RSS

FACT OF LIFE ( Realiti hidup seorang pegawai..)



Saya masih ingat kata-kata yang sering diulang-ulang oleh orang tua “MENGAJI PANDAI-PANDAI BESAR ESK JADI PEGAWAI,” Saya masih gagal mengikis mentaliti yang tertanam dalam minda.yang telah disematkan sebagai anak desa.sangka saya kerja sebagai pegawai hanya perlu goyang kaki. Tapi, realitinya, kerja seorang pegawai amat meletihkan, mencabar dan amat sibuk. Patutlah dulu, saya lihat bos saya asyik sibuk memanjang.
Saya menceburi jawatan baru ini dalam keadaan pengetahuan sifar..alahai banyak benar perkara yang perlu saya pelajari.. letih betul memerah otak..rasa saya memerah keringat jauh lebih senang daripada memerah otak.memang susah untuk saya membiasakan diri duduk dikerusi empuk itu. Mungkin sudah terbiasa dengan gaya hidup aktif/ sememangnya saya jenis tidak boleh duduk diam..sejak kecil saya sememangnya memiliki gaya hidup yang lincah..Hidup sebagai anak desa, memberi peluang untuk saya menjadi gadis yang sedikit kasar dan lasak.
mahu/tdk saya perlu menghadapi kerja admin.. saya lebih suka kerja membersihkan sangkar haiwan, mengemas lab, kerana ia tidak memerlukan saya mengerah otak/ berinteraksi dengan ramai orangg . tambahan pula bahagian admin agak leceh, banyak prosedur dan lambat diselesaikan.Untuk mmbuat pembelian item misalnya perlu melalui beberapa prosedur..1-pohon sebut harga kepada supplier, 2-analisa harga,3-isi borang PB,4-dapatkan LO dan sebagainya...terkial-kial dibuatnya sewaktu saya diminta belajar membuat pembelian. Takut tersilap, takut juga apabila melihat banyak sifar dalam RM, menunjukkan harga yg besar dipertaruhkan..saya menanam satu kesedaran bahawa dlm dunia pekerjaaan KITA HARUS BELAJAR UNTUK MENYUKAI KERJA TERSEBUT

Minggu lalu, saya diberi peluang mengikuti sebuah persidangan yangg buat julung2 kali diadakan. Persidangan yang membuka minda dan meembuatkan berlakunya anjakan paradigma. Saya begitu teruja brada dlm kelompok professional.Sungguh berbeza dengan kelompok yang pernah saya gauli dulu. Kelompok dulu, yang intlektualnya negative,yang butir perbualannya biasanya hanya cakap kosong dan darjah enjoynya tinggi.Yang anak mudanya hanya kenal CT Nurhaliza/ mawi, tapi tidak kenal siapa obama barack
.Yang apabila diminta menghadiri majlis-majlis ilmu seperti persidangan/ kursus , akan memberi 1001 alasan untuk tidak menghadirinya. Tetapi, jika dipelawa ke karoke/ panggung wayang, cepat pula menerima!

Sekarang, saya berada di satu kelompok intelektual yang mananya cakapnya berisi, ideanya bernas. Yang apabila berdepan dengan khalayak, cara percakapan/salam perkenalannya penuh tertib dan protocol Yang apabila berdiri dengan penuh yakin dan berkarisma apabila diminta mengemukakan pandangan. Sungguh berbeza dengan diri saya, yang cakapnya masih berterabur/ apabila menegur org lain msh ber ‘hoi’ . masih takut-takut / gelabah apabila semua mata tertumpu pada saya apabila saya bersuara.Saya sedar bahawa reality hidup seorang PEGAWAI bagaikan ‘orang besar’
Setiap langkahnya diperhatikan, setiap katanya diulang-ulang, setiap arahannya dipatuhi. Dia berkuasa menentukan bajet ribuan ringgit. Dengan jarinya sahaja menjadikn sebuah lokasi yg lapang dipenuhi perbagai prasarana./ peralatan.Mereka dipertanggungjawabkan dengan kuasa kepimpinan melibatkan org bawahan..Begitu beratnya tugas seorang pegawai.

Sewaktu persidangan belangsung, isu hangat diperdebatkan ialah tentang beban kerja yg byk bagi seorang pegawai sains. Yang memaksa seseorg pegawai sains menjadi pergawai serba serbi… persidangan yang berlangsung dengan jayanya memberi saya ruang dan peluang untuk belajar memperlajari banyak perkara..Sekali gus membantu saya meningkatkn darjah keyakinan dan nilai kepimpnan saya…

Cuba-cubalah renung-renungkan sabda Nabi Muhammad SAW : SETIAP KAMU ADALAH SESEORANG DAN SETIAP SESEORG BERTANGGUNGJAWAB ATAS PIMPINANYA..”

0 comments:

Post a Comment