Kisah hidup saya tidak sehebat Dato VC..Anak yang hidupnya dicengkam kemiskinan, kini bergelar insan hebat, berjaya dan ternama...Lama saya cuba mencari kekuatan untuk berlaku jujur dalam penulisan ini.. Tidak bertapis-tapis seperti selalu..Membayangkan ini mungkin catatan yang terakhir..membayangkan ini mungkin cetusan hati saya sebelum nafas terakhir, maka lahirlah sebuah memoir seorang insan..
Destini kehidupan seorang anak kecil..
Destini kehidupan seorang anak kecil..
Sewaktu saya kecil, usaha dan rawatan susulan selepas menjalani pembedahan sumbing mulut terhenti. Ibu dan ayah tidak berpelajaran ,bergantung pada komitmen pakar perubatan yang ketika itu kurang memuaskan. Lantas,saya membesar sebagai anak kecil yang serba kekurangan… Masalah pendengaran yang saya hadapi membantutkan perkembangan bahasa.. Bagaimana saya mampu bercakap dan memahami percakapan orang lain sedangkan saya kurang pendengaran ?? Ajaibnya ciptaan ALLAH, kerana saya mampu bersuara dan memahami butir bicara orang lain ..Pertama, komitmen dan sokongan padu daripada keluarga, yang melatih saya bercakap dan sentiasa berkomunikasi dengan saya menjadikan saya seorang yang sangat suka bercakap...Secara tidak langsung, saya membaca pengerakan bibir orang lain untuk memahami percakapan orang lain. Kedua, saya seorang kecil yang gemar membaca.. Dari situlah saya mengenali dunia luar. Sewaktu kecil, saya tidak punyai ramai sahabat. Dunia saya ketika itu, hanya kakak,abang, emak dan ayah..Saya tidak cukup kekuatan untuk mendengar teman sebaya menyindir wajah saya yang lain dari yang lain..
Bagaimana destini hidup saya berubah ???
Sejak kecil saya gemar menulis apa yang saya inginkan. Sama ada ia menjadi kenyataan atau tidak ia tidak penting.. Saya mahu masuk universiti, maka saya tulis besar-besar dalam kertas, setiap hari saya pandang kertas itu..Saya mahu bergelar insan berjaya, mendapat kerja bagus-bagus.. ( dahulu saya bercita-cita menjadi pakar perubatan kanak-kanak / doktor veterinar / guru /saintis ) tapi sekarang saya hanya menjadi penolong pegawai..Pakar psikologi selalu menyebut, matlamat yang ditulis dengan jelas selalunya menjadi kenyataan. Saya akui kebenaran tersebut…Saya satu-satunya anak yang berjaya melangkah kaki ke universiti..
Sewaktu saya berada di universiti, pada tahun kedua, salah satu alat pendengaran yang menjadi nadi untuk saya mendengar telah rosak.Sepanjang tempoh alat pendengaran itu diperbaiki, saya gagal memberi tumpuan penuh pada pelajaran .Hati saya tersentak dengan dugaan yang datang bersingah. Kesulitan terbesar yang terpaksa saya hadapi , saya gagal menterjemahkan ilmu yang disampaikan pensyarah ke dalam minda saya..Mujurlah, saya masih mampu bertahan..
