Kali ini saya ingin bercerita tentang kehebatan DOA dan surah-surah dalam AL-QURANNUR KARIM.Semoga ia menjadi inspirasi untuk anda yang membacanya meneruskan kesinabungan hidup dengan hati yang tenang dan murah senyuman.
a) DOA..
Pernah satu ketika, sewaktu usia saya yang masih belum mengenal dunia..Nyawa saya hampir melayang..Demam yang disangka penyakit biasa rupa-rupanya hampir membunuh nyawa seorang anak kecil..SubhanaALLAH, bertapa berkatnya doa seoarang ibu..kerana saya masih bernafas hingga kini. Saya masih cergas dan kuat meneruskan hidup..
b) Surah AL-Waqiah.
Kehebatan surah Al-Waqiah adalah mencukupkan rezeki..Yakni, kita tidak akan kesempitan wang atau keperluan ..Saya amalkannya sejak sekolah menengah…Kehebatan itu saya akui, ditengah-tengah kesempitan wang yang terpaksa dilalui oleh ibu ayah, saya menerima banyak bantuan kewangan. Antaranya dari pusat zakat, biasiswa kerajaan persekutuan, bantuan persatuan PIBG. Kata cikgu, ia ádalah sebagai galakan untuk saya lebih rajin belajar, walaupun saya tidak pandai.... Sehinggalah apabila saya masuk universiti, seminggu sebelum saya mendaftar diri sebagai mahasiswi, berpusu-pusu orang kampung memberi sedekah. “Tumpang bangga anak maklang Tom masuk universiti..” kata mereka. Saya paling tak lupa, kutipan derma dari cikgu-cikgu sekolah diberikan kepada saya sewaktu saya masuk universiti. Kata Cikgu Calsom, mewakili cikgu-cikgu yang lain “ ini sumbangan yang tak seberapa dari cikgu-cikgu. Memang kami semua berniat beri sumbangan ini, kalau kamu berjaya masuk universiti..” bergenang air mata saya..Sudahlah waktu belajar dulu, asyik menyusahkan cikgu-cikgu..bila dah masuk universiti, diberi sumbangan pula…Tentu sekali saya menangis Kerana cikgu saya juga menangis gembira. Anak murid yang selalu menganggu waktu rehatnya..Anak murid yang tak pernah jemu belajar secara dua hala, akhirnya berjaya masuk universiti..Menjelang semester 2 di universiti, saya menerima pula biasiswa tajaan biasiswa JPA dan elaun saya hidup OKU RM 300/bulan..Murahnya rezeki yang ALLAH beri..Oh..saya terlupa beritahu satu lagi petua murah rezeki..Jangan lupa solah sunat Dhuha jika ada kelapangan waktu..Kehebatan surah Al-Waqiah berterusan sehingga saya menempuh alam kerjaya. Gaji saya tidak sampai RM 1500 sebulan. Kalau ikutkan , memang tidak mencukupi untuk belajar, bayar ansuran kerana, makan pakai dan sewa rumah. Tapi , disebalik kesempitan kewangan, saya masih mampu melanjutkan pelajaran secara jarak jauh, masih mampu membeli alat pendengaran , masih mampu meneruskan perjalanan hidup. Bagaimana ALLAH mencukupkan rezeki saya dengan gaji tidak seberapa?? Melaui insan bernama ayah..Ayah yang mengorbankan wang hasil titik peluhnya untuk saya mencapai kepuasan hidup dengan belajar dan mencapai kesempurnaan hidup. Tapi, saya menganggap saya berhutang dengan ayah..Semoga, saya dapat membayar pengorbanan itu sebelum nafasnya yang terakhir…Saya cuba berjimat cermat dalam perbelanjaan harian, cuba kurangkan enjoy untuk menjimatkan wang ringgit. Alhamdulillah, saya masih dicukupkan rezeki dengan seadanya..
c) Surah Luqman.
Kehebatan surah Luqman adalah meningkatkan daya ingatan..Saya suka makan makanan masam dan makanan segera. Susah benar saya meninggalkan tabiat makn yang tidak sihat ini..Agaknya inilah salah satu sebab saya lambat menangkap ilmu yang saya pelajari..Surah Al-Luqman saya amalkan. Alhamdulillah, saya mudah mengingat apa yang saya hafal
d) 2 Ayat terakhir surah Taubah..
