RSS

Kesusahan itu manis hasilnya….

Tahun 2011, saya memberi focus pada melengkapkan prasarana khususnya dalam ruang pejabat yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran kami. Ada banyak perkara yang sedikit sebanyak membuatkan saya berputus asa. Contohnya :

“ Encik , bila saya boleh ambil kertas A4 ? ,” soal saya penuh mengharap.
“ Nantilah aku sibuk ni, esok la yea..” kata dia selamba.
Beresok-esok akhirnya, seminggu berlalu. Lantas , saya beli 1 set kertas A4 menggunakan duit sendiri ¡!

Kisah lain, yang buat saya mula menyumpah dalam hati, bila kerja saya terbantut selama 2,3 hari Kerana tiada borang PB ( salah satu borang untuk melengkapkan proses pembelian ) . Seperti biasa beresok-esok, untuk dapatkan 1 set borang PB, saya menjelajah FF3 meminta kepada rakan-rakan yang mempunyai borang PB.

Memang leceh rasanya, apabila perlu menggunakan mesin laminating/ puncture / cutter kami perlu berjalan ke bangunan lain yang mengambil masa lebih 15 minit. Ada hari, ia menjadi keperluan mendesak, terkejar-kejar kami dibuatnya. Dalam basah-basah menjalankan kerja membasuh/ pening-pening mengira bilangan haiwan / menulis kod setiap haiwan yang jumlahnya beratus ekor buat saya mengeleng kepala sendiri.

Memang telah tercipta takdir begini untuk saya agaknya..Dahulu saya letih melayan puluhan kerenah kanak-kanak. Sememangnya memeningkan kepala. Kini, saya melayan kerenah pekerja bawahan, pelajar dan orang atasan .Dahulu, saya menjaga kebajikan puluhan kanak-kanak. Sekarang saya bukan sahaja menjaga kebajikan ratusan haiwan, tetapi peralatan jutaan ringgit yang bekerja 24 jam tanpa henti. Yang berfungsi 365 hari setahun tanpa henti..Ia benar-benar menguji kesanggupan saya menghadapi kemungkinan yang berlaku. Sesekali, apabila peralatan itu gagal berfunsi, kalutlah saya menyelamatkan nyawa haiwan-haiwan itu. Sesekali pengoperasian mengalami masalah, saya menjadi gawat .Sesekali saya rasa nak pecah kepala, apabila secara tiba-tiba supplier memberitahu tidak dapat membekalkan makanan kerana tiada stok.Sesekali saya mengeluh kecil, bila agaknya kerja ini boleh dibahagi kepada 2 orang. Kerana saya sudah penat berhadapan kemungkinan seperti ini seorang diri.
.Pesan emak, bekerja itu satu ibadah. Tak baik mengeluh dalam ibadah. Nanti hilang nilai keberkatan dan pahala. Tapi, saya tetap mengeluh kerana saya tidak setabah emak mengayuh basikal seawal jam 5 pagi menunggu bas kilang…Saya tidak sepasrah emak yang hanya mengesat air mata apabila gajinya sebulan tidak diterima, dek ditipu selepas menandatangani slip gaji. Saya tidak semulia hati seorang ibu, yang sentiasa tersenyum dalam tangisan diatas kesusahanya mencari rezeki..
Dulu, saya cuma seorang pengasuh tadika dengan gaji RM 450 , kemudianya sebagai Atendan Kesihatan dengan gaji hanya RM 900 , tapi saya masih mendapat kemudahaan surau yang serba ringkas dan tempat rehat. Atau dalam keadaan tertentu, masih mendapat privacy yang memisahkan staf lelaki dan perempuan . Kini, saya adalah pegawai gred 27, tapi masih terkial-kial mendapakan kemudahan surau dan tempat rehat. Masih perlu menanti setahun lebih untuk mendapatkan privacy menjalankan tugas rasmi. Sesekali saya mengeluh kecil, Kerana tidak sangka yang alam pekerjaan saya sesukar ini. Sesekali saya diserang api cemburu, melihat kemudahan lengkap yang dinikmati staf pentadbiran .Sedangkan kami, partition untuk surau pun takada!!

