Tahun 2011, saya memberi focus pada melengkapkan prasarana khususnya dalam ruang pejabat yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran kami. Ada banyak perkara yang sedikit sebanyak membuatkan saya berputus asa. Contohnya :
“ Encik , bila saya boleh ambil kertas A4 ? ,” soal saya penuh mengharap.
“ Nantilah aku sibuk ni, esok la yea..” kata dia selamba.
Beresok-esok akhirnya, seminggu berlalu. Lantas , saya beli 1 set kertas A4 menggunakan duit sendiri ¡!
Kisah lain, yang buat saya mula menyumpah dalam hati, bila kerja saya terbantut selama 2,3 hari Kerana tiada borang PB ( salah satu borang untuk melengkapkan proses pembelian ) . Seperti biasa beresok-esok, untuk dapatkan 1 set borang PB, saya menjelajah FF3 meminta kepada rakan-rakan yang mempunyai borang PB.
Memang leceh rasanya, apabila perlu menggunakan mesin laminating/ puncture / cutter kami perlu berjalan ke bangunan lain yang mengambil masa lebih 15 minit. Ada hari, ia menjadi keperluan mendesak, terkejar-kejar kami dibuatnya. Dalam basah-basah menjalankan kerja membasuh/ pening-pening mengira bilangan haiwan / menulis kod setiap haiwan yang jumlahnya beratus ekor buat saya mengeleng kepala sendiri.
Memang telah tercipta takdir begini untuk saya agaknya..Dahulu saya letih melayan puluhan kerenah kanak-kanak. Sememangnya memeningkan kepala. Kini, saya melayan kerenah pekerja bawahan, pelajar dan orang atasan .Dahulu, saya menjaga kebajikan puluhan kanak-kanak. Sekarang saya bukan sahaja menjaga kebajikan ratusan haiwan, tetapi peralatan jutaan ringgit yang bekerja 24 jam tanpa henti. Yang berfungsi 365 hari setahun tanpa henti..Ia benar-benar menguji kesanggupan saya menghadapi kemungkinan yang berlaku. Sesekali, apabila peralatan itu gagal berfunsi, kalutlah saya menyelamatkan nyawa haiwan-haiwan itu. Sesekali pengoperasian mengalami masalah, saya menjadi gawat .Sesekali saya rasa nak pecah kepala, apabila secara tiba-tiba supplier memberitahu tidak dapat membekalkan makanan kerana tiada stok.Sesekali saya mengeluh kecil, bila agaknya kerja ini boleh dibahagi kepada 2 orang. Kerana saya sudah penat berhadapan kemungkinan seperti ini seorang diri.
.Pesan emak, bekerja itu satu ibadah. Tak baik mengeluh dalam ibadah. Nanti hilang nilai keberkatan dan pahala. Tapi, saya tetap mengeluh kerana saya tidak setabah emak mengayuh basikal seawal jam 5 pagi menunggu bas kilang…Saya tidak sepasrah emak yang hanya mengesat air mata apabila gajinya sebulan tidak diterima, dek ditipu selepas menandatangani slip gaji. Saya tidak semulia hati seorang ibu, yang sentiasa tersenyum dalam tangisan diatas kesusahanya mencari rezeki..
Dulu, saya cuma seorang pengasuh tadika dengan gaji RM 450 , kemudianya sebagai Atendan Kesihatan dengan gaji hanya RM 900 , tapi saya masih mendapat kemudahaan surau yang serba ringkas dan tempat rehat. Atau dalam keadaan tertentu, masih mendapat privacy yang memisahkan staf lelaki dan perempuan . Kini, saya adalah pegawai gred 27, tapi masih terkial-kial mendapakan kemudahan surau dan tempat rehat. Masih perlu menanti setahun lebih untuk mendapatkan privacy menjalankan tugas rasmi. Sesekali saya mengeluh kecil, Kerana tidak sangka yang alam pekerjaan saya sesukar ini. Sesekali saya diserang api cemburu, melihat kemudahan lengkap yang dinikmati staf pentadbiran .Sedangkan kami, partition untuk surau pun takada!!