Setiap kali hati saya mengalunkan 2 ayat terakhir surah taubah, air mata saya pasti akan bergenang. Entah kenapa 2 ayat terakhir ini amat menyentuh hati saya. Yakni, ayat ini sering menemani saya ketika kesusahan..Salah satu sebab, kenapa saya masih mampu ketawa dan tersenyum dengan satu pendengaran sahaja ialah, kekuatan 2 ayat surah terakhir surah Taubah..Saya terperasan yang deria pendengaran saya semakin merosot..Ia buat saya hilang hampir seluruh keyakinan untuk berhadapan dengan khalayak..Ia buat saya rasa, ingin lari dari masyarakat ..Kehebatan 2 ayat terakhir surah taubah, telah banyak membantu saya menangani kesusahan hidup. Pernah beberapa kali, keajaiban tercipta, saya masih lulus beberapa matapelajaran yang sukar, dengan mengamalkan 2 ayat ini..Saya berjaya menempuh kesusahan demi kesusahan hidup, dengan keberkatan 2 ayat terakhir ini.
Perjalanan hidup saya penuh berwarna warni..Sesekali saya rindukan anak-anak yang pernah saya tarbiahkan. Saya rindu untuk membelai tubuh si kecil yang mengidap AIDS/HIV..Yayasan SALAM, membantu saya melepaskan rindu terhadap anak-anak kecil yang sering membuatkan saya tersenyum dan tertawa lucu..Pengalaman demi pengalaman saya menabur bakti kepada kanak-kanak pelarían Rohingya , kanak-kanak HIV/AIDS Rumah Solehah dan Kanak-kanak istimewa PDK Selayang memberi peluang dan ruang saya menginsafi diri..Mengingatkan saya, setinggi mana pun saya berada, saya masih insan kerdil yang memerlukan perhatian, kasih sayang dari insan sekeliling..Mengingatkan supaya saya tidak terlalu taksub dengan ilmu dan kuasa yang saya miliki..Sesekali saya meluangkan masa dengan menyertai program sukarelawan Zoo Negara..Mendalami sifat dan perwatakan haiwan seperti monyet, ular, kuda padi dan ferret menjadikan penjalanan hidup saya mengujakan.Ketawa besar saya, melihat gelagat haiwan yang menghiburkan. 2 pengalaman istimewa ( bersama kanak-kanak dan haiwan) menyerikan kehidupan saya. Ia menjadi sebahagian kepuasan hidup yang saya cari…
Sains telah menjana banyak perubahan dalam diri saya..Saya begitu senang dengan skop tugas di makmal. Walaupun sayang pada ilmu dan pengalaman yang saya kutip dalam bidang haiwan makmal, tapi, saya gembira meneroka bidang baru. Perkara pertama saya belajar dalam bidang mikrobiologi ialah penyediaan slaid untuk kulat.Wah!! memang tidak sesuai dengan sikap saya yang lasak dan kasar..Beberapa cover slip patah ditangan saya. Tertawa saya dibuatnya.Bidang mikrobiologi memerlukan penelitian dan sikap berhati-hati..Walaupun saya tidak begitu sukakan kerja-kerja ini, saya bayangkan sedang melakukan kerja seperti seorang ahli forensik. Ala..macam CSI Miami..Tentu lebih seronok kalau dapat berada dalam bidang forensik..Belah-belah mayat… .Bidang mikrobiologi memberi kelebihan kepada saya mencipta lebih banyak inovasi dalam bidang sains. Dengan kemudahan dan prasarana makmal yang jauh lebih baik, berbanding sewaktu saya bekerja di makmal haiwan, memberi banyak kelebihan dan peluang untuk saya bergelar saintis. Saya terus mencipta kelainan hidup dengan menghadapi cabaran melanjutkan pelajaran secara jarak jauh. Kata seorang kawan saya punyai motivasi diri yang tinggi. Benar, saya punyai semangat juang yang luar biasa,saya tak pandai..tapi saya mahu jadi manusia yang pandai..:). Semoga saya mampu mendapat apa yang saya mahukan..Disebalik dugaan hidup, saya amat bertuah kerana bidang mikrobiologi telah berjaya memisahkan saya dari masyarakat luar. Itu yang saya mahukan kerana saya sedar, yang saya hanya punyai sebelah deria pendengaran..Tidak mungkin saya sanggup memulakan perkenalan /persahabatan baru dengan kekurangan ini,,Kini saya gembira dengan kebetulan demi kebetulan yang mengandungi 1001 hikmah… Semoga saya masih boleh mendengar untuk tempoh 10 -20 tahun lagi...Semoga saya masih berpeluang bersuara /bercakap...

YaALLAH, apa jua kehidupan yang aku lalui, ia adalah sebahagian dari perjalanan hidup..