Surat tawaran belajar di USM, saya pandang dengan pandangan yang redup.. Hati saya menahan sebak..Begitu juga surat pemohonan saya kepada dekan tertulis "DILULUSKAN"..Hati saya melonjak riang..Sempat saya terlompat-lompat bagaikan anak kecil..Eh..dah tua-tua pun terlompat-lompat?? :) 3 thn yang lalu, saya menolak 3 tawaran belajar..ijazah sarjana muda sains haiwan, ijazah sarjana muda pendidikan, ijazah sarjana muda sains perpustakaan. Kerana ketika itu, saya sungguh serik belajar..Saya sungguh penat untuk menongkah arus sebagai mahasiswi..Tetapi,tawaran kali ini saya terima atas dorongan beberapa keadaan. Setelah diinjak , dihentak, dan menerima beberapa tamparan hebat, barulah saya sedar bahawa pendidikan yang saya miliki tidak cukup untuk membuatkan pendapat saya didengar dan pangkat saya dihormati..Ia buat saya menjadi sungguh bersemangat untuk belajar semula. Ada teman mengusik..” tak lama lagi naik pangkat jadi pegawai..”,pantas saya mengeleng kepala..tidak mungkin saya mampu memikul tanggungjawab gred 41, jika gred 27 pun buat saya terkulat-kulat…
Saya membahagikan hidup saya kepada 3 perkara. Menjadikan perjalanan hidup saya luar biasa bagus. Kerjaya, aktiviti sukarela dan belajar. Sungguh menyeronokkan apabila dapat lari dari tekanan belajar dan bekerja melalui aktiviti sukarela. Sungguh membahagiakan apabila saya melihat senyuman insan yang saya bantu. Pengalaman saya menghulurkan makanan kepada anak-anak pelarian Nyammar tidak saya lupakan. Begitu juga pengalaman saya melayan dan menghiburkan hati kanak-kanak HIV/AIDS..Alam pembelajaran yang bakal saya tempuhi pasti menjadi lebih mencabar Kerana saya belajar sambil bekerja. Cabaran bekerja yang saya hadapi menjadi sumber kekuatan untuk saya menempuh alam belajar .Saya bekerja di tempat yang baru merangkak, ada banyak persoalan yang tiada jawapan. Ada banyak pembetulan yang kami buat hanya setelah menerima kritikan dan melakukan kesilapan .Saya bosan begitu. Saya ingin tahu banyak perkara tentang kerja saya. Saya ingin membuat keputusan dengan penuh yakin tanpa was-was. Saya mendoakan yang terbaik di atas bidang yang saya pilih..
Saya ingin belajar setinggi mungkin..Kerana belajar itu proses sepanjang hayat.Bukan untuk berpangkat besar. Bukan untuk mengejar kemewahan hidup, tapi ia sebahagian dari kepuasan hidup yang saya cari..Saya tidak akan berterusan begini..Sampai masa saya akan berada dalam alam kerjaya yang jauh lebih mencabar.. Sampai masa, kerja saya tidak akan dipandang negatif..Itu janji saya apabila saya mengambil keputusan sambung belajar..Semoga perjalanan hidup saya yang berwarna warni menjadi inspirasi mengubah destini anak bangsa. Menjadi sumber kekuatan untuk anak-anak petani, penoreh getah, mereka yang usia kecilnya bertemankan lumpur dan panas mentari. Apabila dewasa kelak, duduk selesa di kerusi empuk..
0 comments:
Post a Comment