Salah satu kesukaran saya yang terbesar, ádalah sewaktu sesi pembelajaran. Walaupun saya sentiasa di hadapan kelas, saya masih ketinggalan sewaktu pensyarah menyampaikan syarahan .Ada masa saya tertinggal memerhati gerak bibir pensyarah..Ada masa saya tidak faham apa yang pensyarah sampaikan .Selalu sangat saya jadi pengunjung setia bilik pensyarah . Ada pensyarah yang bernaluri keibuan seperti kebanyakan guru-guru sekolah .Lembut dan sabar mengulangi apa yang di ajar sebelum ini. Ada pensyarah yang garangnya sedang-sedang, mula-mula sabar, tapi apabila diminta ulang dan ulang, mengelegaklah api kemarahanya. Ada pensyarah yang melemparkan buku setebal 500 muka surat atau selamba mengeluarkan perkataan “dah la bodo bengap pula tu..” Tak kurang ada pensyarah yang budiman, boleh bergurau senda, makan bersama dan berkongsi kisah suka duka. Bagaimana saya begitu kuat meneruskan cabaran belajar ? Sedangkan jika diikutkan kudrat saya, tidak mungkin saya mampu mengenggam diploma tepat masanya. Oh ya, saya tidak pandai bahasa Inggeris juga..Masuk U, buat saya terpinga-pinga apabila menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantara..Walaupun saya tak pandai, tapi, saya berpura-pura pandai..Lama kelamaan, saya jadi biasa dengan istilah bahasa Inggeris..Terutamanya untuk subjek Sains..Saya punyai impian besar dan iltizam yang sangat kuat. Saya punyai semangat untuk mengubah perkataan bodo dan bengap itu kepada perkataan pandai. Saya punyai hasrat untuk tidak sekali-kali mewarisi pekerjaan , kemiskinan dan kesusahan ibu,ayah …Tidak sanggup tidur beralaskan lantai papan atau makan ubi kayu seperti dahulu.. Saya tidak sama sekali sanggup bangun seawal dinihari semata-mata untuk menoreh getah / bekerja kilang dengan pendapatan yang tidak seberapa. Saya mahu duduk dikerusi empuk, dengan gaji 4 angka….Yang penting..saya mahu berdiri di kaki sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Membuktikan bahawa saya boleh hidup sendiri walaupun dengan deria pendengaran yang terhad..
Destini hidup saya mula menunjukkan sinarnya, sewaktu saya menerima tawaran belajar di universiti.. Kemudiannya berubah dengan sekelip mata , sewaktu saya diterima menjadi sebahagian warga staf UiTM. Sayang pada UiTM, kerana di sinilah bermula episod hidup saya berada di takah dihormati. Pulang ke kampung sahaja, pasti orang kampung ringan mulut menegur dengan ramah. Tidak macam dulu, kami adik beradik pernah diherdik seperti anjing kurap kerana miskin!! Saya pernah terpandang secara tidak sengaja, abang saya yang sulung dicaci sewaktu menjual jagung dari rumah ke rumah (saya tidak ingat umur saya berapa ketika itu). Hasil tanaman ayah menjadi sumber rezeki kami.Saya bangga dengan apa yang saya miliki sekarang.. Ia bermula dengan tangisan derita ayah bonda. Saya kira, separuh dari pengorbanan ibu bapa saya terbayar dengan kerjaya dan jawatan yang saya sandang kini..
Hidup yang sentiasa teruji..
Sewaktu saya mengambil keputusan untuk belajar secara jarak jauh, pakar perubatan menngesahkan telinga kanan saya telah mencapai tahap kehilangan pendengaran yang tersangat teruk. Alat bantuan pendengaran sedia ada tidak lagi dapat membantu.Harus ditukar kepada alat bantuan yang lebih mahal dan berkualiti..MasyaALLAH, hebatnya dugaan Mu..Sewaktu saya sedang gigih membina kerjaya dan masa depan, secara tiba-tiba ia menjadi kelam. Lama saya terkesima dan duduk termenung. Lama saya berfikir sama ada saya mampu hidup hanya dengan sebelah pendengaran.. Saya tertanya –tanya sama ada saya mampu memimpin anak buah saya dengan baik dengan pendengaran yang terhad. Saya tertanya-tanya sama ada saya masih layak bergelar seorang penolong pegawai?
