarat yang dihadiri orang-orang besar (Prof, Dr, Datuk ), buat saya teruja. Sungguh-sungguh saya tak sangka, yang saya mampu sampai ke tahap ini. Sekali dua, saya duduk semeja, makan dengan orang yang berstatus Dr, buat saya bangga..Apabila pendapat dan cadangan saya dipandang sepi, saya dengan mudah, berkecil hati. Kadang-kadang, saya dengan mudah menjadi kurang ajar.Tentu saya jadi ralat, apabila terlalu banyak tenaga yang saya curahkan demi memastikan pengurusan tempat saya bekerja berjalan dengan baik. Tidak perlu terlalu sempurna, tetapi, cukup andainya ia mampu memberi motivasi kepada anak buah saya, cukup jika mereka rasa seronok bekerja dalam situasi yang lain dari yang lain. Tetapi, malangnya, apa saya buat tidak betul belaka. Sedangkan sebelum saya membuat cadangan, saya mendapatkan nasihat profesianal dari mereka yang pakar dalam bidang ini.
Bekerja dalam sebuah tempat yang baru menapak memang sukar. Ibarat seorang anak kecil yang baru belajar berjalan. Kemelut ,konflik dan masalah, buat saya dalam dilema. Teringat pesan seorang pensyarah yang telah lama dalam bidang ini kepada saya “ Jangan malu untuk bertanya, Saya dulu buat muka tak malu, Tanya orang sana sini. Peraturan saya buat mesti orang kena ikut. Penduli apa jika orang tak suka. Yang penting pertahankan peraturan itu…,”

“Kena kuat semangat apabila berada dalam bidang ni..Kami kat sini, bila ada masalah teknikal, boleh jadi gila babi dibuatnya..,” sambung beliau dengan nada bergurau. Buat saya tersenyum .

“Aku pun dah nak gila babi pun.baru setahun kerja dan kecoh semacam,” kata saya dalam hati.
Saya pernah buat muka tak malu, selamba saya memohon ehsan daripada beliau ,” Prof, boleh tak nak minta tolong..kami nak dapatkan salinan paperwork untuk ubahsuai rumah haiwan…Kalau tak boleh ambil copy, boleh tak kalau kami salin je..,” kataku kepada Prof S sambil buat muka sepuluh sen. Dalam hati risau juga ,jika beliau hanya membenarkan kami, menyalin paperwork setebal 500 ratus muka surat!! Jenuhla macamni!! Akhirnya, saya dan pegawai Berjaya menyiapkan paperwork itu .

Lama saya cuba bermuhasabah diri. Berjumpa dengan ramai rakan sama bidang, melawat tempat yang mempunyai fasiliti yang lengkap, buat hati saya diulit cemburu. Buat saya malu sendiri. Masakan tidak, matlamat penubuhan rumah haiwan kami, ádalaH untuk menjadi komplekS rumah haiwan terbesar di malaysia. Dan menjadi satu-satunya kompleks rumah haiwan yang mendapat pengiktirafan dunia .(AALAC). Tapi, saya cukup hairan Kerana impian itu menjadi bahan tawa dan dianggap mustahil.. Kalau TUN MAHATHIR, tahu akan impian besar ini, tentu beliau bangga dan membantu kami. Saya tidak faham, kenapa impian ini, dianggap mustahil, sedangkan minda TUM MAHATHIR , telah membina beberapa bangunan yang kita anggap mustahil..Saya rasa ralat juga, impian ini, dipandang sepi dan tiada orang yang sudi mengerakan usaha, agar ia menjadi realiti. Perjalanan kerjaya saya dipenuhi cabaran & dugaan. Ia dikelilingi kritikan & pelbagai penolakan. Cabaran terbesar ádalah memahamkan orang atasan tentang perkara WAJIB mengenai rumah haiwan. Tidak dinamakan makmal haiwan jika tiada Prosedur SOP. SOP, tidak akan berjalan, jika tiada fasiliti yang betul dan jika orang atasan tidak Faham akannya. Memang sukar, berada di kelompok Manusia terlebih pintar. Jika, mudah, tidaklah perlu saya menanti berthn2x untuk mendapatkan fasiliti yang betul.
Untuk kesekian kalinya, saya tidak malu bertanya itu ini kepada orang yang lebih arif. Saya tidak peduli, walaupun dihentam kerana selalu ‘berjalan-jalan’ ke UPM, UKM, Sg Buluh. Saya tidak peduli jika saya yang terhegeh-hegeh berjupa Prof2x/ Dr2x yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Saya tidak ambil kisah dengan ledakan kemarahan seseorang Kerana sering bekeliaran di waktu pejabat. KERANA ADA PERKARA YANG SUNGGUH BERHARGA YG TELAH SAYA PEROLEH HASIL DRPD SIKAP TIDAK TAHU MALU & BUTA HATI…IAITU KEPAKARAN DAN ILMU PENGETAHUAN…Apabila ilmu saya semakin bertambah, kepakaran semakin meningkat, maka tawaran tidak Rasmi dari organisasi luar datang bertalu-lalu. Dengan gaji yang lumayan P1T5 / P1T6 buat saya terasa nak lari..Tapi, saya masih belum puas merasai cabaran ini. Saya masih belum puas dihentam top managment. Saya masih mampu, memekakkan telinga, atau membutakan hati menerima kritikan…Saya masih rasa seronok, untuk bermain tarik tali dengan sesetengah sikap kurang ajar pelajar-pelajar yang dimanjakan supervisor. Saya masih mampu bertahan dengan ruang pejabat yang tidak menyerupai pejabat. Saya masih mampu berhadapan dengan kebencian orang lain terhadap cara saya memimpin organisasi….
Semoga 2011, membawa perubahan yang baik dalam perjalanan karier saya.. Semoga tuntutan saya tidak akan dipandang sepi.. Cukup, jika pontensi kami diiktiraf dan suasana kerja yang sewajarnya disediakan. Supaya imej fakulti kekal terpelihara… bidang ini, telah memberi keseronokan kepada saya. bidang ini menjana pemikiran kreatif sebagai seorang sainstis..

. Cukup, andainya usaha saya bakal memberi kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia..Semoga, akan ada yang memandang impian ini dengan pandangan MINDA TUN MAHATHIR MUHAMAD…

Terima kasih Dr Fuzina, Dr Rahim , Prof Shukor dan Dr Vellayan. Nama-nama besar yang telah menjadi sumber inspirasi daam perjalanan kerjaya saya. Nama-nama insan HeBat,berpengalaman, yang tidak perñah jemu, memberi kata semangat , dorongan dan ilmu pengetahuan kepada saya. ..terima kasih tak terhingga ,Kerana di tengah-tengah kekalutan, ada juga yang sudi memahami rentak kerjaya saya…