Bagaimana ¿ Adakah anda sangka kerenah yang anda depani sepanjang perjalanan hidup lebih teruk dari ini? Sebenarnya semakin besar, organisasi yang anda depani, semakin besarlah kerenah dan cabaran yang perlu dihadapi. Bermakna semakin besarlah jati diri dan motivasi yang perlu kita miliki. Tanpa cinta suci terhadap usaha yang dilakukan, anda pasti kecewa dan berhenti..


Apabila saya berada dalam sebuah organisasi besar dan dikelilingi golongan profesional saya merasai perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan ketika saya berada di sebuah organisasi kecil dahulu. Saya masih ingat pada Pak cik Zaki dan pak guard yang begitu kaya dengan nasihat dan pengalaman hidup. Mereka ádalah insan yang berpendidikan rendah tapi sarat dengan nilai kasih sayang. Memperlakukan insan sekeliling bagaikan saudara kandung. Bukan dengan saya sahaja, tetapi dengan sesiapapun, seboleh-bolehnya ingin dibantu. Mereka bukanlah nama besar yang berpangkat dato’ /dr/prof2x, tapi apabila berbicara dengan mereka, ia akan begitu menyentuh hati dan mengingatkan saya jangan terlalu bongkak dengan kuasa yang dimiliki…Saya Selesa dengan golongan sekelompok pak cik Zaki, pak guard, emak dan ayah kerana tidak perlu terlalu skema apabila bergaul. Saya suka suasana ‘freindly’ yang tercipta secara spontan. Saya selesa dengan orang-orang yang mungkin tidak mempunyai pendidikan SPM pun, tapi reti membezakan antara keperluan penting / suka-suka meminta…

Bekerja itu ibadah. Fahami hakikat ini. Bekerja memang sukar, apatahlah lagi dalam organisasi besar. Bekerja itu ibarat akar kayu, pahit dipangkal manisnya dihujung. Sebagai orang baru, memang saya diukur dalam segala segi. Ada ramai yang memiliki kelulusan yang lebih baik dari kita, tapi yang membezakan, adakah kita lebih baik dari mereka? Untuk menilai prestasi, memanglah kita akan dibebankan dengan macam-macam pekerjaan atau kutukan.Kadang-kadang diluar kemampuan dan kepakaran kita. Contohnya ,ayat klise yang selalu ditujukan kepada saya “u pekerja baru, tapi banyak sangat demand..”
Lakukan kerja dengan ikhlas dan cinta. Semoga di situlah nilai keberkatan. Untuk dimasukan dalam perut sendiri, anak-anak, ibu dan ayah..Jaminan sebagai sumber yang halal…Seperti mana ibu dan ayah bersusah payah demi sesuap nasi dahulu, seperti itu jugalah saya sekarang.Sekalipun hati saya dipenuhi perasaan ralat, saya tetap bersyukur, kerana peluang dan ruang untuk saya mengenali dunia luar bermula dengan organisasi besar ini. Peluang untuk saya memperbaiki taraf hidup telah bermula di sini. Di tengah-tengah kekalutan saya berhadapan dengan organisasi yang besar, saya gembira kerana berperluang mempelajari banyak perkara baru. Saya seronok kerana ada banya pengalaman yang saya kutip..Saya masih berada dalam satu organisasi yang sarat dengan kasih sayang dan saling mengambil berat. Saya masih berada dalam kelompok insan yang saling menghulurkan bantuan.. Dan yang penting, kami masih masih mampu membina ukwah sesama sendiri..

Kesilapan saya yang terbesar ádalah gagal menjadi KETUA YANG TERBAIK. Kerana itulah, diri saya diinjak dan dipijak sesuka hati..Andai masa boleh diputar kembali, tentu saya akan menyerlahkah kuasa kepimpinan yang terbaik. Supaya, setiap keperluan penting, tidak menjadikan saya pekerja yang asyik meminta-minta. Atau dalam istilah lain, terlalu banyak demand…Anda yang membaca catatan ini, usah melakukan kesilapan seperti saya..Anda yang bergelar ketua, tunjukkan karisma dan profesionalisma anda.. Kepimpinan melalui teladan…


Rasullullah bersabda “ MUDAHKANLAH & JANGANLAH KAMU MENYUKARKAN. GEMBIRAKANLAH , & JANGAN KAMU MENYUSAHKAN & SEIA SEKATAAH KAMU (Bukhari & Muslim)

Meminjam minda TUN MAHATHIR..