Bagaimana ¿ Adakah anda sangka kerenah yang anda depani sepanjang perjalanan hidup lebih teruk dari ini? Sebenarnya semakin besar, organisasi yang anda depani, semakin besarlah kerenah dan cabaran yang perlu dihadapi. Bermakna semakin besarlah jati diri dan motivasi yang perlu kita miliki. Tanpa cinta suci terhadap usaha yang dilakukan, anda pasti kecewa dan berhenti..
Apabila saya berada dalam sebuah organisasi besar dan dikelilingi golongan profesional saya merasai perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan ketika saya berada di sebuah organisasi kecil dahulu. Saya masih ingat pada Pak cik Zaki dan pak guard yang begitu kaya dengan nasihat dan pengalaman hidup. Mereka ádalah insan yang berpendidikan rendah tapi sarat dengan nilai kasih sayang. Memperlakukan insan sekeliling bagaikan saudara kandung. Bukan dengan saya sahaja, tetapi dengan sesiapapun, seboleh-bolehnya ingin dibantu. Mereka bukanlah nama besar yang berpangkat dato’ /dr/prof2x, tapi apabila berbicara dengan mereka, ia akan begitu menyentuh hati dan mengingatkan saya jangan terlalu bongkak dengan kuasa yang dimiliki…Saya Selesa dengan golongan sekelompok pak cik Zaki, pak guard, emak dan ayah kerana tidak perlu terlalu skema apabila bergaul. Saya suka suasana ‘freindly’ yang tercipta secara spontan. Saya selesa dengan orang-orang yang mungkin tidak mempunyai pendidikan SPM pun, tapi reti membezakan antara keperluan penting / suka-suka meminta…
Bekerja itu ibadah. Fahami hakikat ini. Bekerja memang sukar, apatahlah lagi dalam organisasi besar. Bekerja itu ibarat akar kayu, pahit dipangkal manisnya dihujung. Sebagai orang baru, memang saya diukur dalam segala segi. Ada ramai yang memiliki kelulusan yang lebih baik dari kita, tapi yang membezakan, adakah kita lebih baik dari mereka? Untuk menilai prestasi, memanglah kita akan dibebankan dengan macam-macam pekerjaan atau kutukan.Kadang-kadang diluar kemampuan dan kepakaran kita. Contohnya ,ayat klise yang selalu ditujukan kepada saya “u pekerja baru, tapi banyak sangat demand..”
Lakukan kerja dengan ikhlas dan cinta. Semoga di situlah nilai keberkatan. Untuk dimasukan dalam perut sendiri, anak-anak, ibu dan ayah..Jaminan sebagai sumber yang halal…Seperti mana ibu dan ayah bersusah payah demi sesuap nasi dahulu, seperti itu jugalah saya sekarang.Sekalipun hati saya dipenuhi perasaan ralat, saya tetap bersyukur, kerana peluang dan ruang untuk saya mengenali dunia luar bermula dengan organisasi besar ini. Peluang untuk saya memperbaiki taraf hidup telah bermula di sini. Di tengah-tengah kekalutan saya berhadapan dengan organisasi yang besar, saya gembira kerana berperluang mempelajari banyak perkara baru. Saya seronok kerana ada banya pengalaman yang saya kutip..Saya masih berada dalam satu organisasi yang sarat dengan kasih sayang dan saling mengambil berat. Saya masih berada dalam kelompok insan yang saling menghulurkan bantuan.. Dan yang penting, kami masih masih mampu membina ukwah sesama sendiri..
Kesilapan saya yang terbesar ádalah gagal menjadi KETUA YANG TERBAIK. Kerana itulah, diri saya diinjak dan dipijak sesuka hati..Andai masa boleh diputar kembali, tentu saya akan menyerlahkah kuasa kepimpinan yang terbaik. Supaya, setiap keperluan penting, tidak menjadikan saya pekerja yang asyik meminta-minta. Atau dalam istilah lain, terlalu banyak demand…Anda yang membaca catatan ini, usah melakukan kesilapan seperti saya..Anda yang bergelar ketua, tunjukkan karisma dan profesionalisma anda.. Kepimpinan melalui teladan…
Rasullullah bersabda “ MUDAHKANLAH & JANGANLAH KAMU MENYUKARKAN. GEMBIRAKANLAH , & JANGAN KAMU MENYUSAHKAN & SEIA SEKATAAH KAMU (Bukhari & Muslim)
2 comments:
All the best for your career,sayang..Love u always..xxxx
tq...:) mmuahhh tu u too
Post a Comment