Setiap kali saya gagal menerima input dalam komunikasi, hati saya sebak..Betapa peritnya hidup kerana saya bagaikan dipaksa hidup di tengah-tengah masyarakat normal..Kerjaya saya semakin kelam..Saya tertanya-tanya kepada siapa yang saya boleh percayai di bandar asing ini , yang boleh memahami kesulitan hidup saya, yang boleh berikan saya perisai ampuh untuk saya terus tabah. Kerana ibu dan ayah yang menjadi sumber kekuatan jauh di kampung. Saya tertanya-tanya sama ada insan-insan intelek yang saya dampingi setiap hari mampu memberi kelegaan pada saya. Saya mula berteka-teki sama ada mereka yang berpendidikan tinggi ini , punyai naluri keihsanan seperti orang kampung yang tidak berpendidikan.
Saya sentiasa beritahu diri, saya boleh hadapi dugaan ini, saya boleh sambung belajar walau dengan satu pendengaran, saya boleh bekerja walaupun saya bermasalah dalam komunikasi.Saya masih punyai kudrat lain, kaki dan tangan untuk melakukan kerja..Saya masih sihat , aktif, agresif dan cergas ..Saya masih boleh teruskan.. Saya boleh menjadi saintis sehebat Stephen Hawking..Kata-kata ini saya sentiasa ulang,ulang dan ulang.. Saya tidak akan kalah dengan dugaan sekecil ini..Saya tidak sekali-kali menangis hanya untuk kesusahan yang tidak seberapa ini..
Semoga deria pendengaran yang masih bersisa akan bertahan sekurang-kurangya 30 tahun lagi..Itu doa saya taktala air mata saya hampir tumpah……
Mempupuk BUDAYA PERDANA..
Bidang haiwan makmal..KERJAYA /MINAT SEMATA-MATA??
Sewaktu saya di minta menjaga makmal haiwan, spontan keluar satu soalan.. “ Bolehke perempuan mentadbir tempat seperti ini ?” Kesabaran dan kebolehan saya teruji kerana saya sering dikritik dan dibenci.. Apabila saya menetapkan tentang etika penyelidikan menggunakan haiwan, cabaran terbesar adalah mendidik golongan cerdik pandai mematuhinya... Jauh lebih sukar, untuk mendidik anak kecil tentang norma masyarakat. Tidak ramai yang sedar, bahawa kebanyakan ubat-ubatan yang digunakan pakai hari ini, bermula dari haiwan-haiwan tersebut. Sebelum disahkan selamat digunakan, ia diuji kepada haiwan-haiwan tersebut. Tidak ramai yang sedar ada etika yang wajib dipatuhi,kerana mereka juga makhluk ALLAH, yakni bernyawa dan punyai perasaan.. Tidak ramai yang tahu menghargai haiwan-haiwan tersebut..,haiwan yang telah menyebabkan terciptanya ubat-ubatan yang menyelamatkan ribuan manusia..Tapi, kebajikan mereka selalu dilepas pandang...
Sewaktu saya di minta menjaga makmal haiwan, spontan keluar satu soalan.. “ Bolehke perempuan mentadbir tempat seperti ini ?” Kesabaran dan kebolehan saya teruji kerana saya sering dikritik dan dibenci.. Apabila saya menetapkan tentang etika penyelidikan menggunakan haiwan, cabaran terbesar adalah mendidik golongan cerdik pandai mematuhinya... Jauh lebih sukar, untuk mendidik anak kecil tentang norma masyarakat. Tidak ramai yang sedar, bahawa kebanyakan ubat-ubatan yang digunakan pakai hari ini, bermula dari haiwan-haiwan tersebut. Sebelum disahkan selamat digunakan, ia diuji kepada haiwan-haiwan tersebut. Tidak ramai yang sedar ada etika yang wajib dipatuhi,kerana mereka juga makhluk ALLAH, yakni bernyawa dan punyai perasaan.. Tidak ramai yang tahu menghargai haiwan-haiwan tersebut..,haiwan yang telah menyebabkan terciptanya ubat-ubatan yang menyelamatkan ribuan manusia..Tapi, kebajikan mereka selalu dilepas pandang...