Untuk kesekian kalinya, saya gigih mengatur langkah. Semakin banyak saya tahu, semakin keraplah pertelingkahan pendapat antara saya dengan orang atas. Sesekali fikir, lebih baik jika pengetahuan sayas tidak bertambah, supaya saya dan orang atas tidak saling sakit hati. Semakin saya ‘pandai’, semakin susah untuk saya memperbaiki keadaan.Semakin saya tahu, semakin keraplah saya bertelagah, cuba menegakkan yang saya betul. Kesudahannya, saya kalah..ia buat saya tidak sabar untuk sambung belajar. Kalau saya ada pangkat DR ,yakni, memiliki PHD, mungkin pendapat, cadangan,dan suara hati saya akan didengar. Jalan hidup yang saya pilih benar-benar mengujakan. Sudah beberapa kali, saya menghadiri mesyuarat yang dihadiri orang-orang besar (Prof, Dr, Datuk ), buat saya teruja. Sungguh-sungguh saya tak sangka, yang saya mampu sampai ke tahap ini. Sekali dua, saya duduk semeja, makan dengan orang yang berstatus Dr, buat saya bangga..Apabila pendapat dan cadangan saya dipandang sepi, saya dengan mudah, berkecil hati. Kadang-kadang, saya dengan mudah menjadi kurang ajar.Tentu saya jadi ralat, apabila terlalu banyak tenaga yang saya curahkan demi memastikan pengurusan tempat saya bekerja berjalan dengan baik. Tidak perlu terlalu sempurna, tetapi, cukup andainya ia mampu memberi motivasi kepada anak buah saya, cukup jika mereka rasa seronok bekerja dalam situasi yang lain dari yang lain. Tetapi, malangnya, apa saya buat tidak betul belaka. Sedangkan sebelum saya membuat cadangan, saya mendapatkan nasihat profesianal dari mereka yang pakar dalam bidang ini.
Bekerja dalam sebuah tempat yang baru menapak memang sukar. Ibarat seorang anak kecil yang baru belajar berjalan. Kemelut ,konflik dan masalah, buat saya dalam dilema. Teringat pesan seorang pensyarah yang telah lama dalam bidang ini kepada saya “ Jangan malu untuk bertanya, Saya dulu buat muka tak malu, Tanya orang sana sini. Peraturan saya buat mesti orang kena ikut. Penduli apa jika orang tak suka. Yang penting pertahankan peraturan itu…,”

“Kena kuat semangat apabila berada dalam bidang ni..Kami kat sini, bila ada masalah teknikal, boleh jadi gila babi dibuatnya..,” sambung beliau dengan nada bergurau. Buat saya tersenyum .

“Aku pun dah nak gila babi pun.baru setahun kerja dan kecoh semacam,” kata saya dalam hati.
Saya pernah buat muka tak malu, selamba saya memohon ehsan daripada beliau ,” Prof, boleh tak nak minta tolong..kami nak dapatkan salinan paperwork untuk ubahsuai rumah haiwan…Kalau tak boleh ambil copy, boleh tak kalau kami salin je..,” kataku kepada Prof S sambil buat muka sepuluh sen. Dalam hati risau juga ,jika beliau hanya membenarkan kami, menyalin paperwork setebal 500 ratus muka surat!! Jenuhla macamni!! Akhirnya, saya dan pegawai Berjaya menyiapkan paperwork itu .