Buku pertama berkaitan haiwan makmal yang saya baca ialah buku Assitant Laboratory Animal Technician (ALAT )..Buku pertama yang paling saya sayang dan amat saya hargai..Buku yang banyak berjasa sewaktu perjalanan kerjaya saya di peringkat kesusahan. Yakni, apa sahaja keputusan yang saya buat, bermula dari kesilapan dan pengalaman. Buku pertama yang membantu meningkatkan pemahaman mengenai fasiliti haiwan makmal, yang membantu saya memahami konsep pembiakan haiwan..Saya bermula dari sifar mengenai haiwan makmal. Pernah satu ketika beberapa ekor haiwan makmal mati kerana masalah air-cond, tapi saya tak tahu pun apa yang patut dilakukan..Pernah juga makanan (pellet) yang kami terima, tidak berkualiti.Pernah terjadi di mana keadaan haiwan dalam keadaan yang amat tidak memuaskan..Saya pernah diamuk pelajar pascasiswazah setelah cuba meminta dia mengikut peraturan yang betul sewaktu menjalankan penyelidikan..Saya pernah dimarahi kerana terlalu kerap mencari pengetahuan dan pengalaman dari luar..Saya pernah diherdik dan dibenci apabila saya cuba perjuangkan etika penyelidikan dan akta haiwan..Ada banyak persoalan, masalah, krisis dan pergelutan yang menuntut pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang tinggi. Tapi saya tak ada semua itu..Saya bersungguh-sungguh belajar tentang haiwan makmal , kerana saya tidak mahu tempat itu berterusan dalam keadaan daif .Dari masa ke semasa, saya usahakan supaya pembaharuan dilakukan ..Saya tulis dengan jelas dan sejelasnya apa yang saya mahukan untuk bidang yang saya baru terokai.. Saya selesa dengan bidang yang sangat mencabar ini..
1- Mewujudkan persekitaran kerja serta fasiliti yang selamat dan pengurusan yang teratur
2- Menjadi sebahagiaan pusat penyelidikan unggul UiTM (menghasilkan sekurang-kurangnya 5 penyelidikan yang diiktiraf setahun)
3- Memastikan data penyelidikan diktiraf di peringkat global ( ini bermakna ubat –ubatan yang dihasilkan boleh dipatenkan dan dimanfaatkan oleh manusia )
4- Mewujudkan tenaga mahir dan kepakaran dalam bidang haiwan makmal
5- Melahirkan penerima anugerah nobel pertama Malaysia dalam bidang haiwan makmal (besarnya impian ini..)
Saya tulis matlamat-matlamat ini sejelas-jelasnya berserta tindakan yang perlu dilakukan . Contohnya mewujudkan pengurusan yang teratur, ini bermakna, ruang pejabat perlukan persekitaran baru yang lebih kemas dan kemudahan mencukupi. Staf sedia ada dilatih,diberi kursus untuk mewujudkan tenaga mahir dari masa ke semasa..
Sama ada impian ini, hanya tertulis pada kertas saya tidak peduli. Tapi saya menaruh sepenuh keyakinan bahawa ia akan menjadi kenyataan. Ia akan menjadi sebahagian dari kebanggaan UiTM sebagai universiti penyelidikan..Hasil kajian bakal memberi manfaat yang besar kepada seluruh umat manusia. Siapa tahu akan terhasil satu antibiotik yang boleh membantu mencegah kehilangan pendengaran akibat jangkitan kuman ? Siapa tahu akan terhasil satu jenis ubat yang boleh mengaktifkan semula saraf-saraf yang rosak??
Impian besar bersama satu harapan supaya projek mega menaiktaraf bernilai jutaan ringgit ini berjalan dengan lancar.Itu doa saya..Idea siapa..Siapa yang akan mendabik dada menyatakan itu usahanya, saya tidak peduli.Saya hanya mahu, segalanya siap dan memudahkan perjalanan kerja saya.Di samping memberi peluang untuk saya membina kecemerlangan kerjaya...
Bila impian ini akan tercapai, saya tidak peduli itu..Sama ada sewaktu pucuk kepimpinan bertukar ganti, saya sudah pencen/ saya ditukarkan / selepas proses menaik taraf siap saya tidak kisah itu. Apa yang pasti, saya akan iktiarkan sampai menjadi kenyataan…
Saya gembira dan selesa dengan bidang yang saya pilih. Meskipun perjalanan kerjaya saya dipenuhi kritikan , tapi saya amat bangga dengan keunikan bidang ini..Saya punyai ketua baru yang baik walaupun kami berlainan agama dan bangsa. . Bidang yang unik dan sangat istimewa.Sepanjang saya bergaul dengan mereka yang berada dalam bidang ini, ada persamaan perwatakan yang saya kira sungguh menarik..Semangat untuk membantu dan insan berehsan.. Melalui bidang ini, tanpa disangka wujud kesefahaman / lebih tepat saya jadi akrab dengan orang yang berlainan bangsa dan agama. Siapa sangka, saya mampu menjalin kemesraan bukan sahaja dengan bangsa Cina , tetapi Serani dan India. Kami berada dalam bidang yang sama, dan saling memahami rentak dan cabaran yang dihadapi. Ibarat menjaga anak kecil yang sakit….
Selain bidang haiwan makmal, saya berminat dengan bidang forensik dan kajian genetik..Semakin saya mempelajari bidang genetik dan DNA, semakin saya sedar, bidang haiwan makmal hanyalah minat semata-semata, bukanlah kerjaya yang membolehkan saya membina merci tanda kejayaan. Oh kemanakah saya selepasa ini?? Semoga ALLAH meletakan saya di bidang yang boleh memberi saya 1001 kejayaan hidup..
Dunia yang sementara..
Bila impian ini akan tercapai, saya tidak peduli itu..Sama ada sewaktu pucuk kepimpinan bertukar ganti, saya sudah pencen/ saya ditukarkan / selepas proses menaik taraf siap saya tidak kisah itu. Apa yang pasti, saya akan iktiarkan sampai menjadi kenyataan…
Saya gembira dan selesa dengan bidang yang saya pilih. Meskipun perjalanan kerjaya saya dipenuhi kritikan , tapi saya amat bangga dengan keunikan bidang ini..Saya punyai ketua baru yang baik walaupun kami berlainan agama dan bangsa. . Bidang yang unik dan sangat istimewa.Sepanjang saya bergaul dengan mereka yang berada dalam bidang ini, ada persamaan perwatakan yang saya kira sungguh menarik..Semangat untuk membantu dan insan berehsan.. Melalui bidang ini, tanpa disangka wujud kesefahaman / lebih tepat saya jadi akrab dengan orang yang berlainan bangsa dan agama. Siapa sangka, saya mampu menjalin kemesraan bukan sahaja dengan bangsa Cina , tetapi Serani dan India. Kami berada dalam bidang yang sama, dan saling memahami rentak dan cabaran yang dihadapi. Ibarat menjaga anak kecil yang sakit….
Selain bidang haiwan makmal, saya berminat dengan bidang forensik dan kajian genetik..Semakin saya mempelajari bidang genetik dan DNA, semakin saya sedar, bidang haiwan makmal hanyalah minat semata-semata, bukanlah kerjaya yang membolehkan saya membina merci tanda kejayaan. Oh kemanakah saya selepasa ini?? Semoga ALLAH meletakan saya di bidang yang boleh memberi saya 1001 kejayaan hidup..
Dunia yang sementara..
Saya ingin memohon maaf kepada semua..andai kata sepanjang anda mengenali saya, saya telah menguris hati dan perasaan. ..Esok belum yang belum pasti..sama ada saya masih sihat seperti sekarang..Seperti mana ALLAH mengambil pendengaran saya dengan sekelip mata, seperti itu jugalah kemungkinan ALLAH mengambil nyawa saya..Semoga hidup ini dapat saya teruskan dengan hati yang tabah..Semoga saya masih mampu tersenyum dan ketawa, walau sehebat manapun dugaan yang mendatang....