Lama saya cuba bermuhasabah diri. Berjumpa dengan ramai rakan sama bidang, melawat tempat yang mempunyai fasiliti yang lengkap, buat hati saya diulit cemburu. Buat saya malu sendiri. Masakan tidak, matlamat penubuhan rumah haiwan kami, ádalaH untuk menjadi komplekS rumah haiwan terbesar di malaysia. Dan menjadi satu-satunya kompleks rumah haiwan yang mendapat pengiktirafan dunia .(AALAC). Tapi, saya cukup hairan Kerana impian itu menjadi bahan tawa dan dianggap mustahil.. Kalau TUN MAHATHIR, tahu akan impian besar ini, tentu beliau bangga dan membantu kami. Saya tidak faham, kenapa impian ini, dianggap mustahil, sedangkan minda TUM MAHATHIR , telah membina beberapa bangunan yang kita anggap mustahil..Saya rasa ralat juga, impian ini, dipandang sepi dan tiada orang yang sudi mengerakan usaha, agar ia menjadi realiti. Perjalanan kerjaya saya dipenuhi cabaran & dugaan. Ia dikelilingi kritikan & pelbagai penolakan. Cabaran terbesar ádalah memahamkan orang atasan tentang perkara WAJIB mengenai rumah haiwan. Tidak dinamakan makmal haiwan jika tiada Prosedur SOP. SOP, tidak akan berjalan, jika tiada fasiliti yang betul dan jika orang atasan tidak Faham akannya. Memang sukar, berada di kelompok Manusia terlebih pintar. Jika, mudah, tidaklah perlu saya menanti berthn2x untuk mendapatkan fasiliti yang betul.
Untuk kesekian kalinya, saya tidak malu bertanya itu ini kepada orang yang lebih arif. Saya tidak peduli, walaupun dihentam kerana selalu ‘berjalan-jalan’ ke UPM, UKM, Sg Buluh. Saya tidak peduli jika saya yang terhegeh-hegeh berjupa Prof2x/ Dr2x yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Saya tidak ambil kisah dengan ledakan kemarahan seseorang Kerana sering bekeliaran di waktu pejabat. KERANA ADA PERKARA YANG SUNGGUH BERHARGA YG TELAH SAYA PEROLEH HASIL DRPD SIKAP TIDAK TAHU MALU & BUTA HATI…IAITU KEPAKARAN DAN ILMU PENGETAHUAN…Apabila ilmu saya semakin bertambah, kepakaran semakin meningkat, maka tawaran tidak Rasmi dari organisasi luar datang bertalu-lalu. Dengan gaji yang lumayan P1T5 / P1T6 buat saya terasa nak lari..Tapi, saya masih belum puas merasai cabaran ini. Saya masih belum puas dihentam top managment. Saya masih mampu, memekakkan telinga, atau membutakan hati menerima kritikan…Saya masih rasa seronok, untuk bermain tarik tali dengan sesetengah sikap kurang ajar pelajar-pelajar yang dimanjakan supervisor. Saya masih mampu bertahan dengan ruang pejabat yang tidak menyerupai pejabat. Saya masih mampu berhadapan dengan kebencian orang lain terhadap cara saya memimpin organisasi….
Semoga 2011, membawa perubahan yang baik dalam perjalanan karier saya.. Semoga tuntutan saya tidak akan dipandang sepi.. Cukup, jika pontensi kami diiktiraf dan suasana kerja yang sewajarnya disediakan. Supaya imej fakulti kekal terpelihara… bidang ini, telah memberi keseronokan kepada saya. bidang ini menjana pemikiran kreatif sebagai seorang sainstis..

. Cukup, andainya usaha saya bakal memberi kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia..Semoga, akan ada yang memandang impian ini dengan pandangan MINDA TUN MAHATHIR MUHAMAD…

Terima kasih Dr Fuzina, Dr Rahim , Prof Shukor dan Dr Vellayan. Nama-nama besar yang telah menjadi sumber inspirasi daam perjalanan kerjaya saya. Nama-nama insan HeBat,berpengalaman, yang tidak perñah jemu, memberi kata semangat , dorongan dan ilmu pengetahuan kepada saya. ..terima kasih tak terhingga ,Kerana di tengah-tengah kekalutan, ada juga yang sudi memahami rentak kerjaya saya…